Salam.
Ni cerita minggu lepas.
Makan di sini dengan kawan aku. Bukan lunch tau, tapi breakfast.
The Warung antara kedai makan yang aku selalu pergi juga, sebab Nasi Goreng Lalap dia sedap, portion pon besar. Yang penting harga berpatutan..
Kalau makan pagi di sini, lunch aku boleh skip. Tinggal makan malam je, sebab kenyang dia sampai ke petang.
Selain tu, aku suka makan soto ayam dia juga. Murah dan sedap. Takde pula gambar soto ayam.
----
Ni entri pertama aku update minggu ni. Minggu ni sangat sibuk untuk aku. Sabtu pon aku oncall. Ahad iaitu hari ni, aku postcall. Tapi kena tidur sekejap dulu, lepas tu baru boleh buat kerja.
Basuh baju dan sidai, tapi hujan pulak. huhu.
Sekarang ni KK kerap juga hujan petang-petang. Tak kering la baju aku hari ni.
Dan sekarang, sangat banyak ke COVID dekat Sabah. Dalam 2 kali oncall minggu ni, banyak aku dapat case COVID juga. Datang sebab masalah lain, tapi bila check RTK Antigen, 100% positif.
Tak termasuk staff department aku lagi. 3-4 orang terkena jangkitan COVID untuk minggu ni sahaja. 2 kali juga aku kena buat swab PCR minggu ni. Alhamdulillah, negatif. Tolong doakan staff department aku yang positif COVID cepat sembuh ya korang.
Doakan aku juga ya. Memang risau juga sekarang, kena anggap semua orang positif dan tak boleh leka dengan SOP yang ditetapkan.
Sorry, dah lari dari tajuk pulak.
Oklah, nak blogwalking ke blog korang sekejap.
Thank you korang yang singgah blog ni.
Bye!