Maggi Kari Tumis Cili Padi simple

 

Salam.


2 hari lepas tiba-tiba teringin nak makan maggi kari. Biasanya masak biasa je. Letak air, maggi dengan telur je.

Tapi hari tu ada nampak dekat facebook orang share resipi pasal maggi kari tumis. Jadi aku try lah buat.

Bahan-bahan memang dah sedia ada dalam peti ais. Tinggal ambil keluar dan masak je. 

dan sangatlah simple... tak sampai 10minit dah siap.







Maggi Kari Tumis Cili Padi simple


Bahan - bahan

Maggi Kari sebungkus

Telur sebiji

Cili padi 5-6 biji

Bawang putih 3 ulas


Cara Masak

1) Tumbuk kasar bawang putih & cili padi

2) Tumis kan bahan tumbuk tu dengan sedikit minyak. Masukkan air, dan perencah maggi kari.

3) Masukkan maggi dan sebiji telur. Siap!






Simple sangat kan. Dan yang paling best, pedas dia!


Selamat mencuba.


You Might Also Like

3 comments

  1. kecur liur ni, nyummy !! thank you sharing resepi

    ReplyDelete
  2. boleh try ni kalau rajinn hihi

    ReplyDelete
  3. Meggi kalau ditumis, memang mengancam rasa dia. Tengok meggi Syu macam teringin meggi pulak..huhu

    ReplyDelete