Salam.
Tinggal beberapa hari lagi dah nak habis kita berpuasa. Tak lama lagi bulan Ramadan bakal berlalu pergi.
Aku baru nak update menu berbuka 13 Ramadan (24 Mac 2024) yang lepas.
Disebabkan hari jumaat dah makan buffet, hari sabtu & ahad pula aku kerja.
Jadi hari ahad tu, lepas balik kerja terasa nak makan ayam goreng korea.
Biasanya aku akan beli di Chicken Factory.
Owner kedai makan di orang korea kalau tak salah aku. Ayam goreng dia lagi sedap daripada yang aku makan di Korea pada Februari yang lepas.
Masa makan ayam goreng di Korea, aku teringat ayam goreng korea yang ni. Tak sabar rasa nak balik KK makan ayam goreng ni haha.
Aku biasa beli set ni - ayam goreng korea spicy (RM40) di grabfood.
Makan sambil tengok drama korea - Queen of Tears.