Salam..
Jom join korang. Syarat pon simple je..
Syu suka singgah blog Kak Shida sebab ada banyak informasi terkini dan juga blog kak shida menceritakan tentang kisah harian / lifestyle genre.
Blog kak shida pon ringan dan cepat loading dan yang best blog kak shida warna biru, warna favourite syu.. hehe
Tamat 2 Oct 2021
Salam.
Sebenarnya, first time tau pasal ikan bilis salted egg ni melalui giveaway ni lah.
Terus rasa teringin nak cuba. Semua makanan yang bersalut salted egg ni, selalunya mesti sedap..
Tamat 30 September 2021.
Salam.
Awal pagi ni join giveaway dulu. Tengah staycation sekarang, tak sempat nak blogwalking lagi minggu ni.
Jom la join sekali..
Salam.
Jom join giveaway ni korang.
SUPRISE yang pernah aku dapat,
Antara SUPRISE yang pernah aku dapat adalah pada tahun 2020. Masa tu, aku dan kawan-kawan pergi roadtrip ke Tambunan, seminggu sebelum birthday aku.
Aku ingatkan bercuti biasa aje. Kitorang memang kerap travel/ roadtrip sama-sama.
Hari kejadian tu aku postcall, jadi dalam kereta aku tidur je la. Dari KK ke Tambunan lebih kurang 2-3 jam perjalanan juga la.
Jadi bila dah check in tu aku terus baring di bilik, sebab penat postcall tak hilang lagi. Malam oncall tu sangatlah eventful. Aku tak dapat tidur langsung seingat aku.
Tak lama lepas aku tidur sekejap, ada kawan aku sorang lagi yang bergerak dari Keningau ke Tambunan pon sampai. Dia gerak asing, sebab dari Keningau kan.
Dia masuk bilik dan ajak aku pergi makan tengahari di bilik Eddy (dia sorang je lelaki, jadi dia tidur 1 bilik asing). Dia dah siap masak dari KK, sebab tau susah cari makanan dekat situ.
Aku pon dengan semangatnya bangun la kan sebab lapar walaupun masih mengantuk.
Bila aku masuk ke bilik kawan aku, tiba-tiba aku dikejutkan kan dengan 'Happy Birthday, Syu!'
Memang terkejut betul aku time ni. Sebab tak perasan langung diorang prepare barang dan kek semua tu.
terharu sangat masa ni dengan diorang. Memang ni antara SUPRISE yang aku akan ingat selamanya.
Paling best, aku tak bawak pon baju cantik ke ape ke. Kawan aku siap bawak extra baju untuk aku pakai. Lols.
Tukar baju cantik kejap untuk ambil gambar, lepas tu makan. Haha.
Tamat 22 Sept 2021
Salam.
Sekiranya tamat PKP, perkara pertama yang aku nak buat adalah balik kampung di Penang.
Dah nak dekat 9 bulan tak jumpa family. Homesick dan rindu tu kita sendiri je tau. huhu
Tamat 31 Ogos 2021
Salam.
Antara entri yang Syu suka baca --> Resepi Sup Tauhu Telur Paling Sedap sebab tauhu telur pon favourite syu jugak!
Tamat 10 Sep 2021
Salam.
Yeah, akhirnya hadiah yang ditunggu -tunggu dah sampai. hihi.
Ni hadiah yang aku menang daripada Giveaway ShalimarYusofDotCom 2021.
Aku ada tulis entri sebelum ni --> Rezeki - Menang Giveaway ShalimarYusofDotCom 2021.
Ok, jom kita tengok hadiah yang aku dapat,
1 Unit jutebag + 1 unit kad touch n go dengan custom sticker
Sebelum tu, jom tengok kad yang aku dapat ni:
Dan terima kasih juga untuk penaja hadiah :
: Kedai Shopee - aidymohamad
Jangan lupa singgah situ jika korang berkenan dengan barang-barang di atas ya..
Salam.
Alhamdulillah, rezeki menang giveaway di blog ShalimarYusofDotCom.
Dah tau semalam, tapi baru bagi details pagi tadi dekat Sha.
Semalam oncall, jadi tak sempat nak hantar details.
Hari ni free sikit, jadi ada masa nak blogwalking hehe.
Ni kali pertama menang giveaway selepas setahun aktif blogging semula.
Hadiah yang bakal aku dapat :
1 Unit jutebag + 1 unit kad touch n go dengan custom sticker
Tak sabar! hehe
Terima kasih Sha sebab anjurkan giveaway ni. Semoga makin dimurahkan rezeki ya..