Jakarta Jan 2026 : Plaza Indonesia
Salam.
Dari Thamrin City, kami bergerak ke Plaza Indonesia pula.
Tujuan ke sini adalah untuk beli perfume brand Alchemist.
Selain tu aku nak cuba minuman viral dari Harlan and Holden juga. Tahun lepas tak sempat nak cuba.
Sebelum singgah ke sini, kami beli perfume dulu di Alchemist. Mulanya aku tak rasa macam nak beli pun. Tapi tu laa...aku terbeli juga 3 jenis perfume di sini sebab suka dengan bau perfume Alchemist ni.
Dah beli perfume, kami ke Harlan + Holden pula.
Harlan + Holden
Antara menu yang ada
Gambar menu snap dari jauh sebab ramai orang
Yang ni snap gambar masa nak order di tab dia
Aku pilih iced butterscotch latte
Pini pilih iced chocolate
iced butterscotch latte. Nak cuba ni sebab nampak sedap
Harga iced butterscotch latte aku ~ RM14 selepas convert ke RM
Selepas minum di sana, kami plan nak buat mani pedi pula.
Tahun lepas ada satu tempat yang kami pergi di Plaza Indonesia, harga dia berbaloi juga la.
Buat mani pedi sambil enjoy kerusi urut.
Masa kami ke The Nail Shop tu, belum ada slot kosong. Kami pun tak buat booking awal sebab saja nak try nasib walk in. Aku tinggalkan contact number di sana, diorang akan contact kalau ada slot kosong.
Masa ni dah nak dekat pukul 3 petang dan kami pon belum lunch lagi dan start rasa lapar.
Mulanya ingat nak makan di Plaza Indonesia je, tapi tak ada makanan yang kami berminat pula.
Jadi kami ke Grand Indonesia untuk makan di sana.





0 comments