Canning Dim Sum Express Bayan Lepas


Canning Dim Sum Express Bayan Lepas


 Ini merupakan kali pertama aku makan di Canning Dim Sum Express Bayan Lepas . 2 tahun lepas, aku pernah makan Canning Dim Sum di Ipoh dengan akak dan mak aku.

 Tak ingat aku pernah share dalam blog sebelum ni ke tak.

 

This time, akak aku ajak aku makan dim sum di sini pula. Dekat sikit pergi Penang island daripada pergi ke Ipoh kan. Dari rumah aku nak tempat ni dalam 45 minit hingga 1 jam la. Tak jauh sangat. 30 minit kalau tak jam.

 

Kami pergi berdua aje. Aku dengan akak aku. Mak aku tak ikut sekali, malas nak keluar. Bagus juga la especially time Covid ni. Risau jugak.

 

Kami ke sana masa aku balik Penang pada cuti raya haji bulan 8 yang lepas.

 

Mulanya, tak tau juga nak order ape. Tengok gambar menu je, yang mana nampak sedap, kami order yang tu.

Di bawah ni aku ada share beberapa gambar menu yang aku sempat snap hari tu.

 

Buku menu Canning Dim Sum Express



pelbagai jenis steam dim sum






yang goreng pon ada jugak
 

pelbagai jenis pau yang ada di sini


menu baru yang ada



pau lagi

 

Ni pula gambar makanan yang kami makan hari tu.


Dari kiri; Caviar Siew Mai, Butterfly Pea Dumpling. yang paling kanan tak ingat nama apa



Smoke duck roll
Yang ni sangat sedap. Siap tapau lagi bawak balik rumah.




Ipoh Special Dried Wan Tan Mee


Sebelum balik, kitorang bungkus beberapa jenis dim sum, pau dan egg tart untuk bawak balik.

Overall, sedap dan berbaloi.

Next time boleh makan sini lagi.



You Might Also Like

1 comments

  1. Banyak betul pilihan dimsum. Suka lah makan wantan mee tu. Suka jenis soup. Kalau dry kurang sikit :)

    ReplyDelete