BKE Corner - Western Food




Salam korang. Minggu lepas aku balik bercuti di Penang lagi. Kenapa asyik balik kampung je?

Jawapannya -> homesick. Hahaha.

Taklah, bukan homesick pon, saja je balik. Guna tiket murah AirAsia Unlimited Pass. Return ticket KK - Penang cuma RM24 je. Kira dah cover harga AirAsia Unlimited Pass yang bernilai RM399. Tapi tiket murah ni tak sentiasa ada, kena pandai cari. Aku book awal-awal lagi. Kalau book sekarang, rasanya maca dah takde tiket RM12 sehala ni. 

Ok, berbalik kepada tajuk entri. Kali ni aku try makan di BKE Corner pulak. Adik aku yang teringin nak makan western food. Aku ok je, sebab dah lama tak makan juga.



Nak order western food yang dekat dengan rumah -> Pak Mat Western, tapi tak ada delivery pula time musim Covid ni. Nak beli bungkus malas, sebab nanti lama kena tunggu. Nak makan sana pula, memang la tak. Jenuh beratur panjang. Lain lah kalau first time nak cuba makan di situ, boleh la kot kalau nak tunggu beratur panjang kan.

Kami ke sini berempat je. Ayah, akak, adik dan aku. Mak tak join sebab tak sihat.  Kami bungkus je makanan bawak balik dekat mak.


Lokasi BKE Corner








Menu di BKE Corner




Selain western food, ada juga masakan panas yang lain. Tengok menu di bawah pula.




Makanan yang kami order di BKE Corner



Aku punya- Chicken Jumbo



Akak aku - Beef Steak Carbonara 



Ayah aku - Cheezy Fries




Adik aku - Lamb Grill Carbonara




Mushroom Soup & Garlic Bread



Overall, not bad. Harga aku rasa sangat berpatutan. Yang paling aku suka di sini, mesti lah chicken chop.

Lamb grill sedap juga. Beef steak kurang sikit bagi aku. Sebab agak kering dan nipis beef dia.

Sebelum balik, aku bungkus beberapa jenis makanan untuk mak aku. Lamb grill, set meatball x2, dan spaghetti Aglio Olio.


Total makan malam tu RM132.60 termasuk minuman.

Aku bayar guna Touch & Go apps. Bagus kedai ni sebab ada e-wallet. Aku prefer guna e-wallet sekarang sebab aku jarang bawak cash sangat.


p/s: ada beberapa gambar di atas diambil di fb https://www.facebook.com/BKECORNER/.







You Might Also Like

2 comments

  1. wow besaq dia bg signboard..pakat pi mana yg dekat2 boleh try kan.
    suka juga menu western..smlm pn baru cuba menu western kat taiping :)

    ReplyDelete
  2. kalau tiket murah why not balik kampung kan. sedap sedap semua tu menu western. Harga pun masih lagi berpatutan.

    ReplyDelete