Salam.
Ikea Batu Kawan ni salah satu tempat yang aku akan pergi juga kalau balik Penang.
Saja nak jalan jalan cuci mata tengok showroom Ikea, cari inspirasi untuk rumah yang bakal siap nanti. Bila? Maybe 2022 atau 2023 la kot. Yang aku pasti, loan rumah dah confirm kena start bayar tahun depan. huwaaa.
Tapi sebenarnya ke Ikea ni lebih kepada untuk cari meatball Ikea. Dah lama tak makan, teringin pula.
Hari tu nampak di facebook, ada ice cream charcoal di sana, tapi bila aku pergi, machine dia rosak pula. Tak sure la rosak ke atau habis, sebab dia dah letak palang di mesin ice cream charcoal tu. huhu
Ingatkan kalau pergi hari bekerja, orang tak ramai. Tapi jangkaan aku salah lagi, ramai juga orang tapi tak seramai masa awal-awal Ikea dibuka dulu la. Nak beli makanan pun kena beratur lama juga.
Sampai je di Ikea, aku ajak akak aku masuk tengok showroom dulu. Perut rasa kenyang sangat, jadi nak jalan-jalan dulu.
Nampak cozy sangattt
Lepas dah tengok showroom Ikea, baru kami pergi beratur untuk beli makanan pula. Kami beli bungkus aje, sebab ramai orang dan masih belum betul betul lapar lagi.
ramai kan orang?
Dah siap beli, kami singgah di Tealive Ikea pula. Adik aku request nak Tealive. Layankan aje lah.
Tangan dah penuh dengan makanan masa ni (Penang tak sediakan plastik bag), gigih tak nak beli plastik bag juga. Aku ke tingkat bawah untuk cari ice cream charcoal pula.
Barisan pun panjang juga, nasib baik dah tengok mesin ice cream tu dulu, tak boleh guna. Kalau tak, jenuh beratur panjang tapi ice cream nye tak ada.
Dengan sedikit perasaan kecewa, aku pon ajak akak aku balik terus je. Masa ni dalam pukul 5 lebih dah. Confirm dekat luar dah start jam.
Dan tepat jangkaan aku, memang dah jam di area situ. Nasib akak aku yang drive, aku penumpang je. haha
Ni la antara makanan yang aku beli.
Meatball Ikea
Chicken Wing tanpa sos
Chicken Wing dengan sos
Fish & Chips
Sosej Ikea
Bye!
Salam.
Ni kali kedua aku makan nasi kandar sejak balik ke Penang hari sabtu yang lepas.
Aku pilih untuk makan nasi kandar berdekatan rumah aku (bukan di area Georgetown).
Nasi kandar yang biasa aku makan ni terletak di Simpang Ampat. Di sini, ada beberapa kedai makan lain, selain Nasi Kandar Simpang Ampat - Pak Syed.
Kedai ni buka seawal jam 10.30 pagi. Jadi aku dan akak aku pon memang akan beli awal semasa kedai ni baru buka, sebab kalau lambat je, mesti kena beratur panjang.
Walaupun kami sampai 10.40pagi hari tu, dah ada yang tengah beratur, tapi nasib baik tak panjang sangat la barisan dia. Kalau tak, kena beratur setengah jam macam beli di Nasi Kandar Beratur hari tu.
sebab nak makan, sanggup je beratur lama pun. haha. Kami beli bukan pada hari cuti tau, tapi hari bekerja. Orang ramai juga macam biasa.
Sebenarnya, semasa aku beli Nasi Kandar Beratur hari tu, aku nampak kedai nasi kandar yang lain pun panjang betul barisan dia. Kebanyakan nasi kandar di Penang, mesti ramai orang dan beratur panjang.
Sebab dah boleh rentas negeri kan, ramai orang datang jalan-jalan di Penang sambil cari makanan sedap. Penang kan syurga makanan. haha. Hari - hari aku food coma. Rasa tak cukup cuti seminggu, banyak lagi belum makan😂
dah ada plastik bungkusan sendiri. Sebelum ni (hampir setahun yang lepas) macam belum ada.
Aku nak beli telur sotong, tapi tak ada...
Jadi aku beli ayam goreng, sotong, telur masin dan sayur kubis.
Nasi Kandar Simpang Ampat - Pak Syed
No 8, Jalan Bukit Tambun, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang
012-485 1207
Bye!
Salam.
Semalam aku tukar bateri iphone X aku. Sebab dah tinggal 73% sahaja capacity bateri dia.
Kalau hari oncall (referral call), nak kena 5-6 kali charge sebab cepat je bateri habis. Lagi banyak terima call, lagi cepat la habis. Nasib baik ada fast charger. Kalau tak, berkepit dengan power bank je la jawapnya.
Nak tukar phone, rasa sayang pula sebab phone ni masih elok lagi. Iphone 13 baru keluar, tapi tak terasa macam nak tukar lagi pun.
Maybe tunggu Iphone 14 tahun depan la. Dengar kata flip phone macam Samsung Galaxy Z. Tapi tak tau la betul ke tak.
Aku ke kedai phone Xpert Gadjet berdekatan rumah aku. Nasib baik ada bateri iphone X di situ, jadi boleh terus tukar. Kalau tak ada, maybe kena tempah dan tunggu dulu.
Harga bateri Iphone X di sini RM220. Aku tak sure mahal ke murah, sebab tak pernah tukar bateri phone sebelum ni.
Aku tukar sekali dengan screen protector, tambah lagi RM20.
Proses menukar bateri phone ni memakan masa selama 1-2jam. Aku tinggalkan je phone di kedai, dah siap baru mereka call.
Dah siap tukar, check dekat battery status dah jadi 100% semula. Harap- harap bertahan lama ya..
Bye!
Salam.
Ni cerita hujung bulan Oktober yang lepas. Baru sempat nak update entri.
Seminggu sebelum tu, aku ada isi borang online google untuk dapatkan appointment booster dose vaccine ni.
Booster dose vaccine ni boleh diambil selepas 6 bulan dari dos kedua.
Aku dapat appointment pada 27 Oktober 2021. Bukan daripada apps Mysejahtera. Tapi aku dapat tau daripada group whatsapp kerja.
Sehari sebelum appointment, baru apps Mysejahtera aku update pasal appointment ni.
Aku agak nervous juga nak ambil booster dose ni, sebab kebanyakan yang amik mengalami side effect (kesan sampingan) yang agak teruk la.
Demam, sakit-sakit badan, sakit kepala, mengantuk dan sebagainya.
Tapi, aku gagahkan juga untuk ambil, sebab kerja di hospital dan berisiko tinggi.
Jadi pagi tu aku dengan kawan aku pun pergilah ke tempat untuk vaksin. Macam biasa, kena daftar dulu, dan check tekanan darah.
Lepas tu, tunggu giliran untuk kena jab (cucuk). Staff dia siap offer nak ambil video, tapi aku malas. Haha.
Lepas kena cucuk tu, tak rasa apa-apa lagi. Boleh siap ambil gambar lagi semasa waktu pemerhatian selama 15 minit tu.
Tapi malam nya, aku dah start rasa penat. Tangan dah mula bengkak. Badan dah start sakit, rasa sejuk macam demam.
Aku oncall malam tu, tapi nasib baik boleh tahan lagi. Cuma keesokannya tu, tak dapat tahan dah. Rasa badan sejuk gila (chills) dan sakit-sakit badan. Satu hari tu aku baring je atas katil.
Hari ketiga post vaccine, tangan masih bengkak, badan rasa sakit-sakit lagi tapi dah kurang sikit berbanding hari kedua.
Hari keempat, tempat cucuk vaksin tu masih bengkak. Rasanya dalam 5 hari juga la, lepas tu dah tak bengkak.
Kesimpulannya, kesan booster dose vaksin ni lebih kurang dos kedua hari tu. Cuma bengkak di tangan (tempat vaksin) tu yang lama sikit nak hilang.
Boleh baca:
Bye!
Salam.
Dah lama tak singgah Family Mart. Lepas facial di Herbaline dua hari lepas, aku dengan akak aku singgah kejap di Family Mart alang-alang sebelah Herbaline je kan.
Aku aim nak beli ice cream matcha di situ. Dah lama tak makan kan.
Tapi bila masuk situ, bukan ice cream je dibeli, mesti la beli makanan lain juga.
Onigiri memang wajib beli kalau datang sini..
Aku beli roti juga 2-3 bungkus.
Selain tu, aku beli Matcha Adzuki Maritozzo . Nampak macam menarik.
Matcha Adzuki Maritozzo RM6.80. Antara yang terbaru di Family Mart.
-boleh tahan la rasa dia.
Dah nak bayar tu, nampak pula corn dog. Terus la beli juga. Padahal baru je makan corn dog minggu lepas. Haha
Corn dog
Ice cream Chocolate & Tiramisu
Salah satu makanan yang aku nak makan time balik Penang ni, adalah nasi lemak berlauk.
Dekat KK ada je, tapi nak juga makan nasi lemak berlauk yang dekat dengan rumah.
Jadi pagi semalam aku ajak akak aku beli nasi lemak di situ.
Kami panggil Nasi Lemak Is. Tapi nama kedai dia lain tu. Jiran selang beberapa rumah kami yang jual. Is tu nama orang yang menjual haha.
Biasanya, aku selalu beli nasi lemak dekat sini. Sedap sebab sambal dia pedas, dan boleh letak sendiri.
Confirm la aku letak banyak sambal (hantu sambal kan). Tak kisah lah pedas pun, boleh je tahan. haha.
Ni la nasi lemak berlauk yang aku beli pagi semalam.
Nasi lemak + nasi tambah. Aku letak telur goreng, ayam goreng dan sambal sotong kering.
Harga dia RM9. Aku rasa ok lah, tapi mak aku cakap mahal, sebab biasa boleh dapat lagi murah.
selain tu, aku beli karipap pusing juga. Tapi tak sempat ambil gambar dah 'ngap' dulu. hehe.
korang breakfast ape pg ni?
p/s: Tak tau la dah berapa kg berat bertambah sejak balik beberapa hari lepas. Haha.
Salam.
Hari kedua di Penang.
Kebetulan ayah aku cuti hari ni, jadi plan hari ni adalah untuk jalan-jalan cari makan. yeay!
Kami ke Pulau Sayak, Kedah untuk makan mee udang famous di sini.
Aku kurang sikit makan mee, jadi aku makan nasi. Yang penting ada udang segar, besar dan sedap.
Perjalanan dari rumah aku ke Pulau Sayak tak ada lah jauh sangat. Lebih kurang sejam perjalanan.
Kali ni kami cuba kedai mee udang lain pula iaitu --> Azilah Mee Udang Pulau Sayak.
sebelum ni pernah makan beberapa kali di Usop Mee Udang Pulau Sayak.
Azilah Mee Udang Pulau Sayak
Kedai makan ni sebelah laut je. Sementara tunggu order siap, aku ambil gambar laut dulu. Lama juga nak tunggu makanan siap. Lebih kurang setengah jam juga la. Nasib baik perut tak lapar sangat haha.
Jadi, ini lah yang kami order di Azilah Mee Udang Pulau Sayak
Aku order Nasi Goreng Udang. Mak aku pon order makanan yang sama.
- rasa nasi goreng dia biasa-biasa je, tapi udang dia manis. udang baru kan.
-Aku suka maggi goreng dia, cukup rasa.
Mee Udang Special (ada lebih udang, 2 ekor lebih) - ayah aku
-Aku rasa sedap juga mee udang dia. tapi ayah aku cakap kedai yang satu lagi, lagi sedap.
Total kami makan berempat RM68 termasuk minuman. Memang harga biasa di sana la.
Semua makanan tu kami tambah telur mata. hehe
Salam.
Alhamdulillah. Selamat tiba di Penang pada pukul 8.20malam semalam.
Hampir setahun rasanya tak balik kampung, rindu sangat..
Kali terakhir aku balik Penang pada bulan Jan yang lepas, untuk buat prosedur Relex Smile. Lepas tu stuck seminggu lebih sebab PKP.
Dan akhirnya stuck dekat KK, Sabah sebab Covid-19 yang mengganas.
Jadi, ni la masanya yang sesuai untuk aku balik. Alhamdulillah, dapat cuti seminggu.
Boss jugak dah remind suruh balik siap-siap selagi boleh balik, yang penting take turn untuk balik, jangan tak ada yang kerja sudah la. Haha.
Minggu depan aku tak ada oncall, jadi ni lah timing terbaik untuk balik.
Happy sangat bila dapat kapal terbang dah mendarat di Penang. Tak pernah rasanya tak balik kampung lebih daripada 6 bulan. Dulu time houseman pon, setiap posting (1 posting 4 bulan), mesti aku akan balik kampung. Untuk rehat dan recharge tenaga dan semangat untuk meneruskan 'housemanship'.
Kebelakangan ni pon aku rasa mood aku tak berapa nak stabil, asyik rasa geram dan stress je. Sebab workload pun dah bertambah dengan isu colleague lagi. Sebab tu dah hampir sebulan lebih tak sempat nak update blog. Kadang-kadang blogwalking je, nak tinggalkan komen pon tak larat.
Ok, lupakan pasal kerja. Kena enjoy cuti yang tak berapa lama ni.
Nasi Kandar Beratur
Sebaik sampai je di Penang semalam, family aku pon datang ambil di Penang Airport.
Ayah aku tanya dah makan ke belum. Aku cakap belum lagi, even ada makanan dalam flight (aku balik guna warrant ticket), tapi aku tak makan pon. Sengaja simpan perut untuk makan nanti.
Ayah aku pon bagi la cadangan untuk makan di Nasi Kandar Beratur alang-alang dah dekat kan.
Dah sampai di Nasi Kandar Beratur, kami pusing 2 kali di situ sebab tak ada tempat nak parking. Last-last aku dengan akak aku turun berdua untuk beli dan makan di rumah.
Nama kedai pon Nasi Kandar Beratur kan, jadi memang beratur la. Lebih kurang dalam 30 minit juga la kami beratur sebelum sampai giliran.
Nasib baik tak lama sangat, tapi kalau lama pon. Aku sanggup je beratur, haha.
Siap bungkus, kami pon balik ke rumah. Jambatan Pulau Pinang yang pertama agak 'jam' juga la time tu walaupun dah hampir pukul 11 malam.
Nasi Kandar Beratur.
Lepas makan, terus tidur sebab penat. Harap-harap berat tak bertambah dengan jayanya la.