Salam korang!
Bersambung daripada part ni -> Azam 2021 tercapai - Relex Smile Part 1
Azam 2021 tercapai - Relex Smile Part 2
Day 2 (11/1/2021) - Isnin
Hari yang ditunggu-tunggu pon tiba. Pagi ni bangun awal macam biasa. Hari ni kami berdua je yang akan pergi ke klinik (aku & akak aku je). Mak aku tak join sekali sebab nanti kena tunggu lama, mak aku tak larat nak menunggu.
Dalam jam 7 pagi macam tu aku dan akak aku keluar untuk beli breafkast dulu. Aku dekat Penang ni hari-hari kalau boleh nak cari nasi lemak, sebab dekat Sabah nanti susah benar nak dapat nasi lemak sedap. Ada tu ada, tapi tak banyak.
Kami beli nasi lemak dengan kuih muih di kedai berhampiran rumah. Bungkus je dan makan di rumah. Lepas tu telan ubat tahan sakit (celebrex)yang diberikan semalam.
Siap breakfast, dalam jam 8.30 pagi macam tu baru la kami gerak untuk ke Sg Petani -> Pusat Pakar Mata dan Lasik Utara. Tempat yang akan mengubah penglihatan mata aku nanti. Hihi
Tapi kami tak terus ke sana, kena singgah di Hospital Metro Sg Petani untuk buat Covid Test (RTK Antigen) terlebih dahulu. Dr Razak sarankan aku ambil test ni pagi sebab rest result ni valid dalam masa 24 jam je.
Nasib kurang baik...
Time kami sampai di Hospital Metro Sg Petani ni, banyak betul kereta yang tengah beratur untuk mengambil Covid Test ni. Di sini ambil turn dengan kereta kerana ianya dibuat secara drive thru. Aku tak tau ape yang jadi hari tu, tapi banyak betul kereta/orang yang menunggu untuk mengambil swab test ni.
Hampir 3 jam aku menunggu di dalam kereta untuk sampai giliran aku. Aku sepatutnya sampai di klinik dalam pukul 11 pagi. Tapi masa tu aku masih lagi di dalam kereta menunggu giliran. Jadi, aku dah call siap-siap klinik untuk bagitahu yang aku datang lewat. Nasib baik mereka okay je, cuma katanya dah otw nak ke sana nanti kena inform mereka balik.
Hampir pukul 12 tengahari barulah sampai giliran aku untuk mengambil swab Covid -19 RTK Antigen. Bayaran perlu dibuat semasa staff mereka datang di kereta kita untuk mengambil details. Kena bayar secara cash, nasib baik akak aku ada. Aku ni jenis jarang pegang cash.
Bayaran sebanyak RM162 untuk RTK Antigen test.
Tak lama pon nak buat test tu, nak menunggu je lama. Sampai giliran aku, turun dari kereta pergi ke khemah mereka. Duduk dan swab terus diambil. Tak sampai 2 minit pon. Lepas tu, kena tunggu keputusan yang akan keluar lebih kurang dalam masa 1 jam.
Khemah Covid-19 test |
Jadi, masa tu akak aku parking dulu di dalam hospital tu. Nak dekat sejam, aku pon pergilah ke khemah tadi semula untuk check keputusan RTK Antigen aku. Rasa restless jugak la sebab dah lambat kan. Risau je lambat betul nanti prosedur kena tunda....
Dah la hari tu akan ada pengumuman dari PM pasal PKP. Takut aku balik kali ni tak dapat buat Relex Smile dan kena tunggu cuti lain kali pula. Stress.
Kali pertama aku bertanya, result aku belum keluar lagi, kali kedua pon belum juga. Tapi sebab aku dah restless sangat, aku cakap dekat staff dia yang aku tunggu berdekatan situ. Kalau ada result aku, tolong panggil terus. Staff dia pon paham sebab aku ada cakap yang aku ada operation di klinik nanti.
Lebih kurang 10minit menunggu, akhirnya dapat jugak result RTK Ag aku. Terasa lama betul penantian kali ni. Terus aku call staff klinik dah bagitau aku dah otw ke sana.
Akhirnyaaaa.. setelah hampir 3 jam |
Aku sampai di klinik dalam pukul 1pm macam tu. Masa ni klinik tutup sebab rehat, tapi staff dia dah standby buka untuk tunggu aku. Sampai di kaunter, kena bagi ubat titik yang diberikan semalam dan aku buat baki bayaran sebanyak RM8300 menggunakan credit card.
Resit untuk bayaran pada hari tersebut |
Biasanya, pembayaran dibuat di tingkat 1, tapi sebab aku guna credit card, aku terus buat di bawah aje. Selesai pembanyaran, kena tunggu di bawah dulu sebelum dipanggil naik ke atas -tingkat 1.
Sambil menunggu, kena titiskan ubat mata ya. Dalam 40-50 minit macam tu, baru lah aku dipanggil naik ke tingkat atas. Di tingkat atas, kita akan jumpa dengan nurse dia dulu. Nurse akan terangkan proses operation tu nanti. Kemudian, dibawa masuk ke bilik lain untuk prosedur eye dressing.
Kat dalam bilik ni, kita akan sarung baju OT, dan buka tudung untuk eye dressing. Staff dia dah pesan untuk bawak inner neck siap-siap sebab nanti boleh sarung je OT cap, senang.
Lepas tu mata dicuci sikit menggunakan povidone. Seterusnya, dipakaikan juga mask dan telinga ditutup menggunakan cotton (nanti takut telinga masuk air masa mata dicuci ketika prosedur dibuat).
Dah siap, kena tunggu lagi. Aku rasa maybe dalam setengah jam macam tu lah. Sebab ada sorang dua lagi sebelum aku. Case aku adalah case terakhir pada hari tu (sebab datang lewat kan). Huhu.
Masa ni perut dah start lapar, sebab tak makan lunch pon, cuma ambil breakfast je. Tapi aku cuba tahan kan je. Malas nak fikir dulu.
Nervous tu ada sikit lah masa ni. Sebab minor operation je kan, jadi tak rasa nervous sangat. or maybe sebab dah penat restless gara-gara covid test tu, dah tak ada tenaga nak nervous lagi. Haha.
Sampai giliran aku, aku dipanggil masuk ke dalam bilik pembedahan. Masa ni tak pakai spec dah, jadi pandangan blur-blur sikit.
Dr Razak pon terangkan la macam mana prosedur ni (kena focus dekat titik hijau masa laser dibuat, dan lama-lama titik hijau tu akan hilang sekejap, tapi jangan panik & teruskan je tengok dekat tempat yang sama).
Dalam bilik pembedahan tu, ada 2 jenis mesin. Tapi prosedur aku akan guna 1 mesin je. Laser sahaja. Sebelum duduk di mesin tu, Dr Razak suruh aku baca tulisan di dinding. Nampak, tapi tak clear je. Dia cakap takpe, nanti habis prosedur baca semula.
Aku pon berbaring di atas mesin. Dr Razak terangkan each step, apa yang dibuat. Mata kanan buat dulu, kemudian baru mata kiri. Sebelah mata lebih kurang 2-3minit kot. Aku tak berapa ingat, agak-agak je.
Masa tu nampak tangan dok gerak-gerak. Pastu terasa mata dicuci. Time ni aku agak panik, so anak mata gerak sana sini. Tak boleh focus sangat. Kesian Dr Razak. Kena cakap focus dekat cahaya kuning 2 kali. Lols.
Nasib baik masa proses laser, aku boleh focus dengan baik. Aku rasa part kornea dipotong sedikit untuk buang lenticule tu yang aku tak boleh nak focus. Aku rasa lah. Huhu.
Tak sampai 10 minit, siap kedua-dua belah mata. Bila mata dibuka, rasa kabur. Tak boleh nampak dengan jelas lagi. Tapi Alhamdulillah, boleh baca tulisan - TAHNIAH ANDA TELAH BERJAYA.
Selepas tu, masuk ke bilik pertama tadi untuk buka baju OT dan cuci mata sedikit.
Kemudian, nurse bagitau ubat mana yang kena amik. Ada 3 jenis ubat kena titis untuk 1 minggu pertama (4x sehari) dan ubat makan (celebrex - ubat tahan sakit, makan bila perlu) dan juga Vit C.
Kiri - Vigamox (antibiotic), kanan -maxidex (steroid) dan 1 lagi ubat titis (artificial tears). |
Vitamin C - 1g setiap hari |
Dah siap bagi ubat, boleh balik. Masa tu aku tengok jam dalam pukul 4pm. Lebih kurang 3 jam juga aku di situ.
Keluar dari klinik dan berjalan ke kereta sambil pakai sunglass. Akak aku tunggu dalam kereta je masa ni. Dalam klinik tak boleh tunggu, untuk pesakit sahaja.
saja nak tunjuk sunglass baru 😆 |
Otw balik ke rumah, mata aku rasa sangat pedih dan berair. Nak buka mata je, pedih. Maybe sebab dalam kereta kot, dengan aircond depan mata & cahaya matahari.
Masa akak aku pergi bungkus makanan, aku terpaksa telan celebrex sebab tak tahan rasa pedih tu. Huhu. Maybe sebab aku dah makan celebrex awal pagi kan, dan aku punya operation lambat.
Sampai di rumah, aku makan dan tidur. Aku tidur dalam 2-3 jam macam tu. Alhamdulillah, bangun tu rasa macam biasa dah. Mata tak lagi pedih dan sakit.
Alhamdulillah, Syukur sangat-sangat.