Salam.
Ni cerita hari Ahad, time aku oncall. Minggu ni 3 kali EOD (every other day, selang sehari) aku oncall start dari hari selasa minggu lepas.
Ramai yang dah cuti utk CNY kan, jadi yang mana tinggal la akan oncall. Tapi nanti time Raya Puasa, mereka pula la yang akan oncall.
Hari oncall Ahad baru-baru ni agak busy dan penat. Bila penat je, aku mesti akan craving benda yang manis dan sedap. sebab tu la diet selalu ke laut.
Scroll la grabfood, nampak Majeztea.
Terus teringat minuman favourite aku iaitu Cheese Milk Tea. Aku beli sekali dengan fries sebab nak cukupkan minimum harga untuk guna voucher grabfood. haha
Ni lah cheese milk tea favourite aku di Majeztea.
Atas tu ada layer cheese tau.
Minum sejuk-sejuk, memang sedap..
Tiba-tiba rasa macam nak order lagi hari ni. hmmm..
Sebelum ni aku suka minum One in A Melon.
Yang tu pon sedap.
Majeztea ni ada dekat Kota Kinabalu je. Dah ada beberapa cawangan dah.
So kalau yang datang ke KK, aku cadangkan korang cuba la minuman ni. Malas nak ke kedai dia, order guna foodpanda atau grabfood je. Senang!
Bye!