Salam.
Agak lama dah tak beli KFC sebenarnya. Tapi minggu lepas ada la makan sekali sebab kawan belanja.
Petang semalam sebelum balik kerja, ternampak iklan KFC ni di facebook.
RM26 KFC (14-15 Oktober 2026)
Apa lagi, terus berfikir nak beli ke tak. Mula-mula macam malas nak beli, sebab kena self pick up dan KFC terdekat dengan rumah aku (City Mall) tak ada pula offer ni.
Tapi disebabkan aku ada appt semalam, lepas habis tu aku singgah self pick up Zus dulu. Lepas tu terus order KFC di apps untuk self collect pula. Aku pilih KFC lain yang berdekatan dengan rumah aku, cuma aku tak biasa ke sana sangat. Jadi 2 kali juga la pusing situ untuk cari parking, dah la hujan masa tu. Layan ajelah, demi KFC.
6 ketul ayam KFC
aku minta thigh, paha dan dada. Dapat la juga part yang aku nak tapi ada 2 sayap juga. Aku tak suka sangat sayap sebab rasa tak berbaloi kecil sangat.
korang sempat tak grab offer ni 2 hari lepas?
Salam.
Di KK sekarang ni tengah berlangsung nya Madodong Food Fest, Likas bermula dari 23-27 September 2026.
Nasib baik food fest ni diorang buat time dah masuk gaji, jadi boleh la singgah kan.
Aku tahu pasal food fest ni pun daripada tiktok.
Petang jumaat semalam (25 Sept 2026), balik dari kerja kami terus ke Kompleks Sukan Likas untuk membeli makanan.
Dari tempat kerja aku ke sini tak sampai 2km pun sebenarnya, tapi biasalah jem kan.
Aku plan nak beli beberapa jenis makanan contohnya macam nasi maqluba dan chikuro, nampak macam menarik.
Kami sampai di situ sebelum pukul 6 petang, dan Alhamdulillah senang dapat parking. Tak ramai lagi orang masa ni agaknya.
Madodong Food Fest, Likas
Gerai pertama yang aku pergi ialah chikuro. Aku beli chikumi big mac RM20 satu.
Senarai harga
Chikumi big mac
Lepas tu aku beli pula nasi maqluba.
Harga nasi maqluba
Ada ayam juga
Aku beli nasi maqluba lamb shank RM65. Walaupun agak mahal, tapi dah nak cuba kan.
Selain tu aku beli enoki goreng, corndog dan ayam gunting juga. Mulanya nak beli beberapa je, tapi terbeli lebih pula.
Nasi maqluba tu portion dia sangat banyak, jadi aku makan separuh je dulu. Boleh makan 2-3 kali juga sebenarnya.
Dan aku tak menyesal beli, sebab sedap. Cuma mahal sikit la harga dia berbanding di Semenanjung. Biasalah tu kan, kalau di Sabah je memang harga akan mahal sedikit.
Ada juga smol burger
Harga smol burger. Tapi yang ni aku tak beli, sebab takut tak sempat makan.
Weekend ni aku akan ke Kuching pula.
Salam.
Dah lama tak makan ayam gepuk. Tiba-tiba bila buka tiktok, banyak pula video pasal nasi ayam gepuk ni.
Aku scroll di grabfood cari nasi ayam gepuk di area Kota Kinabalu ni, tapi tak ada yang menarik nak cuba.
Aku teringat pernah nampak post di facebook, Nasi Ayam Gepuk dah ada di Oriental Kopi Suria Sabah.
Jadi, hari yang sama juga aku pergi, hari selasa baru-baru ni. Kami pergi terus ke Suria Sabah lepas balik daripada kerja. Sebab kalau balik rumah dulu, biasanya dah malas nak keluar semula lepas tu.
Dah banyak kali juga aku makan di Oriental Kopi Suria Sabah, rasanya memang sama macam di Semenanjung.
Selalu aku akan makan nasi ayam, nasi lemak tak pun nasi goreng dia. Memang tak jemu (ya lah, sebab bukan selalu juga makan kan).
Malas nak ke sana sebab Oriental Kopi dalam Suria Sabah Mall. Tak rajin nak masuk mall kadang-kadang tu.
Nasi Ayam Gepuk Oriental Kopi (RM24.90)
Portion makanan dia banyak, memang kenyang makan. Aku siap minta sambal extra, tapi tak dapat habiskan sebab pedas sangat. 2 hari sakit perut sebab sambal dia terlampau pedas (perut aku tak berapa tahan pedas sangat, tapi lidah boleh tahan pedas)
Sayur kobis goreng pun makan tak habis, sebab banyak sangat.
Walaupun pedas, aku tak jemu lagi nak makan. Nanti rasanya kalau rasa nak makan ayam gepuk lagi, akan cari di sini lagi. Cuma tak mintak sambal extra dah la next time, tapi aku akan mintak gajus yang extra.
pandan egg tart
Dah lama tak nampak pandan egg tart ni, kebetulan ada masa tu jadi cuba la kan.
Makan 1 je, 1 lagi kawan aku punya.
Aku lagi prefer yang egg tart biasa lagi. Tapi yang ni pun sedap juga.
Salam.
Lama betul tak update blog, tengok-tengok dah bulan September 2026.
kali ni nak syu join giveaway SA.
Happy Anniversary SA dan husband.
Semoga sentiasa bahagia dan diberkati kehidupan oleh Allah S.W.T.
Salam.
Sejak kebelakangan ni aku suka pula makan smoked duck pasta.
Di KK ni ada 2 tempat yang aku suka makan smoked duck pasta.
Satu di Fika Cafe, Jesselton Twin Tower dan satu lagi di Joe's Food Market, Likas.
Rasanya macam beberapa kali juga makan di dua-dua tempat ni.
Fika Cafe, Jesselton Twin Tower
Kalau di sini, menu smoked duck dia ialah Smoked Duck Aglio Olio
First time merasa smoked duck aglio olio di Fika Cafe pada 28 Jun 2026, terus suka
RM25
Tapi masa ni aku order Chicken Pesto Pasta
Kali kedua makan baru - baru ni 5 Ogos 2026
Harga masih RM25
Kali ketiga makan - malam tadi.
Harga naik sikit jadi RM26
Joe's Food Market, Likas
Kalau di sini pula, pasta yang ada ialah Smoked Duck Carbonara
First time makan smoked duck carbonara di Joe's Food Market (29 Mei 2026)
RM18
Masa ni aku sebenarnya beli lamb chop, tapi nampak sedap pula carbonara tu jadi aku bungkus juga carbonara untuk makan malam pula.
10 Jun 2026 makan lagi
Ni pula masa 17 Julai 2026
Padahal beberapa hari sebelum tu ada pergi makan di sini juga masa kawan aku Hajar datang ke KK, tapi sebab tak makan smoked duck jadi rasa nak kena pergi lagi dalam masa terdekat juga.
Salam.
Sambungan daripada cuti aku di Penang bulan Jun yang lepas.
Ahad tu (14 Jun 2026) kami satu keluarga pergi ke Pendang, Kedah untuk makan Nasi Goreng Udang Galah.
Keluarga aku pernah makan sebelum ni di food festival, katanya sedap.
Jadi masa aku balik rumah hari tu, akak aku ajak makan di kedai dia pula.
Perjalanan kami dari Penang lebih kurang sejam lebih juga tak salah aku.
Nasi Goreng Udang Galah Dapur Makcik Pondesyen
Rupanya ada kolam udang galah di sini.
Sekitar kawasan kedai
Ada yang tengah memancing udang
Beratur sekejap sambil bergambar kami 3 beradik.
Walaupun kami sekeluarga tak ramai, bukan selalu juga dapat berkumpul sekali.
Ada surau juga disediakan di sini.
selain nasi goreng, ada jual laksa kuah ketam juga
Nasi goreng juga dah siap dibungkus, tinggal order je.
Kami order 5 bungkus nasi goreng udang galah (RM15 1 bungkus) , laksa kuah ketam (RM12) dan juga udang galah sahaja.
Di kawasan luar kedai ada ruang kosong untuk makan. Ada kerusi dan meja disediakan di sana.
Nasi goreng udang galah & udang galah extra
Gambar kami 1 keluarga
p/s: Mak aku tak berapa sihat sangat sekarang, selera makan pun agak berkurang.
Doakan mak aku cepat sembuh ya..
Salam.
Ni cerita bulan lepas, masa aku balik ke Penang.
Sabtu tu, lepas jalan-jalan di Sunway Carnival Mall, aku dan akak aku singgah ke kedai Bangkok Station di Bukit Mertajam untuk bungkus kuey teow goreng untuk dibawa balik.
Sementara tunggu order kami siap, aku ajak akak aku singgah di Ahmad's Fried Chicken yang kedainya selang beberapa kedai sahaja daripada Bangkok Station ni.
Mula-mula nak tengok menu je, tapi terbeli juga la. Saja nak cuba ayam goreng di sini pula, sebab nampak macam sedap.
Ahmad's Fried Chicken
Antara menu yang ada
total kami order
Yang ni pun kami beli bungkus je, untuk bawa balik dan makan di rumah.
Ayam goreng & nugget
Sebenarnya aku dah lupa rasanya macam mana, tapi sedap juga la dan harga dia murah sikit berbanding cawangan ayam goreng yang lain.
Salam.
Sabtu baru-baru ni aku dan akak aku ke Sunway Carnival Mall lagi. Boleh jadi rutin aku juga setiap kali balik ke Penang mesti akan ke sini.
Sabtu hari tu lepas buat facial, mani pedi & makan ayam gepuk, kami jalan kaki masuk ke Sunway Carnival Mall pula.
Tempat kami buat facial tu tak jauh dah daripada sana. Kalau nak parking dalam Sunway Carnival Mall nanti akan lagi susah sebab weekend selalu ramai orang.
Mulanya aku ingat nak beli air di Cafe Amazon, tapi tak rasa pula nak beli minuman di situ. Jadi kami jalan-jalan saja di sana.
Lepas tu aku teringat yang Toro Fries dah ada di sana, jadi kami singgah la ke Toro Fries.
Toro Fries
First time aku makan Toro Fries ni masa ke Hatyai 2 tahun lepas. Tak lama kemudian, Toro Fries ni pun dah masuk ke Malaysia. Kali pertama aku makan di Malaysia adalah pada tahun lepas di Amanjaya Mall, Sg Petani.
Kali ni aku cuba 3 perisa lain pula -
Onion cheese
Pizza cheese (yang ni sedap)
Nori Wasabi Cheese
RM19.90 dengan 3 sos
Next time nak cuba sos lain pula.
Paris Baguette
Sebelum balik, akak aku singgah beli kopi di Paris Baguette pula.
Iced vanilla latte
Milo lori
Masa tengah tunggu nak melintas jalan, aku ternampak milo lori ni dari jauh.
Tiba-tiba rasa nak beli, sebab dah lama tak minum.
1 cup besar RM5
- agak manis juga la
Salam.
Aku berada di Penang sekarang. Baru je sampai tengah malam sabtu (13 Jun 2026).
Sampai di rumah tu, ada la tidur sekejap sebelum buat aktiviti pagi sabtu yang telah dirancang sebelum ni.
Aku memang selalu plan dengan akak aku nak ke mana dan buat ape kalau aku akan balik Penang.
Pagi tu, kami buat facial di Estika Medispa dulu. Lepas tu buat mani pedi pula.
Lepas buat mani pedi, baru kami makan.
Dan macam biasa, lepas buat facial mesti kami akan makan di Ayam Gepuk Original.
Ni maybe kali ketiga atau ke-empat aku makan di sini.
Kali ni aku pilih set B (RM12.90) saja.
Akak aku pilih set A (RM10.90) dan tambah kubis goreng (RM2).
Set B ni ada tauhu, tempe dan juga pedal ayam goreng.
Aku pilih sambal level 2 juga kali ni, nasib baik boleh tahan pedas dia (sebab tambah kicap siap-siap untuk kurangkan rasa pedas dia)
Jom makan.
Kubis goreng lambat siap, jadi takde dalam gambar.
dan kali ni kubis goreng dia tak best, sebab lemau tak garing.
Salam.
Di area Damai (Kota Kinabalu) ada satu DESA Fresh Mart yang baru sahaja dibuka semula selepas ditutup sementara waktu untuk renovasi.
Walaupun dekat je dengan tempat aku, tapi macam pernah pergi sekali dua je sebelum ni.
Tapi beberapa bulan yang lepas DESA Fresh Mart ni ditutup untuk renovasi. Baru-baru ni je dibuka semula pada 29 Mei 2026.
DESA Fresh Mart Damai yang baru ni lagi besar daripada yang dulu, dan yang paling best dia ada jual gelato yogurt (Gelogurt) Desa Moo yang sebelum ni hanya ada dijual di Desa Dairy Farm Kundasang dan selepas tu di Imago Mall.
Hari ni kawan aku ada share video di tiktok, dalam video tu ternampak ada promosi gelato yogurt ni sempena pembukaan DESA Fresh Mart yang baru.
Jadi.. lepas balik kerja tadi, kami pun ke sana untuk makan gelato yogurt ni.
DESA Fresh Mart - Damai
Memang besar DESA Fresh Mart yang baru ni. Selain menjual ayam segar, makanan frozen, sayur-sayuran, ada tempat makan juga di situ. Tapi setakat ni belum ada makanan lagi selain daripada gelato yogurt.
Promosi gelato yogurt sehingga 29 Jun 2026.
Tempat order gelato dan makanan (makanan katanya bulan depan baru akan ada)
bahagian susu dan makanan frozen
Ada satay frozen
-salah satu tujuan ke sini nak beli satay frozen
ayam segar
Menu makanan yang akan datang
tak sabar nak cuba menu lamb & whole roasted chicken dia
DAN..yang paling best kan kita boleh dapat makan gelato yogurt percuma di sini bila kita beli 1 barang yang dijual di DESA Fresh Mart ni tau. Promosi ni pun sehingga 29 Jun 2026.
Kami tak tahu pun sebenarnya, tapi lepas kawan aku dah bayar barang yang dia beli, dia bagitau boleh claim gelato yogurt free - cuma bagi resit je.
Free gelato yogurt
p/s: Rasanya besok lusa nak pergi lagi makan gelato yogurt. hihi

















































