Salam.
Nasi Dagang Pak Malau
So aku nak
share dengan korang tempat pertama aku dan family aku makan masa di Langkawi.
Oh ya, trip ni kami berempat je. Adik aku lagi sorang tak dapat join.
Jadi, kami
berempat adalah mak, ayah, akak aku dan aku. Kami sampai di Langkawi ngam-2
masa untuk lunch dah.
Kebetulan,mak
dan ayah aku ada sebut pasal satu kedai makan ni yang baru keluar TV baru-baru
ni iaitu Nasi Dagang Pak Malau. Jadi kami pun buat keputusan untuk makan di
sana je.
Sampai di Nasi
Dagang Pak Malau, nasib baik orang tak berapa ramai lagi, tapi lepas tu ramai
pula yang datang.
Cara order,
pilih je lauk yang korang nak untuk dimakan dengan nasi dagang tu di kaunter
dia. Ada beberapa pilihan lauk iaitu Gulai Ayam, Gulai Ayam Kampung, Gulai
Ikan, Ayam Goreng.
Harga setiap
set ni adalah RM10, tapi untuk set Gulai Ayam Kampung harganya RM14 satu set.
Yang bestnye
dekat Nasi Dagang Pak Malau ni, tempat makan dekat dengan sawah. Korang boleh
pilih untuk duduk makan bersila di tempat yang disediakan. Kami makan di tempat
biasa je.
ada kuih muih jugak
Masa nak
bayar tu, sempat dengar Pak Malau cakap. Dia cakap pelik baru baru ni macam
ramai pelanggan datang di kedai dia tu. Baru dia tau yang kedai dia ada masuk
TV baru-baru ni sebab rakaman tu dia cakap macam bulan lepas lagi.
set yang aku makan
Ok, so nasi
dagang tu rasa dia sedap. Nak makan macam tu saja pon boleh (aku bukan
penggemar nasi dagang, tapi tekak aku boleh terima) dan aku suka kuah Gulai
Ayam Kampung. Sedap!
So, sesiapa
yang ke nak ke Langkawi nanti, boleh lah masukkan Nasi Dagang Pak Malau ke
dalam list tempat makan yang harus dicuba bila di Langkawi.