Salam.
Semalam aku tukar bateri iphone X aku. Sebab dah tinggal 73% sahaja capacity bateri dia.
Kalau hari oncall (referral call), nak kena 5-6 kali charge sebab cepat je bateri habis. Lagi banyak terima call, lagi cepat la habis. Nasib baik ada fast charger. Kalau tak, berkepit dengan power bank je la jawapnya.
Nak tukar phone, rasa sayang pula sebab phone ni masih elok lagi. Iphone 13 baru keluar, tapi tak terasa macam nak tukar lagi pun.
Maybe tunggu Iphone 14 tahun depan la. Dengar kata flip phone macam Samsung Galaxy Z. Tapi tak tau la betul ke tak.
Aku ke kedai phone Xpert Gadjet berdekatan rumah aku. Nasib baik ada bateri iphone X di situ, jadi boleh terus tukar. Kalau tak ada, maybe kena tempah dan tunggu dulu.
Harga bateri Iphone X di sini RM220. Aku tak sure mahal ke murah, sebab tak pernah tukar bateri phone sebelum ni.
Aku tukar sekali dengan screen protector, tambah lagi RM20.
Proses menukar bateri phone ni memakan masa selama 1-2jam. Aku tinggalkan je phone di kedai, dah siap baru mereka call.
Dah siap tukar, check dekat battery status dah jadi 100% semula. Harap- harap bertahan lama ya..
Bye!
Salam.
Lama betul aku tak update blog, dah nak habis bulan Oct pon. Baru ada 1 entri untuk bulan ni. haha.
Aku Agak sibuk kebelakangan . Nak update blog, blogwalking pon tak sempat.
Hujung minggu ni cuti, aku berehat je dekat rumah. Nak pergi roadtrip, tapi tak ada kawan yang free.
Nak pergi roadtrip sorang-sorang malas pula. Jadi aku buat keputusan untuk berehat di rumah je 2 hari ni.
Semalam aku binge eating & binge watching drama.
Aku tengok drama Korea baru, Dali & The Cocky Prince. Not bad la. Dah sampai episod 10 aku tengok. lagi 6 episod belum keluar lagi, jadi kena tunggu next week la.
Hometown Cha Cha Cha pula ada lg 2 episod terakhir belum tengok. Tu kena tunggu mood, baru akan habiskan 2 episod terakhir.
Eh, berbalik kepada tajuk.
Aku nak share Sambal Tuhau yang dibeli hari tu.
Kawan aku ada order makanan yang dijual The Sixpack Chef sebelum ni. Dia ada letak sambal tuhau. Sedap pula sambal dia.
Bila tau ada dijual asing sambal tuhau juga, apa lagi. Aku pon orderlah, peminat tegar sambal kan.
Oh ya, ape tu tuhau?
Tuhau adalah makanan tradisi suku Kadazan-Dusun. Ia merupakan sejenis tumbuhan dalam kategori yang sama sepertu halia dan lengkuas. Ia juga dikenali sebagai Upak Kechalak. Pokoknya berbatang panjang dan mempunyai daun yang kurus dan panjang.
credit: sini.
p/s: Hari ni nak blogwalking ke blog korang semua, sebelum start binge watching drama lagi. hehe
Salam.
Weekend ni ingat nak tidur lama sikit, tapi sebab dah biasa lepas subuh tak tidur dan terus pergi kerja.
Jadi pagi ni lepas subuh, nak sambung tidur, rasa rugi pula.
Hari ni je hari aku boleh rehat 1 hari. Rugi nak habiskan dengan tidur je.
Minggu depan pun akan busy lagi dengan kerja. Weekend minggu depan pon ada hari sabtu je untuk rehat, sebab hari ahad aku oncall lagi.
bila dah bangun awal ni, perut pon lapar awal juga. Dok fikir la nak makan apa pagi ni.
Buka peti ais tengok ada nasi sejuk dengan ayam masak petai hari tu.
Oklah, buat nasi goreng petai je lah. lama tak makan juga.
Selalu kalau dekat Penang, mak aku memang selalu masak sambal petai lebih sebab nak buat nasi goreng petai keesokannya.
Homesick pula tiba-tiba.
Sekarang ni kalau rasa nak makan masakan yang mak selalu buat, kena buat sendiri. Nak tunggu balik, tak pasti lagi bila.
Jadi kalau dah teringin sangat, kena la buat sendiri. Walaupun rasa dia tak sama macam air tangan mak.
Jadi lah kan...daripada dok teringin je tapi tak dapat makan. haha.
Nasi Goreng Petai
Alhamdulilah kenyang..
Korang makan apa pagi ni?
Salam.
Hari ni aku postcall. Balik rumah awal sikit dan dapatlah tidur dalam 2 jam macam tu.
Terbangun sebab alarm (nasib baik pasang alarm), pastu cuba tidur balik tapi tak dapat pula sebab ada jiran tengah repair rumah kot (macam macam bunyi ada). Terus tak dapat tidur balik. Geram juga la. Tapi tak boleh nak marah la, sebab diorang buat kerja tu waktu siang, bukan waktu malam pun. Cuma sleep cycle aku je yang lari. Haha
Hari ni walaupun postcall, kena pergi balik ke hospital. Untuk rehearsal program (virtual je) besok. Nak dekat pukul 8malam tadi baru selesai.
Tapi esok kena datang awal lagi untuk set up semua, pukul 7 pagi dah kena ada sana.
Sebelum balik tadi, singgah kejap di wad untuk solat dan pulangkan kunci klinik.
Rezeki hari jumaat, ada makanan extra keluarga pesakit bagi untuk staff. Ada banyak lebih, apa lagi, ambil la kan.
Tak payah fikir dah malam nak makan apa.
Bukan ada makanan je tau, ada snack juga dan ada buku surah Al-Kahfi dan terjemahan bersama dengan zikir counter.
Alhamdulillah, rezeki..
dalam 1 beg plastik ada semua ni..Banyak kan..
Terima kasih la kepada keluarga pesakit tersebut, semoga pesakit tersebut cepat sembuh ya. Aminn
dan doakan semoga program kami berjalan dengan lancar esok ya..
Terima kasih..
Bye!
Salam.
Happy weekend semua!
Tak sabar nak tunggu weekend minggu ni. Terasa 5 hari weekday yang lepas sangat panjang dan memenatkan.
Kenapa?
Sebab aku EOD call. EOD atau pun every other day atau pun senang cakap selang sehari oncall la. Hari isnin oncall, hari selasa postcall. Biasa kalau postcall, boleh balik awal sebelum pukul 5 petang. Tapi disebabkan MOs (medical officer) makin berkurang jadi terpaksa la balik lambat juga. Dalam pukul 7 petang macam tu baru sampai rumah. Dah sampai rumah, makan pun dah malas, terus masuk bilik dan tidur.
Nasib baik single dan tak tinggal dengan family kan, jadi boleh la nak tidur pukul berapa pun.
Hari rabu pon oncall lagi. Khamis postcall tapi stay sampai pukul 6 lebih juga. Kerja lebih 30 jam setiap 2 hari. Masa lebih yang ada, tinggal untuk tidur je.
Nasib baik weekend ni tak oncall. Jadi, dapatlah berehat dan 'restore'/ 'recharge' tenaga untuk minggu hadapan.
Tapi bila tengok je case Covid-19 yang hampir 10k semalam, terus 'speechless'. Bila lah dapat balik kampung jumpa keluarga, dengan 'workload' yang makin bertambah lagi. Rasanya tak lama lagi maybe akan 'burnout'.
Minggu ni dikhabarkan kena hantar 1-2 orang MO ke Labuan lagi. Mereka kat sana memerlukan bantuan untuk merawat pesakit Covid-19.
Sekarang, ada 2 MOs yang dah dihantar ke sana. Tapi balik sini, 2 minggu mereka kena kuarantin sebelum boleh bekerja seperti biasa. Ingatkan sekali je hantar, tapi kena hantar setiap bulan.
Agak sedih juga la, bukan tak nak hantar MO ke sana. Tapi bila ada MO ke sana, MO di sini makin berkurang, maka bertambah lah workload di sini. Walaupun aku bukan merawat pesakit Covid-19 secara langsung, tapi turut terasa penatnya di sini. huhu.
Semoga diberikan kekuatan kepada kita semua ya.
Sorry, terluah perasaan pula dekat sini...
-------
random picture.
Ambil ketika menunggu order Mcd siap pagi tadi. hehe.
oh ya, weekend yang ada ni aku nak rehat puas-puas dan blogwalking. Jom la tinggalkan link blog korang di dalam ruangan komen. Aku akan masukkan dalam bloglist dan blogwalking ke blog korang juga.
Happy Weekend!
Salam.
2 hari lepas tiba-tiba teringin nak makan maggi kari. Biasanya masak biasa je. Letak air, maggi dengan telur je.
Tapi hari tu ada nampak dekat facebook orang share resipi pasal maggi kari tumis. Jadi aku try lah buat.
Bahan-bahan memang dah sedia ada dalam peti ais. Tinggal ambil keluar dan masak je.
dan sangatlah simple... tak sampai 10minit dah siap.
Maggi Kari Tumis Cili Padi simple
Bahan - bahan
Maggi Kari sebungkus
Telur sebiji
Cili padi 5-6 biji
Bawang putih 3 ulas
Cara Masak
1) Tumbuk kasar bawang putih & cili padi
2) Tumis kan bahan tumbuk tu dengan sedikit minyak. Masukkan air, dan perencah maggi kari.
3) Masukkan maggi dan sebiji telur. Siap!
Simple sangat kan. Dan yang paling best, pedas dia!
Selamat mencuba.
Salam.
Cerita hari ni.
Aku postcall, jadi balik kerja awal daripada biasa.
Petang pergi airport, hantar kawan kerja yang balik for good.
Cuaca pon okay petang tadi, jadi aku pon niat lah untuk pergi hiking.
Tempat biasa aku pergi hiking di KK ni adalah Bukit Padang. Sebab bukit ni paling dekat dari rumah aku. Tak sampai 10 minit je jarak dia.
Tapi bergantung pada waktu juga la. Kalau waktu balik kerja, memang akan 'jam' juga lah walaupun dekat je.
Bukit Padang la bukit yang biasa aku naik. Sebelum ni aku tak pernah hiking sorang-sorang. Sebab stamina tak bagus sangat kan, so kena ada peneman la biasanya, atau pun orang yang akan bagi semangat.
Tapi sejak Jan 2021 hari tu, aku dah pandai pergi sorang-sorang. Aku ikut 'pace' aku sendiri. Tak perlu rush. Yang penting sampai ke puncak.
Tadi petang, aku gerak sebelum pukul 5petang dari rumah aku. Kalau lambat seminit dua, haa sangkutlah dalam 'jam'. Biasa kalau hiking petang, tak boleh keluar lambat, sebab takut hari dah gelap masa dekat atas nanti. Nak turun, susah pulak tu.
Tadi aku pergi sorang je, sebab kawan-kawan busy. Aku beranikan diri la untuk naik Bukit Padang sorang-sorang sebab risau juga kalau pening ke kena asthma attack ke, tak ke naya.
Tapi macam biasa, sebelum buat aktiviti, aku akan pump dulu MDI Salbutamol aku.
Dulu pernah tak guna sebelum jogging, tiba-tiba tengah jogging tu semput. Haa. Tak ke diri sendiri yang susah tu.
wajib ambil gambar satu, bukti dah sampai ke puncak. hehe
Aku nak melalui trail 6 dan berjaya sampai ke puncak dalam masa kurang 30minit. Alhamdulillah. Tak semput kali ni sebab aku ikut pace sendiri.
Kalau pergi dengan orang lain, kadang-2 rasa bersalah juga sebab kena tunggu aku kan.
InsyaAllah, akan diteruskan hiking demi mencapai berat badan ideal !
Pemandangan dari Bukit Padang.
Salam korang!
Saja nak share dekat sini. Untuk dibaca pada masa akan datang. Hihi
First time aku rasa susah betul nak cari MDI Budesonide ni. Sebelum ni, aku pandang sebelah mata je. Bila teringat nak guna, baru guna. (Non compliance). Kalau tak..... tak terguna lah.
MDI BUDESONIDE |
Oh ya. Ianya sejenis ubat - pam. Yang biasa digunakan oleh pesakit asthma.
Ya, aku lah salah seorang yang menghidap penyakit asma. Dari bila? Yang aku tau, masa kecik aku sihat walafiat je. Tapi akak aku yang ada childhood asthma.
Aku mula kena serangan asma masa final year medical student. One of the triggering factor, aku rasa stress lah salah satu dia.
Ada banyak lagi triggering factor untuk aku contohnya macam sejuk, exercise dan lain-2. Setiap orang berbeza dia punya triggering factor tu ya.
Nak dijadikan cerita, aku terlupa bawak balik ubat ni ke Penang. Sebab packing last minute gara-gara flight kena cancel oleh AirAsia. So, aku ambil je earliest available flight sebab takut flight seterusnya pon kena postpone/ cancel lagi. (dah lama tak balik kampung kot, dan aku ada hal penting juga nak dibuat, hehe).
Tapi sebab cuti terpaksa dipanjangkan, kena la aku beli ubat ni di farmasi.
Farmasi ke 5 yang aku pergi, baru aku dapat beli MDI ni. Tak sangka susah juga nak cari ubat ni. Out of stock di 4 farmasi yang aku cari sebelum tu. Nasib baik la area sini banyak farmasi. Aku pergi cari area Juru dan area Aeon Big Bukit Minyak.
Alang-alang akak aku pergi renew roadtax tadi dekat pejabat pos, aku follow la sekali.
Tapi aku tak masuk pejabat pos pon, duduk dalam kereta je. Tak nak pergi banyak tempat sangat kalau tak perlu.
bukti haha. Aku masuk setiap farmasi ni sekejap je, tak sampai 5 minit pon. Masuk tanya ada ke tak, tak ada terus keluar. #SOPjangandilupa |
Tadi kalau ubat ni tak ada kat farmasi ke 5 tu, aku fikir nak beli online je dekat DoctorOncall. Dalam 2-3 hari sampai la biasanya.
Aku biasa beli ubat kencing manis untuk mak aku dekat situ. Senang sangat aku rasa. Tak perlu pon pergi farmasi. Order je online, dapat free consultation (doctor dia akan call kita) dan tak lama lepas tu sampai lah ubat tu depan pintu rumah. Mudah kan? #eh ter'promote' pulak. Haha.
Harga ubat ni RM42. Biasa aku ambil di farmasi hospital, free je of course! Haha
Ok lah. Tu je yang nak diceritakan hari ni. Kesimpulannya, aku kena sentiasa ingat untuk bawak ubat yang biasa digunakan hari-2. Kalau tak, jadi macam ni lah.
K bye!
K bye!