Salam.
Happy Birthday Abam Kie !
Tamat 31 Mei 2021.
Salam.
Cuti raya minggu lepas, aku asyik masak je. Sebab dah lama tak cuti berderet 4 hari kan, jadi macam tak biasa. Selalunya asyik kerja je tak berhenti. Selalu je oncall. Haha.
So, aku rasa macam nak masak menu simple-simple je. Sebab seorang je yang makan kan. Sebab housemate aku (Hajar) balik raya di KL.
Biasa dia yang selalu masak, aku tumpang sekaki je. Hehe.
Resipi Ayam Tiram Thai versi Khairul Aming
(aku copy dari ig Khairul Aming je)
Makan dengan nasi & telur mata favourite
sorry kalau gambar tak cantik haha. Malas nak edit 😛
p/s: esok oncall lagi. Doakan good call ya.
Salam.
Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ni.
Hari raya ke - 4 baru sempat nak update blog haha.
Dah lebih 2 minggu blog ni tak ber'update' rupanya. Bukan sengaja tak nak update, tapi sebab 2 minggu sebelum raya tu, sangat lah busy.
Nak online/ tengok drama pon tak sempat.
Kenapa?
Sebab kawan baik aku masuk hospital dan buat operation. Family dia kan jauh, jadi aku tolong la jaga dia. Aku paham sangat perasaan ketika sakit & masuk ward tapi family tak ada di sini. Tambahan pula, dia kena buat pembedahan, lagi la sedih.
Sebab kedua, aku busy oncall. Back to back call (EOD) oncall. Maksudnya selang sehari aku oncall. MO tak ramai, dan tiba-2 ada yang dapat surat pindah balik ke Semenanjung. Dah la kena lapor diri tak sampai 2 minggu. Bukan nya dekat nak transfer tu. Dari Sabah balik ke Semenanjung, banyak nak kena urus kot. Sabar je lah.
Ok, tu la antara sebab nya aku tak sempat update blog sepanjang 2 minggu ni.
Tapi Alhamdulillah, cuti raya (cuti umum) ni aku takde oncall langsung. Boleh la cuti 4 hari berturut. Cumanya, cuti raya yang aku ambil hari tu, aku cancel.
Buat apa nak cuti lama-lama kalau bukan di kampung kan? Nanti bosan + cuti habis. Mak aku dah pesan siap-siap simpan cuti. Nanti dah boleh balik Penang, baru ambil cuti.
Raya Pertama aku (tahun kedua beraya di Sabah)
Oh ya. Nak cerita mengenai hari raya pertama aku. Tahun ni memang mood raya tu aku boleh kata kan, tak ada langsung. Maybe ada la tapi sikit je. Sebab tak dapat balik kampung beraya dan juga 2 sebab di atas tu.
Raya pertama aku sambut dengan kawan senasib dengan aku, yang tak dapat balik kampung juga. Aku masak rendang ayam N9 dan burnt cheese cake air fryer resipi Khairul Aming malam raya tu.
Esoknya aku dah siap pakai baju raya dan bawa makanan ke rumah kawan aku. Kami sambut raya di sana.
Stanton Hotel, KK
Tapi pagi tu, pergi ke Stanton Hotel, KK untuk mengambil gambar raya terlebih dahulu. Haha.
Cantik hotel ni, memang port yang cantik untuk ambil gambar. Coffee shop dia pun cantik. InsyaAllah, satu hari nanti kena singgah sini untuk lepak sambil kupi-kupi.
Menu raya pertama aku. atau raya 2021 aku. Aku beraya sehari je tahun ni ðŸ˜
(gambar gelap, tak de lighting lagi time ni, haha)
Nasi Minyak + ayam masak merah. Rendang daging resipi mak Pini, rendang ayam N9, nasi impit, kuah kacang, burnt cheese cake.
Ok, ni je la cerita raya 2021 aku. hari raya kedua- keempat aku hibernate je di rumah. Mood agak down, tapi tak apa. kita marathon drama dan rehat sepuasnya sebelum start kerja balik esok. Fighting!
Salam.
Aktiviti yang dibuat pada 19 Ramadhan. Sebagai kenangan, jadi kita simpan di blog.
Semalam kan cuti. Jadi aku spend masa di rumah saja la.
Disebabkan ada masa terluang, petang tu aku ajak kawan aku, J untuk jogging di Tanjung Lipat.
Mulanya plan nak hiking di Bukit Padang, tapi hujan la pulak dari tengahari lagi. Hiking track confirm lecak.
Jadi kami decide untuk jogging di Tg Lipat. Aku ingat nak brisk walking je, sebab tak sahur kan pagi tu (terbabas). Tapi sebab kena ajak jogging juga, so aku jogging la.
Semput la juga, tapi nasib baik okay. Haha
Jogging tak lama mana pun, tapi aim nak tengok sunset. Dapatlah tengok sekejap sebelum langit bertukar mendung kembali.
Jom layan gambar sunset di Tg Lipat, Kota Kinabalu.
oh ya. Tanjung lipat ni sangat bermakna bagi aku. Ni lah antara sebab aku mintak untuk buat housemanship di Sabah dan sampai sekarang masih di Sabah. Setiap kali mak aku tanya bila nak balik kerja di Penang, setiap kali tu aku cakap aku tak tau. Kesian mak aku, tapi aku sayang nak tinggalkan Sabah. Tempat dia semua cantik-cantik. Banyak keindahan alam semulajadi.
Kali pertama aku ke Sabah pada tahun 2013 (4th year medical student) kalau tak silap aku dengan tujuan melancong.
Kecantikan Tg Lipat ni lah yang buatkan aku rasa nak bekerja di Sabah. Kononnya, kalau stress masa houseman, boleh terus pegi tempat cantik macam ni untuk release stress.
Tapi sebab housemanship terlalu busy, kadang-kadang je aku ke sini. Haha
Tapi aku selalu juga lalu jalan ni semasa dalam perjalanan untuk bekerja di Hospital Likas beberapa tahun lepas. Kenangan sangat..
kena tepek gambar sendiri juga satu, untuk kenangan haha
Ok Bye!