Salam.
Happy betul bila dapat parcel ni.
Dapat agak ako yang bagi sebab barang online yang dibeli semuanya dah sampai.
Kebetulan hari tu aku kerja di klinik, jadi barang sampai je terus aku ambil dan buka.
Excited rasa. haha.
Barang ni sampai hari rabu 2 hari lepas, memang good timing la. Sebab khamis & jumaat aku mintak cuti untuk gi jalan-jalan.
Tu yang double excited hari tu, excited dapat barang + excited tak sabar nak cuti.
3 barang aku dapat hehe.
sempena menjadi top komentatordi bulan April & May 2022.
Cup Cameron Valley Tea . Tak sabar nak guna. Boleh letak iced coffee dalam tu.
Alhamdulillah rezeki.
Terima kasih Ako!
Akan syu melawat lagi di blog Ako yang best. Banyak entri pasal travel.
Korang pon jemputlah ke sana ya.
Bye!
Salam.
Lama tak update blog. Agak sibuk 2 minggu ni sejak pulang ke KK, Sabah.
Sibuk bekerja dan juga jalan-jalan.
Baru je habis short trip ke Kuching, Sarawak semalam.
Hari ni aku ambil cuti lagi, sebab nak berehat. hehe
Hadiah buku Memoir Kampung Boy baru sampai ke tangan aku hari khamis yang lepas. Tapi baru sempat buka parcel hari ni.
Hari khamis lepas tak sempat, sebab busy packing barang untuk ke Kuching esoknya tu.
Cover depan Memoir Kampung Boy
Cover belakang Memoir Kampung Boy
Nanti ada free time, nak baca.
Ni buku kedua aku dapat daripada SR, yang pertama boleh tengok sini .
Terima kasih SR & Mitch!
Salam.
Hari kedua CNY. Nasib baik cuti, hehe.
Hari ni baru sempat nak buat entri hadiah yang dapat daripada Kak Amie sempena penghargaan menjadi salah seorang yang meninggalkan komen di blog Kak Amie dan juga berjaya meneka daerah yang Kak Amie belum pernah pergi lagi di Sabah.
Blogger lain semua dah update, aku je yang belum update lagi.
Hadiah sampai time aku balik Penang haritu. Dah balik KK, busy dengan kerja pula.
2 hari ni la ada masa nak online update entri, blogwalking, binge watching drama. hehe
Ni lah hadiah yang aku dapat. Banyak kan?
-Kain batik 2 helai
- Buku Kembara Hikmah
-Keychain
-Brooch owl
-Coin purse bentuk ikan
-
Terima kasih sangat-sangat Kak Amie atas hadiah yang diberikan.
Semoga makin dilimpahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik ya..
suka brooch owl ni, comel.
Buat korang yang suka baca entri pasal makanan dan travel di Sabah, boleh la ke blog Kak Amie.
Banyak entri menarik ada di sana.
Selamat membaca!
Salam.
Alhamdulillah, dapat hadiah lagi, hasil berblogging.
Sebenarnya ni hadiah top komentator bulan 9 di blog Kak Shikin.
Aku tak perasan yang ada gambar top komentator bertuah je yang dapat hadiah. Semangat je aku pergi hantar details dekat kak shikin.
Aku tak perasan pon tau, sampai kak shikin cakap yang sorang top komentator bertuah je yang dapat. Aku pon pergi la baca balik entri hari tu.
Omg, memang ada la.. Aku yang tak perasan... Malu kejap masa tu. haha
Tapi kak shikin baik hati betul, alang-alang aku dah send details kan, kak shikin bagi juga hadiah untuk aku. Terharu tau...
Hadiah tu pon dah selamat sampai isnin minggu ni. Tapi hari ni baru sempat nak buka. Asyik oncall postcall je kan. Penat betul, sampai tak sempat nak buka parcel.
Dan biasanya time ko oncall/postcall la banyak parcel akan sampai.
Dah la dengan barang oncall lagi kan, pastu dengan parcel ko yang banyak. Memang jenuh juga la nak bawak balik.
Ni pon ada barang aku akan sampai lagi. Nampak macam akan sampai hari aku oncall lagi. Haha...
Takpe lah, yang penting barang sampai kan. Tapi perasaan excited nak buka parcel tu kurang la..
Oklah, tak nak bebel banyak.
Terima kasih Kak Shikin atas hadiah yang diberikan.
Semoga makin dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan buat Kak Shikin dan keluarga ya..
Jom la korang, singgah di blog Kak Shikin.
Bye!
Salam.
Hadiah Top Komentator di blog kak ret sebenarnya dah sampai dari minggu lepas.
Tapi hari ni baru ada masa nak up entri.
Thanks Kak Ret dan Uyum bagi hadiah yang comel dan wangi ni.
Nak guna pon rasa sayang sebab wangi sangat..
Hadiah dari blogger Kak Ret & Uyum - Cleansing Hand Gel.
Hadiah yang sangat berguna time pandemic covid ni..
Peach Bellini
Dua-dua ni bau dia sedap tau..
Thank you Kak Ret & Uyum!
Semoga makin dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa ya..
Salam.
Alhamdulillah, hadiah daripada Merdeka Giveaway by TarotTheFool dah sampai.
hari tu dapat tau menang Merdeka Giveaway by TarotTheFool yang aku join bulan lepas.
Full entri pemenang di sini --> Pemenang-Pemenang Merdeka Giveaway by TarotTheFool.
Aku menang Home Textile Face Towel.
Terima kasih penganjur giveaway..
Semoga makin dimurahkan rezeki ya..
Salam.
Yeah, akhirnya hadiah yang ditunggu -tunggu dah sampai. hihi.
Ni hadiah yang aku menang daripada Giveaway ShalimarYusofDotCom 2021.
Aku ada tulis entri sebelum ni --> Rezeki - Menang Giveaway ShalimarYusofDotCom 2021.
Ok, jom kita tengok hadiah yang aku dapat,
1 Unit jutebag + 1 unit kad touch n go dengan custom sticker
Sebelum tu, jom tengok kad yang aku dapat ni:
Dan terima kasih juga untuk penaja hadiah :
: Kedai Shopee - aidymohamad
Jangan lupa singgah situ jika korang berkenan dengan barang-barang di atas ya..
Salam.
Alhamdulillah, rezeki menang giveaway di blog ShalimarYusofDotCom.
Dah tau semalam, tapi baru bagi details pagi tadi dekat Sha.
Semalam oncall, jadi tak sempat nak hantar details.
Hari ni free sikit, jadi ada masa nak blogwalking hehe.
Ni kali pertama menang giveaway selepas setahun aktif blogging semula.
Hadiah yang bakal aku dapat :
1 Unit jutebag + 1 unit kad touch n go dengan custom sticker
Tak sabar! hehe
Terima kasih Sha sebab anjurkan giveaway ni. Semoga makin dimurahkan rezeki ya..
Salam.
Alhamdulillah, dapat hadiah daripada blogger Kak Ret. Tengok blogger lain dah dapat, aku pon tak sabar menunggu. hehe.
boleh tengok entri aku dekat sini --> Rezeki - Top Commentator Jun di blog Kak Ret
Hadiah diterima hari rabu yang lepas, tapi biasalah. Weekend baru ada masa nak up entri. Weekday memang busy sentiasa. Pergi keja, balik rumah rehat kejap lepas tu terus masuk tidur. Ulang-ulang perkara yang sama setiap hari kecuali oncall.
Ok, ni lah hadiah yang diterima.
Sebuah beg mekap yang agak besar juga. Siap ada tulis nama aku, hehe.
Suka sangat.
- EVERY NEW DAY IS ANOTHER CHANCE TO CHANGE YOUR LIFE -
Aku tak letak barang mekap, sebab jarang bermekap. Jadi aku akan gunakan beg ni untuk letak stok makanan time oncall. Makanan yang aku maksud kan adalah snacks, kopi etc untuk bekalan oncall. hehe.
Siap ada kad ucapan lagi..
Terima kasih Kak Ret untuk hadiah yang cantik ni. Semoga semakin dimurahkan rezeki ya. Amin.
Salam.
Alhamdulillah, rezeki di awal July 2021.
Dapat jadi pengomen bertuah di blog Kak Ret. Alhamdulillah.
full entri --> sini
Tahniah juga kepada top pengomen yang lain!
Tak sabar nak tunggu 'sesuatu' tu hehe.
Syu paling lambat dapat la, sebab alamat Sabah kan.
Thanks Kak Ret! Semoga semakin dimurahkan rezeki ya. Amin.
Salam.
Dah berminggu baru nak update. Agak sibuk baru- baru ni. Weekend baru ada masa nak buka blog.
Syu suka baca blog Kak Amie sebab ada banyak resepi menarik yang Kak Amie selalu kongsi di blog Amie's Little Kitchen.
Selain tu, Kak Amie banyak share mengenai kuih muih Sabah. Semua kuih tu nampak sedap, ada yang pernah aku makan, ada yang belum pernah makan atau nampak pun.
Tu yang selalu singgah di blog Kak Amie. Rajin pula tinggalkan komen, dan Alhamdullilah, ada rezeki dapat RM50 daripada Kak Amie. hehe.
Lepas ni, makin rajinlah syu tinggalkan komen kat blog Kak Amie nampaknya. 😄
entri penuh --> sini
Thanks Kak Amie! Semoga makin dimurahkan rezeki. Amin.
Salam.
Alhamdulillah, rezeki dapat cash dari mamapipie @ kak adda.
Aku dapat capture no bertuah di blog mamapipie. Bukan first time tau, banyak kali juga lah. hehe.
Kali ni dapat capture no yang hampir dekat dengan 2.8 juta. Tak sempat nak dapat nombor yang ngam-ngam 2.8 juta. dapat tangkap no yang hampir-hampir je. nasib baik mamapipie terima juga.
Thanks mamapipie@ kak adda. Semoga makin dimurahkan rezeki lagi ya.
oh ya, di blog mamapipie sentiasa ada pencarian pengunjung bertuah. kerap-kerap lah singgah di blog mamapipie ya.
Bye!
Salam.
Sebenarnya dah lama dapat hadiah ni. Tapi baru sempat nak buat entri.
Hadiah ni adalah daripada blog Mamapp sebagai Hadiah Saguhati Pemenang Capture 2.5 Juta Pageview di blog Mamapp sebelum ni.
Ni lah hadiah yang diterima. Awal bulan 3 lagi dah sampai. Tapi every weekend asyik busy je. Tak sempat nak tulis entri. Weekend ni agak free, jadi boleh la menulis entri sikit.
Terima Kasih Syu, kerana support Segment Mamapipie.com
PEIYEN EYE COLOR STUDIO MINI
Jom kita singgah blog Mamapp !
Salam.
Alhamdulillah, hadiah yang dipost blogger Syazni Rahim dah sampai! Kenapa dapat hadiah? Boleh tengok entri ni ya.
Hadiah dia sangat best tau!
Sebuah novel bertajuk Life Baggage tulisan penulis blog sendiri.
Excited nak buka parcel!
Lama betul tak baca novel. Kalau time sekolah & uni dulu, selalu juga baca novel kalau ada masa terluang. Best sangat. Macam masuk dunia lain.
Kata -kata daripada penulis. Terima kasih Syazni Rahim!
Jadi, bila dapat novel ni. Terus baca Kisah 1 pada malam hadiah diterima. Ingat nak sambung baca lagi. Tapi sebab esoknya aku oncall, tak boleh tidur lambat sangat.
Aku akan sambung bila ada masa terluang nanti.
Kalau korang pon peminat novel, jangan lupa untuk beli dan baca novel ni ya.
Recommended!
Salam.
Alhamdulillah, lama tak join giveaway ke contest ke di blog.
Yela, sebab dah bertahun tak aktif berblogging. Tahun ni je yang baru nak start blogging balik. Sebab tak dapat travel kan. Banyak masa terluang.
Weekend lepas aku tak oncall, jadi ada banyak free time. Aku blogwalking la dari satu blog ke blog.Dah lama tak blogwalking. Rindu sangat.
Aku singgah blog yang biasa aku lawat macam blog Kak Fizah, Mamapp, Kak Shida dan ramai lagi. Semua orang masih lagi aktif berblogging. aku je yang on and off blogging ni.
Sambil blogwalking, tersinggah lah di blog Syazni Rahim. Tengah ada pencarian pengunjung bertuah 1375000.
Menarik ni. Aku suka betul small contest macam ni. Sebab excited nak tunggu nombor yang bertuah tu. So, aku akan rajin lah singgah ke blog yang sama setiap hari. Hehe
Dan, Alhamdulillah. Aku berjaya capture no pengunjung bertuah 1375000 ! Rezeki awal tahun 2021 la kot ya.
Boleh tengok entri di sini --> Pengunjung bertuah 1375000 telah ditemui!
Oh ya, Syazni Rahim adalah seorang superwoman tau. Ada kerja hakiki (cikgu ke kalau syu tak salah?), dan juga penulis novel tau.
Dah ada 2 novel yang telah diterbitkan oleh Syazni Rahim. Boleh tengok dekat sini.
ada banyak juga cerpen yang telah ditulis. Nanti aku akan baca, insyaAllah.
---
Hari ni dapat update hadiah dah kena pos. Tak sabarnya nak dapat. hehe. Maybe dalam 3-5 hari juga untuk sampai ke tangan aku. Hantar ke Sabah kan 😅 Haha
Excited nak tunggu parcel sampai. Sebab tu la selalu shopping walaupun barang biasa-biasa je.
p/s: ada pencarian no lain pula di blog Syazni Rahim. Rajinlah singgah ya.
p/s/s: Boleh ke nak capture no bertuah tu lagi? Hehe