Pengalaman menerima Dos Kedua Covid-19 Vaksin

 

Salam.

Hari ni 1 April 2021 merupakan hari aku menerima dos kedua Vaksin Covid-19. Untuk membaca mengenai pengalaman ketika menerima dos vaksin yang pertama, boleh tengok di sini --> Pengalaman menerima Dos Pertama Covid-19 Vaksin 

Macam biasa, aku menerima vaksin ni di hospital tempat aku kerja. Pagi tu sebelum jam 8, dah keluar awal dari Morning Rollcall.

Dia kena datang 15minit lebih awal. Sebab kena daftar dan sebagainya.




Ketika menunggu pendaftaran


Tak lama lepas tu, turn aku mengambil vaksin. Untuk kali kedua ni, aku tak rasa sakit juga semasa vaksin dicucuk sebab tengah fokus bergambar.





Selepas siap divaksin, kena tunggu untuk pemerhatian selama 15minit. Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang terjadi.

Sementara tu, kena update apps MySejahtera. Kena pergi ke kaunter lagi satu tu. Bila dah siap, digital certificate pon diberi di dalam apps MySejahtera.


Ni lah rupanya, tengok gambar di bawah.



Alhamdulillah, dah selesai dos kedua Vaksin Covid-19 !


Oh ya, untuk dos kedua ni kan. Ramai yang cakap akan demam, pening-pening selepas divaksin.

Aku cuma rasa pening-pening sikit, tapi Alhamdulillah masih boleh teruskan kerja pada hari ni.

Cuma tangan tu terasa lenguh & sengal-sengal terlebih awal la.


Ada yang sampai kena MC. Kesian. Aku so far Alhamdulillah okay. Bersyukur.


Update day 2 


 aku demam teruk. badan terasa penat sangat. Patutlah ramai yang cakap ambil panadol siap-siap.

Malam tadi aku kena telan panadol sebelum tidur. Pagi ni sampai ke malam masih rasa badan lemah, pening-pening. Nasib baik hari ni Sabah cuti umum sempena Good Friday. Kalau tak, aku memang kena ambil MC jugak lah. huhu

Hopefully esok dah okay. Aminn.




You Might Also Like

3 ulasan

  1. Tahniah dah complete. Semoga virus Covid ni terhapus so kita boleh hidup macam biasa. Get well soon

    BalasPadam
  2. tahniahh dah dpt dos kedua :) sy masih menunggu dos pertama..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah settle dah 2 dos. boleh tahan juga effects dos kedua ni. Pening dan lemah tu sampai demam. Semoga semuanya baik baik je dan Syu kembali sihat. Aaminn

    BalasPadam