Salam.
ni cerita hujung bulan lepas, semasa aku di Penang.
Bila dah ada di KK, terus rasa homesick pula.
Bila scroll gambar di phone, ternampak gambar makanan yang dimakan di sana.
Lagi lah double homesick tu. Rasa macam nak beli tiket siap-siap untuk balik Penang lagi nanti.
Saja nak simpan gambar makanan yang dimakan di sini.
Hari pertama balik Penang, teman mak aku pergi klinik. Ramai betul orang yang menunggu di klinik tu, jadi aku pon kelaparan sangat sebab baru je turun dari flight pagi, tak makan apa-apa lagi.
Mak aku suruh pergi makan dulu, jadi aku pon pergi la makan di kedai makan sebelah klinik tu.
Ayah aku yang teman mak aku sementara aku pergi makan di sebelah sana.
Nasi campur yang banyak nasi dia. Tak habis aku makan nasi dia. Lauk je habis.
Lepas dah habis hal di klinik, singgah makan nasi campur lagi.
Aku dah kenyang, tapi bila tengok lauk pauk yang ada, tak jadi pula untuk tak makan.
Jadi 'terpaksa' makan juga. hihi
Nasi campur & lauk feveret aku
Antara sarapan pagi yang dimakan;
Maggi goreng - ayah aku masakkan
Nasi goreng petai - feveret juga (mak yang masakkan)
Nasi goreng ayam - kedai Pajo
Antara kedai feveret aku juga, tapi sekarang rasa dia dah lain. Tak sesedap seperti dulu.
Roti goreng (lupa apa nama dia)
Roti ni dibeli di kedai Mee Tarik Warisan Asli cawangan Kulim.
Salam.
Ni cerita 2 minggu lepas pula.
Hari pertama Zus Coffee keluarkan merhandise baru - Capybara Cup Sleeve.
Hari yang sama juga aku pergi beli, haha.
Petang lepas balik kerja tu, aku dengan Pini singgah kejap di City Mall.
Semasa on the way ke sana, kami dah order pick up siap-siap, supaya nanti tinggal untuk ambil je.
Kami plan tak nak cari parking pon. Pini yang drive hari tu untuk ke tempat kerja.
Jadi Pini drive, dia drop aku di lobi dan aku pergi pick up Zus Coffee. Sementara tu, Pini tunggu di tempat parking dulu.
So ni lah Capybara Cup Sleeve yang semangat kami pergi beli.
Kena beli minuman Zus series terbaru juga - Brownie Series
Velvet Creme Brownie Latte
Not bad rasa dia. Cuma agak manis sikit.
Dapat sticker & juga Bulu Bulu Cup Sleeve (tujuan utama)
Salam.
Lama tak keluar lunch di hari jumaat. Hari jumaat lunch break lama sikit, jadi sempat la nak makan di luar.
Kami dah lama tak keluar sama-sama. Dah sebulan lebih ke aku tak makan luar di hari jumaat, atas sebab-sebab tertentu (oncall, somettimes mobile) hari jumaat.
Lepas dah discuss dalam group kami, kami decide untuk makan di Nyonya House je. Boleh jalan kaki je daripada hospital kami.
Malas nak drive atau naik grab.
Nasi goreng tomyam
Aku pilih untuk makan nasi goreng tomyam sebab biasanya sedap & pedas.
Tapi semalam macam kurang sikit rasa dia. Nyonya House di Imago Mall juga la yang paling sedap (tapi dah lama tak makan di situ juga).
Lepas dah habis makan main meal, kami ke cafe sebelah pula - Breadboss.
Cafe ni dekat je dengan tempat kami, tapi jarang-jarang sampai ke sini.
Aku beli roti & segelas Caramel Caffe Latte (panas)
Saja nak minum suam tiba-tiba sebab tak berapa sihat.
Padahal sebelum tu minum je air sejuk. Tak kisah lah batuk makin teruk ke tak.
Salam.
Weekend yang lepas, mak dan ayah aku masak nasi lemak.
Setiap kali balik Penang, mesti akan request nak makan nasi lemak.
Sebab sambal nasi lemak di Sabah lain sikit dari yang aku suka makan.
Biasanya akan beli, tapi hari tu mak ayah aku rajin pula nak masak. Jadi onz je lah kan.
Jarang-jarang dapat makan nasi lemak homemade.
Mak aku masak nasi lemak
Ayah aku pula masak lauk sambal ayam dan telur dadar.
Ada sambal ikan sardin goreng juga, tapi aku tak makan sangat ikan.
Makan sambal ayam + telur dadar je.
Nasi lemak sedapp..
Salam.
Bila balik Penang, mesti nak makan nasi kandar kan.
Nasi kandar adalah makanan yang ada dalam list aku untuk dimakan masa di Penang.
Jadi kali ni ulang makan di Nasi Kandar Simpang Ampat lagi.
Lama dah tak makan di Nasi Kandar Beratur sejak Inah dah tak stay di Penang.
Kami sampai di sana beberapa minit sebelum pukul 11 pagi.
Masa ni kedai dah buka, tapi belum start ambil order lagi.
Orang dah start berbaris masa ni.
Antara lauk yang ada;
Yang penting ada telur sotong.
Kami bungkus nasi kandar untuk makan di rumah.
Sebelum balik, singgah Zus kejap beli air.
Antara air kegemaran aku di Zus
Apa yang aku makan;
Nasi kandar + ayam bawang + ayam goreng + bendi + telur rebus
Memang sedap.