Salam.
Minggu ni kawan aku Inah datang ke KK, Sabah. Dia akan stay di sini selama 2 minggu.
Jadi, semalam kami ke pasar, beli makanan laut (udang, ikan, sotong, ketam) dan juga daging.
Semangat nak masak macam-macam, siap ada list lagi.
Tapi Inah la yang masak, sebab aku kerja macam biasa. Kerja dia flexible, sebab tu boleh tinggal di KK lama sikit.
Sambil bekerja, sambil cuti juga.
Tadi pagi pergi hiking di Bukit Padang setelah berbulan lamanya tak ke sini sejak tahun lepas.
Ni pula kali pertama aku hiking selepas turun daripada Gunung Kinabalu awal bulan lepas (tak sempat buat entri lagi, sebab masih sedih tak dapat puncak disebabkan cuaca yang kurang baik).
Ok, berbalik kepada tajuk entri.
Lepas hiking, aku terus ke dapur masak nasi goreng seafood + ayam. Simple, sedap (kata Inah) dan mengenyangkan.
Nasi goreng seafood. Di sebelah tu ada bunga lily. Baru satu kopak yang berkembang.
dari sudut lain pula.
*ada treadmill hiasan di situ (dah lama tak guna) haha
Selamat menjamu selera..