Makan di Ayam Gepuk Original
Salam.
Aku berada di Penang sekarang. Baru je sampai tengah malam sabtu (13 Jun 2026).
Sampai di rumah tu, ada la tidur sekejap sebelum buat aktiviti pagi sabtu yang telah dirancang sebelum ni.
Aku memang selalu plan dengan akak aku nak ke mana dan buat ape kalau aku akan balik Penang.
Pagi tu, kami buat facial di Estika Medispa dulu. Lepas tu buat mani pedi pula.
Lepas buat mani pedi, baru kami makan.
Dan macam biasa, lepas buat facial mesti kami akan makan di Ayam Gepuk Original.
Ni maybe kali ketiga atau ke-empat aku makan di sini.
Kali ni aku pilih set B (RM12.90) saja.
Akak aku pilih set A (RM10.90) dan tambah kubis goreng (RM2).
Set B ni ada tauhu, tempe dan juga pedal ayam goreng.
Aku pilih sambal level 2 juga kali ni, nasib baik boleh tahan pedas dia (sebab tambah kicap siap-siap untuk kurangkan rasa pedas dia)
Jom makan.
Kubis goreng lambat siap, jadi takde dalam gambar.
dan kali ni kubis goreng dia tak best, sebab lemau tak garing.


0 comments