Berbuka puasa dengan KFC

 

Salam 17 Ramadhan. 

Aku makan KFC je harini, sebab takde idea nak makan apa. Housemate aku balik KL (sebab PJJ), jadi aku berbuka seorang je hari ni.

Rasa macam dah lama tak makan KFC (padahal tak sampai sebulan pun). Jadi aku pon terfikir nak berbuka dengan KFC je lah.

Buka email haritu, dapat email diskaun daripada KFC iaitu kod KFCRM10 jika membuat pesanan sebanyak RM25 pada pukul 2-5 petang. Menarik juga tawaran tu. Di Sabah kan buka awal, jadi kalau beli jam 5 petang tu, kira tak awal sangat dah. Sebab tak sampai 2 jam lagi dah nak berbuka puasa.

Aku pilih ala carte je. KFC 5 pieces, dengan nugget 6 pieces. Nugget pon dah lama tak makan sejak diet sebulan lepas (diet yang selalu cheat 😂 ).

Berat pun static je time puasa ni. Maybe sebab kurang exercise dan makan banyak kot. Ntah la, aku pon tak tau.

Mood nak diet pon macam dah low sekarang, sebab confirm tak boleh balik beraya lagi tahun ni. huhu. Eh sorry, terlari topik pulak.

Oh ya, aku beli KFC melalui apps dia, dan bayar melalui ShopeePay & dapat RM4 cashback! yeay. Jimat la lagi RM4.


So, ni lah yang aku beli.


Ayam & Nugget KFC




Boleh makan 2-3 kali ni. Tak mampu makan sampai habis.
Sebab plan nak makan dengan nasi + sambal yang baru sampai hari tu.



Siap ada sticker lagi di plastik KFC ni.



5 ketul ayam goreng KFC. Aku request bahagian drumstick, thigh & breast. Dapat semua part yang aku mintak.

3 spicy, 2 original. Yang original tu nak buat chicken rice nanti.


6 keping nugget. Hancur diet!



Total RM31.50 untuk 5 ketul ayam & 6 keping nugget. Jimat lagi RM4 bila bayar guna Shopee Pay.



Korang yang suka makan KFC tu, cepat lah grab diskaun yang KFC tawarkan ni. RM10 banyak tu.

Kalau nak jimat delivery fee RM4, boleh lah self collect.

Aku time bulan puasa ni tak rajin sangat, jadi pilih delivery je lah. Kena hantar sampai depan pintu.



p/s: korang berbuka apa hari ni?





You Might Also Like

6 ulasan

  1. KFC memang pilihan terbaik untuk makan buka puasa sorang-sorang. Kami buka puasa mee hoon sup.

    BalasPadam
  2. nugget KFC masih sedap tp ayam dia mcm dah kureng sket..
    klu nk makan takat seketul je hehehe...

    BalasPadam
  3. Banyak ayamnya, memang boleh makan banyak kali kannn hehehe.
    Harini makan buttermilk chicken dengan popia pisang :D

    BalasPadam
  4. Ubah selera dan layan tekak best juga ni.

    BalasPadam
  5. Sehingga ke hari ni, belum berbuka dengan KFC lagi.. 😃

    BalasPadam