Salam Aidilftri 2021

 

Salam.


Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ni.

Hari raya ke - 4 baru sempat nak update blog haha.

Dah lebih 2 minggu blog ni tak ber'update' rupanya. Bukan sengaja tak nak update, tapi sebab 2 minggu sebelum raya tu, sangat lah busy.

Nak online/ tengok drama pon tak sempat.

Kenapa? 

Sebab kawan baik aku masuk hospital dan buat operation. Family dia kan jauh, jadi aku tolong la jaga dia. Aku paham sangat perasaan ketika sakit & masuk ward tapi family tak ada di sini. Tambahan pula, dia kena buat pembedahan, lagi la sedih.

Sebab kedua, aku busy oncall. Back to back call (EOD) oncall. Maksudnya selang sehari aku oncall. MO tak ramai, dan tiba-2 ada yang dapat surat pindah balik ke Semenanjung. Dah la kena lapor diri tak sampai 2 minggu. Bukan nya dekat nak transfer tu. Dari Sabah balik ke Semenanjung, banyak nak kena urus kot. Sabar je lah.

Ok, tu la antara sebab nya aku tak sempat update blog sepanjang 2 minggu ni.

Tapi Alhamdulillah, cuti raya (cuti umum) ni aku takde oncall langsung. Boleh la cuti 4 hari berturut. Cumanya, cuti raya yang aku ambil hari tu, aku cancel.

Buat apa nak cuti lama-lama kalau bukan di kampung kan? Nanti bosan + cuti habis. Mak aku dah pesan siap-siap simpan cuti. Nanti dah boleh balik Penang, baru ambil cuti. 



Raya Pertama aku (tahun kedua beraya di Sabah)



Baju raya pertama. 

Beli 3 baru raya untuk tahun ni, tapi pakai 1 je, hari raya pertama. Kedua dan ketiga guna time raya haji nanti lah ye.


Oh ya. Nak cerita mengenai hari raya pertama aku. Tahun ni memang mood raya tu aku boleh kata kan, tak ada langsung. Maybe ada la tapi sikit je. Sebab tak dapat balik kampung beraya dan juga 2 sebab di atas tu.

Raya pertama aku sambut dengan kawan senasib dengan aku, yang tak dapat balik kampung juga. Aku masak rendang ayam N9 dan burnt cheese cake air fryer resipi Khairul Aming malam raya tu.


Burnt cheese cake


Esoknya aku dah siap pakai baju raya dan bawa makanan ke rumah kawan aku. Kami sambut raya di sana.


Stanton Hotel, KK


Tapi pagi tu, pergi ke Stanton Hotel, KK untuk mengambil gambar raya terlebih dahulu. Haha.








Cantik hotel ni, memang port yang cantik untuk ambil gambar. Coffee shop dia pun cantik. InsyaAllah, satu hari nanti kena singgah sini untuk lepak sambil kupi-kupi.



Menu raya pertama aku. atau raya 2021 aku. Aku beraya sehari je tahun ni 😭

(gambar gelap, tak de lighting lagi time ni, haha)


Nasi Minyak + ayam masak merah. Rendang daging resipi mak Pini, rendang ayam N9, nasi impit, kuah kacang, burnt cheese cake.


Ok, ni je la cerita raya 2021 aku. hari raya kedua- keempat aku hibernate je di rumah. Mood agak down, tapi tak apa. kita marathon drama dan rehat sepuasnya sebelum start kerja balik esok. Fighting!




You Might Also Like

6 ulasan

  1. Selamat hari raya. Maaf zahir batin.
    Banyak juga juadah rayanya. Namap sedap2 belaka.

    BalasPadam
  2. Selamat Hari raya Syu...
    Kadng raya ngan kengkawn pun sonok gak...
    Al maklum di perantauan kan...

    pape pun semoga yg indah indah aje di hari raya thn ni :)

    BalasPadam
  3. salam aidilfitri maaf zahir batin dari wak yg jauh dimata ye bahh 😅

    BalasPadam
  4. Selamat hari raya Maaf Zahir & Batin Syu. Sedap segala juadah raya Syu. Rajin masak :)
    Cantik berseri seri di hari raya. cantik baju dan cantik gambar Syu.

    BalasPadam
  5. salam lebaran dari mama sekeluarga maaf zahir dan batin

    BalasPadam