Jakarta Januari 2026 : Horu Ramen, Blok M

 

Salam.

Hari ke-empat di Jakarta. Hari ni plan nak jalan jalan cari makan di Blok M dan massage di Sendja Panglima Polim Reflexology & Wellness.

Tahun lepas pun kami massage di sini, memang suka dengan tempat ini. Disebabkan takut semasa di sana tak ada slot untuk massage di situ, aku dah buat booking untuk massage ni 2 minggu sebelum lagi, masa di Sabah.

Sekarang ni senang, bayar deposit pon boleh guna QR je. Sebelum ni macam QR pon tak boleh, boleh online transfer je (tapi kena ada akaun bank Indonesia).

Jadi sekarang ni mudah sangat dah la.

Hari tu, kami keluar dari hotel pun agak lambat juga. Pagi tu kami breakfast dulu di hotel, lepas tu sambung tidur balik.

Masa sampai di Blok M tu dah nak dekat makan tengahari, kami buat keputusan untuk makan berat terlebih dahulu.

Ada satu kedai makanan jepun yang kami nak try iaitu Horu Ramen.




Horu Ramen

Masa kami datang kedai makan ni, nasib baik tak ramai orang sangat.


Kami tengok menu sekejap, lepas tu terus order makanan.


boleh order di sini




Menu yang ada

Kami order 2 makanan berat, 1 gyoza.

Aku mesti la order ramen, sebab nak cuba ramen dia. Pini pula order nasi.



Semua makanan sedap, boleh ulang makan lagi di sini kalau ke Blok M lagi.

Total kami makan di sini RM40.17 (lepas convert ke RM). Murah dan sedap.




You Might Also Like

0 comments