Sell Your Haunted House - korean drama

 
Salam.

Ni antara drama korea yang aku tengah layan/tengok sekarang.

Masih ongoing, baru ada 13 episod setakat ni. Aku dah tengok sampai episod 13 (latest episod). Total episode 16 je.

Pelakon utama: Jang Na Ra & Jung Yong Hwa

Tu ada lah satu sebab utama aku tengok drama ni hehe





Jalan cerita dia menarik. Lain dari yang lain. Mengisahkan Hong Ji A (Jang Na Ra) yang merupakan seorang agen real estate. Dia bukannya agen real estate yang  biasa tau. Dia akan ambil case yang melibatkan rumah yang berhantu di mana rumah tu ada 'unrested spirit'. Dia akan ke rumah tu untuk mengembalikan 'unrested spirit' tu ke tempat yang sepatutnya.

Dia memerlukan seorang 'psychic'. Psychic ni adalah orang yang mudah kena rasuk hantu. So, caranya, dia dan psychic tu akan memanggil 'unrested spirit' tu, kemudian 'unrested spirit' tu akan masuk ke dalam badan psychic tersebut, kemudian dia akan 'stab' jantung psychic tu dengan alat yang special (macam pen la lebih kurang). So, memori terakhir 'unrested spirit' tu akan diserap oleh dia dan dia akan tau kenapa spirit tu jadi 'unrested spirit'.

 Oh In Beom (Jung Yong Hwa) adalah seorang con-artist. Dia pon sebenarnya adalah seorang 'psychic' juga. Ada satu kejadian yang menyebabkan  Oh In Beom bekerja dengan Hong Ji A, dan bermula dari situ ada banyak perkara yang sebenarnya berkaitan antara mereka.

Oh In Beom pula bukan lah psychic yang biasa. Dia boleh mengambil memori terakhir 'unrested spirit' juga dan yang paling penting boleh menaikkan suhu badan Hong Ji A. Sebab semasa proses 'exorcism' ni, suhu badan Hong Ji A akan jatuh, sebab tu awal-awal tu dia akan pakai berlapis-lapis baju untuk mengelakkan kesejukan.

So, kiranya Oh In Beom ni psychic yang 'special' la. Tapi kenapa? Aku pon tak tau. haha. Belum kena reveal lagi sebab dia.


Mula-mula agak scary la tengok muka 'unrested spirit' tu sebab tengok sorang-sorang. Tapi lepas tu ok je, tak takut sangat sebab akak aku cakap mekap macam zombie je. So, aku ok je lah tengok sorang-sorang haha.


So, time PKP nanti takde benda nak buat. boleh la tengok drama ni. boleh binge watching tau drama ni.


 Bye!


You Might Also Like

3 comments