Salam.
Hari ni jalan-jalan di Imago Mall. Niat nak singgah Uniqlo je beli barang sikit. Nak beli online, takut tak sempat sampai.
Jadi gagahkan juga diri untuk ke Imago Mall walaupun tahu ramai orang di sana.
Alang-alang ke situ, aku ajak la Pini tengok movie sekali. Padahal baru je tengok movie Spiderman No Way Home minggu lepas 😁
Bila dah start tengok movie di cinema ni, dia macam ketagih nak tengok lagi. haha.
Kebetulan ada movie baru Kingsman 3. So, apalagi terus la book.
Sampai je di Imago, aku singgah Uniqlo beli barang sikit. Lepas tu, Pini ajak ke Bath and Body Works pula. Aku ikut je la, nak tengok-tengok juga barang apa yang ada.
Pini cakap dia nak beli Wallflower fragrance refills. Ada sales pula masa ni.
Aku pon tanya la Pini best tak guna Bath and Body Works Wallflower ni. Dia cakap best sangat, sebab boleh plug in je pastu biar buka 24 jam.
Balik rumah dan masuk bilik, bau wangi semerbak je. Terus aku terpengaruh dan terjebak beli. haha.
Dah lama nak cari pewangi bilik, sebelum ni pernah guna Ambi Pur. Tapi dah habis, sampai sekarang tak refill balik.
Jadi aku pon beli je Bath and Body Works Wallflower plug dengan refills dia sekali.
Mula-mula ingatkan semua barang ada sales, tapi rupa-nya certain pewangi je.
Tapi sebab dah pilih wangian yang nak, jadi beli ajelah walaupun bukan harga sales. Dah berkenan kan. Haha.
Aku beli plug dia dengan 4 jenis wangian refills. Harap-harap bertahan sampai next promosi.
- Mahogany Teakwood (Pini yang recommend, dia suka bau ni).
-White Eucalyptus & Sage
-Japanese Cherry Blossom
-White Gardenia
wallflower plug bersama refills dia
Total hangus RM 164..
Ok, start next year kena diet dan berjimat....
p/s: korang pernah guna ?
Salam.
Dah lama blog tak ber 'update'.
Nak cakap sibuk sangat, boleh la. Tapi ada je masa yang boleh untuk update blog cuma mood je tak ada.
Entri kali ni sempena Birthday aku yang ke ... haha rahsia. pada tarikh hari ni 24 Disember 2021 aka Christmas Eve.
Sejak tahun lepas, Christmas Eve adalah hari cuti umum bagi penduduk di Sabah.
Jadi, hadiah birthday aku diberi sehari lebih awal daripada rakan kerja aku. hehe.
Muka happy dapat hadiah..
Nak simpan gambar hadiah sebagai kenangan je di blog ni.
Tahun ni, 2 orang kawan baik aku dah balik ke Semenanjung. Jadi tak meriah seperti sambutan hari jadi kami sebelum ni.
Kami akan sambut berempat, dan biasanya akan staycation di Sabah. hihi. Banyak tempat kami pernah stay, tapi tak sempat buat entri di blog. Post di ig je.
Tahun ni staycation dekat je dengan Pini, sebab besoknya aku oncall. Huhu
Semoga oncall aku dipermudahkan esok hari, aminn.
So, jomlah tengok hadiah yang aku dapat semalam,
Salam.
Lama tak tulis entri blog. Macam biasa, agak sibuk. Alhamdulillah, weekend ni tak kerja (oncall). Jadi ada masa untuk berehat dan setelkan kerja lain yang tertunggak.
Tapi, sempat juga aku shopping sana sini. Shopping online je la, malas nak ke mall. Zalora kan ada sales sempena 12.12 ni, jadi terjebak juga lah aku.
Banyak juga barang yang aku beli, 2 daripada nya adalah hadiah untuk exchange gift nanti.
Di Sabah ni, exchange gift sempena Christmas adalah benda yang biasa.
Sebelum shopping di Zalora or shopee, aku akan make sure aku buka apps Shopback dulu. Nak pastikan dapat cashback semula. Tak banyak pon takpe. Kumpul je dulu, lama lama banyak juga.
Dan akhirnyaa... dan sampai RM1000 cashback yang aku dapat dengan menggunakan apps Shopback ni. Kalau takde apps ni, tak dapat pun RM1000 ni. Alhamdulillah. Boleh guna untuk shopping lagi. hihi.
Banyak betul aku shopping minggu ni selepas beberapa minggu tak shopping haha.
Aku ada pernah share pasal Shopback sebelum ni di sini, boleh klik untuk baca ya.
https://www.travelogsyuhadasalleh.com/2021/02/khas-untuk-kaki-shopping-online-shopback.html
https://www.travelogsyuhadasalleh.com/2021/04/jom-daftar-akaun-shopback-kalau-nak.html
Jadi, kalau korang belum ada akaun Shopback ni, cepat-cepat lah daftar. FREE je nak daftar tu. Yang penting jangan lupa buka apps tu dulu sebelum shopping ya.
Klik Shopback untuk daftar dan korang akan dapat RM5 juga.
Selamat bershopping!
Bye!