Salam.
Hari ni aku postcall. Balik rumah awal sikit dan dapatlah tidur dalam 2 jam macam tu.
Terbangun sebab alarm (nasib baik pasang alarm), pastu cuba tidur balik tapi tak dapat pula sebab ada jiran tengah repair rumah kot (macam macam bunyi ada). Terus tak dapat tidur balik. Geram juga la. Tapi tak boleh nak marah la, sebab diorang buat kerja tu waktu siang, bukan waktu malam pun. Cuma sleep cycle aku je yang lari. Haha
Hari ni walaupun postcall, kena pergi balik ke hospital. Untuk rehearsal program (virtual je) besok. Nak dekat pukul 8malam tadi baru selesai.
Tapi esok kena datang awal lagi untuk set up semua, pukul 7 pagi dah kena ada sana.
Sebelum balik tadi, singgah kejap di wad untuk solat dan pulangkan kunci klinik.
Rezeki hari jumaat, ada makanan extra keluarga pesakit bagi untuk staff. Ada banyak lebih, apa lagi, ambil la kan.
Tak payah fikir dah malam nak makan apa.
Bukan ada makanan je tau, ada snack juga dan ada buku surah Al-Kahfi dan terjemahan bersama dengan zikir counter.
Alhamdulillah, rezeki..
dalam 1 beg plastik ada semua ni..Banyak kan..
Terima kasih la kepada keluarga pesakit tersebut, semoga pesakit tersebut cepat sembuh ya. Aminn
dan doakan semoga program kami berjalan dengan lancar esok ya..
Terima kasih..
Bye!
Salam.
Kalau dah staycation, mesti dah menjadi kewajipan untuk tengok sunset di sini.
Ada banyak tempat sunset yang cantik di Sabah tau.
Antaranya, di Karambunai ni lah. Tempat yang aku staycation last weekend.
Kebiasaanya, aku tengok sunset di Tanjung Aru, tak pun di Tanjung Lipat. Sunset di Tanjung Aru pon tak kurang juga cantiknya tau. (Tiba-tiba rindu pula nak ke Tanjung Aru, tak jauh pon dari rumah aku, dalam 15 minit je. Tapi sejak PKP ni tak pernah pergi sana dah. huhu.)
Sunset di Marriot Hotel KK pon cantik juga tau.
Nanti aku scroll balik phone aku, untuk tengok gambar sunset di Tg Aru yang pernah aku ambil sebelum ni. Memang sangat cantik tau. (ni lah antara sebab aku masih di Sabah, walaupun jauh dari family di Penang, sebab banyak sangat tempat cantik).
Gambar ni diambil dalam jam 5 petang lebih. Matahari masih dekat atas lagi..
Salam.
Setelah lama tak staycation, akhirnya dapat juga staycation weekend lepas.
Nak cakap adhoc plan, tak lah adhoc sangat. Kami rancang seminggu sebelum tu.
Harga sebuah villa pon tengah promosi sekarang, Alhamdulillah.
Ni dah kali ke 4 tak salah aku kami staycation di sini. Memang cantik sangat tempat ni tau, iaitu
Borneo Beach Villa, Karambunai, Sabah.
Kami ambil villa beachfront. So pantai memang betul-betul depan villa korang.
Ada 2 bilik di villa ni. 1 master bedroom (katil king), 1 lagi bilik ada 2 katil super single.
Toilet pon ada 2. 1 toilet besar sekali dengan bath tub dalam master bedroom.
1 lagi toilet luar dekat dengan bilik yang lagi satu tu.
Toilet dalam master bedroom. Besar sebenarnya, tapi ambil gambar sini je. Haha.
Ruang tamu dia besar juga. Ada sofa/ kerusi untuk baring - baring di situ.
Buka je pintu, angin pantai masuk sepoi sepoi bahasa ditambah pula dengan bunyi ombak yang amat tenang.
Ada TV juga disediakan. Biasanya kami tak menonton TV pon, tak banyak pilihan channel yang ada. Selain tu, ada aktiviti lain yang boleh dibuat.
Contohnya, tengok movie mengunakan laptop, main game, dan sesi jamming.
Aku biasa tengok je kawan-kawan aku jamming. Nak join, memang tak lah, sebab tak pandai nyanyi dan tak banyak lagu yang aku tau.
Dan yang bestnye, ada private pool attach di sebelah villa ni ya. Tak la besar sangat, tapi memang ada privasi la. Mandi kolam la sepuas yang korang mau. Nak berendam berapa lama pon orang tak kisah.
Di luar villa pula selain private pool, ada ruang luar yang berbumbung ala-ala gazebo. Kat situ ada meja dan kerusi. Ada lampu dan kipas angun juga. Memang lengkap la semuanya.
Lupa nak ambil gambar haha.
Last sekali, part dapur. Ni antara part yang paling penting. Untuk memastikan makanan sentiasa ada.
Ruang dapur
Kawan aku yang sorang ni (Eddy) memang suka sangat memasak. Dia akan make sure cukup semua meals.
Dia dah siap masak makanan untuk lunch, dan prep makanan untuk dinner & breakfast esoknya. Memang terbaik lah. dah la sedap pula tu.
Dapur dia ada semua perkakas dapur contohnya, kuali dan periuk. Set sudu, garfu. Gelas.
Tapi barang makanan untuk memasak memang tak ada langsung. Tu semua kena bawak sendiri (garam, gula, sos cili, dan sebagainya).
Waktu check in jam 3pm, dan check out jam 12pm.
Tapi hari tu kami dapat check out lambat jam 3pm juga. Sebab tak ramai lagi orang yang datang sini. Zaman covid kan.
Oh ya. 1 rumah ni maksimum 6 orang je.
Tapi sangat berbaloi la bagi aku dengan harga dia.
Korang yang datang Sabah, boleh la consider untuk stay di sini. 1 malam pon dah okay sangat.
Tapi kalau nak lagi best, at least 2 malam la. Haha.
Oklah. Nanti aku share gambar sunset yang diambil di sini. Memang sangat cantik tau.
Salam.
Pagi sabtu minggu lepas, aku sempat lagi breakfast dulu sebelum staycation.
Mulanya tak nak breakfast, nak simpan perut untuk masakan kawan aku untuk lunch. Tapi takut nanti hangry pula kan.
So, buat la maggi goreng simple. Ada beli sawi hari tu, tapi tak guna lagi. So letak la sawi dalam maggi goreng aku.
Ayam kfc bahagian dada yang makan tak habis hari tu pon ada lagi, so campak je dalam maggi goreng simple ni.
Tiba- tiba tekak rasa macam nak makan maggi la pulak pagi hari tu.
Jadi terus masuk dapur, rebus 2 bungkus maggi kari. Keluarkan bahan- bahan dalam peti ais.
Tak sampai 10 minit dah siap maggi goreng. Ada baki, aku simpan dalam peti. Tak mampu nak habiskan seorang.
Oh ya, sebelum tu aku masukkan dulu nugget ayam ramly ke dalam air fryer. Sambil masak maggi goreng, nugget pon digoreng dalam air fryer.
Ni lah breakfast aku hari sabtu lepas. Sebelum ke staycation di Karambunai.
Buat sekadar alas perut je, sebelum makan puas-puas nanti. hehe.
p/s: baru sempat nak update entri hari ni. Lama dah takde entri baru ya.
Nanti nak kena blogwalking juga lah.
Bye!
Salam.
Awal pagi ni join giveaway dulu. Tengah staycation sekarang, tak sempat nak blogwalking lagi minggu ni.
Jom la join sekali..
Salam.
Minggu lepas ada pre-order nasi ganja oleh seller nasi kandar yang aku selalu makan.
Tak pernah cuba nasi ganja, jadi terus lah order.
Order minggu lepas, untuk hari selasa minggu ni. Aku order 5 bungkus terus. 1 bungkus untuk aku, 4 bungkus lagi untuk kawan-kawan aku. Saja belanja mereka, rindu nak makan makanan orang semenanjung kan.
Beza dengan nasi kandar rasanya cuma nasi dia. Lauk pauk dia sama je macam nasi kandar yang aku order sebelum ni.
Nasi ganja. Ada cili hijau juga.
Nasi dia je yang lain dan semestinya sedappp. Memang kena dengan tekak aku. Tapi harga dia mahal RM3 dari harga nasi kandar standard la, iaitu RM15 sebungkus.
Macam biasa, aku guna khidmat grab express je untuk ambil makanan tu dan hantar ke hospital.
Kalau tengahari nak keluar ambil sendiri terpaksa la menempuh jem dan juga panas. Baik guna khidmat grab express je, jimat tenaga dan masa. Lagipun, agak sibuk juga masa tu.
Korang yang tinggal di KK, Sabah nak cuba nasi ganja ni. Silalah follow ig atau fb Nasi Kandar Chombi. Anytime je dia akan buka untuk pre-order. Sekarang cepat betul dah sold out, so kena lah sentiasa alert ya.
p/s: ni entri tulis malam tadi. Minggu ni busy macam biasa, harap weekend ni sempat lah blogwalking ya.