Salam.
Masa di Penang 2 minggu lepas, ternampak Pizza Bara Bukit Mertajam di tiktok. Terus aku share dengan akak aku.
Nampak macam menarik juga la.
Malam sebelum aku balik ke KK, akak aku ajak beli Pizza Bara Bukit Mertajam ni.
Kami pre-order dulu dan bayar siap-siap. Bagitau juga timing untuk pick up nanti.
Awal lagi aku dah order, masa balik daripada beli A&W hari tu.
Kami order 2 jenis pizza iaitu Beef Pepperoni Pizza & Lamb Shabu Pizza.
Dah nak dekat masa pick up, aku & akak aku pon pergi la ke sana. Masa ni rupa-rupanya order kami tak siap lagi.
Sedih juga la, ingat boleh terus ambil.
Kena tunggu dalam 20-30minit macam tu juga la. Tak lama sebenarnya, tapi mindset dah ingat nak datang pick up je, jadi terasa sangat lama juga la.
pizza yang dibakar menggunakan 2 tempat pembakar
Ramai juga orang yang makan di sini. Memang meriah.
Balik tu, terus makan & tidur. Tak boleh tidur lambat malam tu sebab esoknya flight pagi. Takut nanti mengantuk sangat.
Tapi esoknya tu dalam flight memamg aku tidur je dari take off sampai lah nak dekat landing. Tak tau penat buat apa.
Jom tengok pizza yang kami order di Pizza Bara Bukit Mertajam
Beef Pepperoni Pizza RM23
-sedap
Lamb Shabu Pizza RM28
-sedap
Jemput makan..
Kalau next time balik Penang teringin pizza, boleh la order lagi.