Malam pertama Tarawih di hospital

 


Salam.





Tajuk macam aku masuk hospital je kan. 

Tak lah, aku sihat je. Cuma semalam aku oncall, jadi tarawih la di hospital.

Mula-mula risau juga oncall pada malam pertama nak berpuasa, sebab takut busy. Alhamdulillah, walaupun agak busy juga semalam, dapat juga cari masa untuk solat tarawih. Allah permudahkan.

Oncall semalam agak penat, sebab masuk cath lab dan cath lab habis nak dekat pukul 9 malam. Dah lama aku tak masuk cath lab yang habis lambat macam ni, biasa habis dalam jam 6 petang macam tu.

Penat sangat rasanya semalam, sebab asyik berdiri je kan. 

Walaupun kerja aku sebagai MO (medical officer), cuma taip report prosedur je. Tapi still terasa penatnya sebab kena masuk dalam juga semasa prosedur dengan memakai baju pelindung radiation yang berat tu.


Habis cath lab, terus pergi wad pula. Siapkan apa yang patut. Alhamdulillah, rezeki nurse belanja starbucks malam tadi. Hilang la sikit mengantuk tu minum iced latte starbucks. Dinner pon nak dekat pukul 11 malam - nasi goreng sotong, housemate yang masak.

Lepas dinner, ada masa untuk solat tarawih, syukurrr.


Lepas tu, dapat lah tidur sekejap sebelum bangun sahur pula. Sabah awal sahur, sejam awal daripada semenanjung. Lepas sahur dan subuh, sambung tidur kejap sebelum membuat kerja seterusnya.


---


Hari ni pula, biasanya dapat balik awal sikit kalau postcall. Tapi hari ni tak dapat, sebab ada meeting pula. Meeting selama 4 jam. Nasib baik tak tertidur huhu.


Oklah, tu saja yang nak coret kat entri kali ni. 

boleh aku baca balik pada masa akan datang.

Selamat berpuasa ya semua & selamat berbuka !




Jadual Waktu Berbuka Puasa 2021 - Kota Kinabalu


 

klik untuk lebih jelas







You Might Also Like

5 ulasan

  1. Selamat menjalani ibadah puasa Syu....
    waduh.. puasa kat Sabah, semua nya cepat kan hehehe

    BalasPadam
  2. Baca tajuk ingatkan kena masuk ward, sekali lupa kak syu kerja di hospital hehehe.
    Selamat menjalani ibadah puasa kak syu :)

    BalasPadam
  3. Salam Syu :)
    Jaga kesihatan sama ya!
    Selamat Menjalani Ibadah Puasa Syu :)

    BalasPadam
  4. huaaa.. mula baca tajuk igt tak sihat.. nasib on call.. hehehe
    selamat berpuasa :)

    BalasPadam
  5. Keje oncall ni kena sentiasa ready. Tak cukup tidur dan rehat itu biasa. Apapun jalankan tugas demi tanggungjawab dan ibadah. Alhamdulillah berkesempatan bertarawih :)

    BalasPadam