Salam.
Firs time aku cuba minuman daripada Bask Bear Coffee ni.
Tahu mengenai coffee ni dari kawan sekerja aku. Nampak mereka beli coffee ni hari tu, dan aku try la minum sikit. Not bad rasa dia.
Jadi dapat lah cuba semalam. Actually, nak beli dari seminggu yang lepas tapi asyik tangguh je. Sebab nak delivery guna foodpanda kena minimum order RM25 kan untuk dapatkan free delivery.
Kalau aku dan Hajar je yang beli, tak sampai RM20 pon. Kebetulan keluar kejap semalam, terus buat option pick dalam foodpanda. jangan lupa guna akaun shopback sebelum bayar ye.
Branch terdekat dan senang nak ambil dari rumah aku mesti lah di Lintas Plaza. City Mall ada branch juga, tapi tak tau kat mana dan malas nak masuk ke dalam City Mall. Kalau Lintas Plaza, boleh park dekat luar je terus gi ambil.
oh ya, kedai dia dalam Tealive yang baru dibuka di Lintas Plaza tau. Bask Bear Coffee ni dalam kedai Tealive.
Aku pilih Bask Bear Espresso Cheese Foam. semestinya pilihan half sugar.
Tapi ni pon dah manis aku rasa. Kalau ada pilihan 25% sugar, mesti lagi best.
,
Bask Bear Coffee is inspired by the Malayan Sun Bear. Though elusive, they keep the forest alive and diverse. This inspires us to do the same for the world through every cup we serve.
Salam.
Setelah nak masuk 7 tahun aku menetap di Sabah, tercapai juga hasrat nak beli basikal sendiri.
Dari hari pertama aku sampai di sini, aku dah cakap nak beli basikal. Tapi 2 tahun lebih berlalu macam tu je sebab struggle dengan housemanship kan. Tak fikir sangat benda lain, yang penting nak habiskan housemanship je. Lepas tu. nak balik settle down di Penang. (kononnya, tapi sampai sekarang masih lagi berada di Sabah dan tak ada plan nak transfer balik lagi pon haha).
Hasrat nak beli basikal ni dah lama, tapi tu lah, sebab tak ada geng kan. Jadi malas nak fikir lebih.
So, sepanjang housemanship memang tak ada lah healthy lifestyle, exercise/ jogging amatlah jarang sekali.
Cuma sejak 2-3 tahun ni ada kesedaran nak dapatkan semula berat badan ideal dan menjalani gaya hidup yang sihat. Mula lah on and off diet. Macam-macam jenis diet dah cuba. IF (intermittent fasting), keto diet dan calorie deficit. So far, paling berkesan dan sesuai dengan aku adalah calorie deficit diet.
Keto diet buat 2 kali, kali pertama je berjaya. Kali kedua, berat static dan fat level je makin bertambah rasanya. dan keto diet ni, diet yang mahal la bagi aku. sebab good fat mahal-mahal barang nya.
So, now aku cuma akan buat calorie deficit diet & exercise sahaja.
Antara exercise yang dikatakan selalu juga aku buat adalah hiking dan brisk walking. Hiking biasanya di Bukit Padang sebab ni yang paling dengan rumah aku. Cuma kalau hiking ni kena kejar masa sikit la kalau hari bekerja. kena make sure gerak dari hospital tepat-tepat jam 5. kalau aku di klinik minggu tu, dapatlah keluar awal sikit. Tapi kalau di wad, hmm jangan haraplah. So weekend je la the best time untuk aku hiking.
Kalau brisk walk/ jogging pula biasanya di Tanjung Lipat. Sebelum aku pindah ke rumah yang aku tinggal sekarang, dulu selalu juga ke Tanjung Aru, tak pon ke Perdana Park. Sama ada pergi sorang atau berdua/ bertiga dengan housemate aku yang dah balik for good. *sedih pula tiba-tiba*
Jadi, 2 minggu lepas semasa berjogging/ brisk walk di Tg Lipat, aku terserempak dengan nurse ward aku, dia tengah berbasikal masa tu. Nampak je basikal nurse aku tu, terus aku cakap nak pinjam. Dan dapatlah naik sekejap pusing Tg Lipat.
Lepas tu, aku terus tanya dekat mana dia beli. Dia beli di Shopee je rupanya. Aku mintak share link dengan aku. Malam tu terus scroll Shopee dan terbeli. Eh terbeli. haha.
Bukan terbeli, tapi dah memang nak beli lama dah. Cuma timing je tak kena. Kali ni dah ngam la dengan timing.
Aku beli di Shopee hari ahad, hari jumaat minggu depan nya dah sampai. Alhamdulillah, cepat juga. Dan jumaat yang sama juga lah, PM kita umumkan total lockdown selama 2 minggu yang mungkin akan lebih dari 2 minggu.
Sedih rasa hati, sebab baru semangat nak naik basikal pusing Tg Lipat. Huhu.
Jadi, hari ahad & isnin, dapatlah aku curi masa naik basikal di sana. At least dapat naik sekali la, tak la sedih sangat. Hari ni dan seterusnya akan naik di kawasan rumah aje lah. Worst case scenario, aku biarkan je la basikal tu terdampar sampai habis total lockdown.
Berhenti sekejap menikmati sunset.
Duduk dekat situ sambil layan lagu ballad korea yang sedih. memang best. haha
Salam.
Hari ni hari pertama total lockdown.
Aku postcall hari ni. Malas fikir nak breakfast apa. Semalam dah order foodpanda. Hari ni tak tau nak order apa pulak. Nanti 1 jam scroll foodpanda tapi tak boleh decide.
Kat dapur ada bihun, ada dada ayam.
Jadi buat lah bihun goreng. Walaupun baru je makan last week, minggu ni craving lagi.
Ni antara drama korea yang aku tengah layan/tengok sekarang.
Masih ongoing, baru ada 13 episod setakat ni. Aku dah tengok sampai episod 13 (latest episod). Total episode 16 je.
Pelakon utama: Jang Na Ra & Jung Yong Hwa
Tu ada lah satu sebab utama aku tengok drama ni hehe
Jalan cerita dia menarik. Lain dari yang lain. Mengisahkan Hong Ji A (Jang Na Ra) yang merupakan seorang agen real estate. Dia bukannya agen real estate yang biasa tau. Dia akan ambil case yang melibatkan rumah yang berhantu di mana rumah tu ada 'unrested spirit'. Dia akan ke rumah tu untuk mengembalikan 'unrested spirit' tu ke tempat yang sepatutnya.
Dia memerlukan seorang 'psychic'. Psychic ni adalah orang yang mudah kena rasuk hantu. So, caranya, dia dan psychic tu akan memanggil 'unrested spirit' tu, kemudian 'unrested spirit' tu akan masuk ke dalam badan psychic tersebut, kemudian dia akan 'stab' jantung psychic tu dengan alat yang special (macam pen la lebih kurang). So, memori terakhir 'unrested spirit' tu akan diserap oleh dia dan dia akan tau kenapa spirit tu jadi 'unrested spirit'.
Oh In Beom (Jung Yong Hwa) adalah seorang con-artist. Dia pon sebenarnya adalah seorang 'psychic' juga. Ada satu kejadian yang menyebabkan Oh In Beom bekerja dengan Hong Ji A, dan bermula dari situ ada banyak perkara yang sebenarnya berkaitan antara mereka.
Oh In Beom pula bukan lah psychic yang biasa. Dia boleh mengambil memori terakhir 'unrested spirit' juga dan yang paling penting boleh menaikkan suhu badan Hong Ji A. Sebab semasa proses 'exorcism' ni, suhu badan Hong Ji A akan jatuh, sebab tu awal-awal tu dia akan pakai berlapis-lapis baju untuk mengelakkan kesejukan.
So, kiranya Oh In Beom ni psychic yang 'special' la. Tapi kenapa? Aku pon tak tau. haha. Belum kena reveal lagi sebab dia.
Mula-mula agak scary la tengok muka 'unrested spirit' tu sebab tengok sorang-sorang. Tapi lepas tu ok je, tak takut sangat sebab akak aku cakap mekap macam zombie je. So, aku ok je lah tengok sorang-sorang haha.
So, time PKP nanti takde benda nak buat. boleh la tengok drama ni. boleh binge watching tau drama ni.
Bye!
Salam.
Bermula hari ni, Sabah akan cuti 4 hari sempena Kaamatan sehingga hari selasa ni.
Kalau dulu sebelum Covid-19, mesti dah boleh balik Penang. Paling tak pon, boleh roadtrip sekitar Sabah takpun staycation.
Tapi sekarang apa pon tak boleh buat. Nak jalan-jalan pun tak berani, dengan kes Covid-19 yang mencanak naik setiap hari.
Nak kata stress, agak stress jugak la. Sebab nampaknya makin lama lagi la baru dapat balik ke kampung. Dah la dah berkorban tak balik masa raya hari tu. Tapi rupanya tak sangka ada juga yang selfish dan balik ke kampung menggunakan surat kebenaran palsu.
Jadi bila dengar PM umum mengenai 'total lockdown' bermula 1 Jun 2021 nanti, rasa lega jugak lah. Harapnya dengan 'total lockdown' , case Covid-19 akan semakin turun nanti. Aminn.
Semalam juga, dapat berita colleague aku positif Covid-19 gara-gara contact daripada orang yang melawat rumahnya semasa hari raya yang lepas.
Nasib baik aku bukan contact rapat, jadi tak perlu buat apa-apa lagi sekarang. Aku cuma doakan semoga colleague aku cepat sembuh dan keluarga dia yang lain semuanya negatif Covid-19 insyaAllah.
Ok, berbalik kepada tajuk kita. 4 hari long weekend ni, bukan lah 4 hari cuti bagi aku. Aku kena ganti kawan aku oncall hari isnin ni. Jadi untuk aku, cuti weekend ni cuma 2 hari ajelah.
Tapi bagus juga, tak ada lah aku kebosanan di rumah selama 4 hari. hehe.
#donebebelanpagini