Salam.
Antara entri yang Syu suka baca --> Resepi Sup Tauhu Telur Paling Sedap sebab tauhu telur pon favourite syu jugak!
Tamat 10 Sep 2021
Salam.
Setelah hampir sebulan tak makan nasi kandar, dapat juga makan semasa lunch semalam.
Aku beli Nasi Kandar Chombi, nasi kandar yang aku selalu beli.
Semalam aku postcall, jadi tak larat drive pergi pick up di area Cybercity, kepayan. Jadi aku guna khidmat grab express je la. Tutup mata je la bayar RM9, yang penting tak penat.
Hari tu nak order, tapi dah full order. Kebetulan hari lain ada nampak dia buka pre-order kan. Terus la aku contact.
Rindu sangat nak makan nasi kandar di Penang dan homesick, jadi terubat lah sikit bila dapat makan nasi kandar ni.
Aku beli nasi kandar standard je macam biasa.
Ada Ayam goreng, daging, telur rebus dan bendi rebus 2 biji.
Alhamdulillah, kenyang..
Hari tu nampak dia open order untuk nasi ganja, tapi tak sempat nak order.
Sebab minggu ni pun macam biasa busy jugak, bila buka facebook, dah terlepas..
Tapi aku lagi suka busy, sebab tak ada banyak masa sangat nak homesick etc tu..
Oklah, ni saja untuk entri kali ni.
Siapa tinggal area KK, boleh la order sini ya -> https://www.facebook.com/nasikandarchombi/
Bye!
Salam.
Yeah, akhirnya hadiah yang ditunggu -tunggu dah sampai. hihi.
Ni hadiah yang aku menang daripada Giveaway ShalimarYusofDotCom 2021.
Aku ada tulis entri sebelum ni --> Rezeki - Menang Giveaway ShalimarYusofDotCom 2021.
Ok, jom kita tengok hadiah yang aku dapat,
1 Unit jutebag + 1 unit kad touch n go dengan custom sticker
Sebelum tu, jom tengok kad yang aku dapat ni:
Dan terima kasih juga untuk penaja hadiah :
: Kedai Shopee - aidymohamad
Jangan lupa singgah situ jika korang berkenan dengan barang-barang di atas ya..
Salam.
Ni cerita minggu lepas.
Makan di sini dengan kawan aku. Bukan lunch tau, tapi breakfast.
The Warung antara kedai makan yang aku selalu pergi juga, sebab Nasi Goreng Lalap dia sedap, portion pon besar. Yang penting harga berpatutan..
Kalau makan pagi di sini, lunch aku boleh skip. Tinggal makan malam je, sebab kenyang dia sampai ke petang.
Selain tu, aku suka makan soto ayam dia juga. Murah dan sedap. Takde pula gambar soto ayam.
----
Ni entri pertama aku update minggu ni. Minggu ni sangat sibuk untuk aku. Sabtu pon aku oncall. Ahad iaitu hari ni, aku postcall. Tapi kena tidur sekejap dulu, lepas tu baru boleh buat kerja.
Basuh baju dan sidai, tapi hujan pulak. huhu.
Sekarang ni KK kerap juga hujan petang-petang. Tak kering la baju aku hari ni.
Dan sekarang, sangat banyak ke COVID dekat Sabah. Dalam 2 kali oncall minggu ni, banyak aku dapat case COVID juga. Datang sebab masalah lain, tapi bila check RTK Antigen, 100% positif.
Tak termasuk staff department aku lagi. 3-4 orang terkena jangkitan COVID untuk minggu ni sahaja. 2 kali juga aku kena buat swab PCR minggu ni. Alhamdulillah, negatif. Tolong doakan staff department aku yang positif COVID cepat sembuh ya korang.
Doakan aku juga ya. Memang risau juga sekarang, kena anggap semua orang positif dan tak boleh leka dengan SOP yang ditetapkan.
Sorry, dah lari dari tajuk pulak.
Oklah, nak blogwalking ke blog korang sekejap.
Thank you korang yang singgah blog ni.
Bye!
Salam.
Sedihnya, hari ni dah hari ahad. Besok kena kerja semula macam biasa.
Terasa kejap je cuti seminggu berlalu. Walaupun ada rasa bosan juga, tapi seronok sebab boleh berehat sekejap daripada bekerja. Recharge semula tenaga yang hilang.
--
Hari ni lepas pegi grocery shopping pagi tadi, semangat pula nak masak.
Petang masak ayam berlado untuk bekal lauk 2-3 hari. Lepas tu tadi tiba-tiba rasa nak makan mushroom soup dengan garlic bread pula.
Terus google cari resipi. Jumpa la resepi ni. Terus masuk dapur dan buat.
Dalam lebih kurang sejam, siap lah..
Ni pulak ayam berlado yang dibuat petang tadi. Aku letak banyak cili padi, memang sangat pedas lah. haha..
dapat juga lah merasmikan food chopper ni. Memang best guna. Tapi agak kecil la, patut aku beli je yang saiz besar terus. haha.
OK lah, besok kerja, malam ni kena tidur awal.
Bye!
Salam.
Barang-barang ni aku beli sebelum sales 8.8, ada juga yang dibeli ketika sales.
Paling awal sampai dalam 3 hari, paling lambat lebih dari seminggu (postage dari semenanjung).
Kalau beli barang dari China pula, paling cepat seminggu pon boleh sampai, paling lambat maybe dalam 2 minggu.
Kalau sea shipping pula, paling awal dalam 3 minggu la. Biar la sea shipping pon, janji free postage. Haha.
Ni antara 3 barang aku yang baru sampai:
1. Origins Spot Remover Anti-Blemish Gel (10ml)
First time aku beli dekat Shopee gel ni. Sebelum ni, aku beli dekat Sephora & Lazada (official store Origins).
Tapi sebab mahal sangat kalau beli di Sephora & Official store (harga asal RM 89), aku try la beli di Shopee pula. Baca review katanya Original.
Gel ni botol ketiga dah. So far guna memang berkesan hilangkan jerawat. Tapi jerawat aku ni macam hari-hari je ada, so cepat juga 1 botol kecil gel ni habis.
So, kalau gel yang beli di kedai shopee ni okay, aku akan beli dekat sini je. Murah sikit. RM60++
Nak beli --> Origins Spot Remover Anti-Blemish Gel (10ml)
Next, aku beli ni juga.
2. AXIS-Y Dark Spot Correcting Glow Serum 5ml
Beli ni sebab nampak ada post dekat facebook yang cakap serum ni bagus untuk parut di muka. Muka aku banyak parut jerawat, jadi try la beli.
beli yang saiz kecil je, 5ml. Cuba dulu, kalau ok, baru beli yang besar.
Time aku beli ada sales, jadi beli dengan harga RM8.80 je.
Nak beli --> AXIS-Y Dark Spot Correcting Glow Serum 5ml
3. Electronic Kitchen Scale
Beli ni sebab nak start calorie deficit diet semula. Nak cuba buat strict diet. Harap-harap consistent lah ye.
Disebabkan barang ni tak sampai pun RM8, aku tambah lagi benda lain untuk dapatkan free shipping. Aku beli mask ni sekali.
Nak beli --> Electronic Kitchen Scale
Ok, tu je yang nak share dengan korang. Kalau korang ada guna skincare yang sesuai untuk kurangkan jerawat/ parut jerawat, jangan lupa share dengan aku ya.
Masih lagi mencari produk yang sesuai..
p/s: Jangan lupa guna Shopback ketika membeli ya..
Bye!