Salam.
Antara entri yang Syu suka baca --> Resepi Sup Tauhu Telur Paling Sedap sebab tauhu telur pon favourite syu jugak!
Tamat 10 Sep 2021
Salam.
Setelah hampir sebulan tak makan nasi kandar, dapat juga makan semasa lunch semalam.
Aku beli Nasi Kandar Chombi, nasi kandar yang aku selalu beli.
Semalam aku postcall, jadi tak larat drive pergi pick up di area Cybercity, kepayan. Jadi aku guna khidmat grab express je la. Tutup mata je la bayar RM9, yang penting tak penat.
Hari tu nak order, tapi dah full order. Kebetulan hari lain ada nampak dia buka pre-order kan. Terus la aku contact.
Rindu sangat nak makan nasi kandar di Penang dan homesick, jadi terubat lah sikit bila dapat makan nasi kandar ni.
Aku beli nasi kandar standard je macam biasa.
Ada Ayam goreng, daging, telur rebus dan bendi rebus 2 biji.
Alhamdulillah, kenyang..
Hari tu nampak dia open order untuk nasi ganja, tapi tak sempat nak order.
Sebab minggu ni pun macam biasa busy jugak, bila buka facebook, dah terlepas..
Tapi aku lagi suka busy, sebab tak ada banyak masa sangat nak homesick etc tu..
Oklah, ni saja untuk entri kali ni.
Siapa tinggal area KK, boleh la order sini ya -> https://www.facebook.com/nasikandarchombi/
Bye!
Salam.
Yeah, akhirnya hadiah yang ditunggu -tunggu dah sampai. hihi.
Ni hadiah yang aku menang daripada Giveaway ShalimarYusofDotCom 2021.
Aku ada tulis entri sebelum ni --> Rezeki - Menang Giveaway ShalimarYusofDotCom 2021.
Ok, jom kita tengok hadiah yang aku dapat,
1 Unit jutebag + 1 unit kad touch n go dengan custom sticker
Sebelum tu, jom tengok kad yang aku dapat ni:
Dan terima kasih juga untuk penaja hadiah :
: Kedai Shopee - aidymohamad
Jangan lupa singgah situ jika korang berkenan dengan barang-barang di atas ya..
Salam.
Ni cerita minggu lepas.
Makan di sini dengan kawan aku. Bukan lunch tau, tapi breakfast.
The Warung antara kedai makan yang aku selalu pergi juga, sebab Nasi Goreng Lalap dia sedap, portion pon besar. Yang penting harga berpatutan..
Kalau makan pagi di sini, lunch aku boleh skip. Tinggal makan malam je, sebab kenyang dia sampai ke petang.
Selain tu, aku suka makan soto ayam dia juga. Murah dan sedap. Takde pula gambar soto ayam.
----
Ni entri pertama aku update minggu ni. Minggu ni sangat sibuk untuk aku. Sabtu pon aku oncall. Ahad iaitu hari ni, aku postcall. Tapi kena tidur sekejap dulu, lepas tu baru boleh buat kerja.
Basuh baju dan sidai, tapi hujan pulak. huhu.
Sekarang ni KK kerap juga hujan petang-petang. Tak kering la baju aku hari ni.
Dan sekarang, sangat banyak ke COVID dekat Sabah. Dalam 2 kali oncall minggu ni, banyak aku dapat case COVID juga. Datang sebab masalah lain, tapi bila check RTK Antigen, 100% positif.
Tak termasuk staff department aku lagi. 3-4 orang terkena jangkitan COVID untuk minggu ni sahaja. 2 kali juga aku kena buat swab PCR minggu ni. Alhamdulillah, negatif. Tolong doakan staff department aku yang positif COVID cepat sembuh ya korang.
Doakan aku juga ya. Memang risau juga sekarang, kena anggap semua orang positif dan tak boleh leka dengan SOP yang ditetapkan.
Sorry, dah lari dari tajuk pulak.
Oklah, nak blogwalking ke blog korang sekejap.
Thank you korang yang singgah blog ni.
Bye!
Salam.
Sedihnya, hari ni dah hari ahad. Besok kena kerja semula macam biasa.
Terasa kejap je cuti seminggu berlalu. Walaupun ada rasa bosan juga, tapi seronok sebab boleh berehat sekejap daripada bekerja. Recharge semula tenaga yang hilang.
--
Hari ni lepas pegi grocery shopping pagi tadi, semangat pula nak masak.
Petang masak ayam berlado untuk bekal lauk 2-3 hari. Lepas tu tadi tiba-tiba rasa nak makan mushroom soup dengan garlic bread pula.
Terus google cari resipi. Jumpa la resepi ni. Terus masuk dapur dan buat.
Dalam lebih kurang sejam, siap lah..
Ni pulak ayam berlado yang dibuat petang tadi. Aku letak banyak cili padi, memang sangat pedas lah. haha..
dapat juga lah merasmikan food chopper ni. Memang best guna. Tapi agak kecil la, patut aku beli je yang saiz besar terus. haha.
OK lah, besok kerja, malam ni kena tidur awal.
Bye!
Salam.
Barang-barang ni aku beli sebelum sales 8.8, ada juga yang dibeli ketika sales.
Paling awal sampai dalam 3 hari, paling lambat lebih dari seminggu (postage dari semenanjung).
Kalau beli barang dari China pula, paling cepat seminggu pon boleh sampai, paling lambat maybe dalam 2 minggu.
Kalau sea shipping pula, paling awal dalam 3 minggu la. Biar la sea shipping pon, janji free postage. Haha.
Ni antara 3 barang aku yang baru sampai:
1. Origins Spot Remover Anti-Blemish Gel (10ml)
First time aku beli dekat Shopee gel ni. Sebelum ni, aku beli dekat Sephora & Lazada (official store Origins).
Tapi sebab mahal sangat kalau beli di Sephora & Official store (harga asal RM 89), aku try la beli di Shopee pula. Baca review katanya Original.
Gel ni botol ketiga dah. So far guna memang berkesan hilangkan jerawat. Tapi jerawat aku ni macam hari-hari je ada, so cepat juga 1 botol kecil gel ni habis.
So, kalau gel yang beli di kedai shopee ni okay, aku akan beli dekat sini je. Murah sikit. RM60++
Nak beli --> Origins Spot Remover Anti-Blemish Gel (10ml)
Next, aku beli ni juga.
2. AXIS-Y Dark Spot Correcting Glow Serum 5ml
Beli ni sebab nampak ada post dekat facebook yang cakap serum ni bagus untuk parut di muka. Muka aku banyak parut jerawat, jadi try la beli.
beli yang saiz kecil je, 5ml. Cuba dulu, kalau ok, baru beli yang besar.
Time aku beli ada sales, jadi beli dengan harga RM8.80 je.
Nak beli --> AXIS-Y Dark Spot Correcting Glow Serum 5ml
3. Electronic Kitchen Scale
Beli ni sebab nak start calorie deficit diet semula. Nak cuba buat strict diet. Harap-harap consistent lah ye.
Disebabkan barang ni tak sampai pun RM8, aku tambah lagi benda lain untuk dapatkan free shipping. Aku beli mask ni sekali.
Nak beli --> Electronic Kitchen Scale
Ok, tu je yang nak share dengan korang. Kalau korang ada guna skincare yang sesuai untuk kurangkan jerawat/ parut jerawat, jangan lupa share dengan aku ya.
Masih lagi mencari produk yang sesuai..
p/s: Jangan lupa guna Shopback ketika membeli ya..
Bye!
Salam.
Entri ni khas untuk orang yang menetap di Sabah ya. Di sini elektrik bukan daripada TNB, tetapi daripada SESB. Sabah Electricity Sdn Bhd.
Sejak housemate aku pindah balik Semenanjung for good, kerja bayar bil sewa, elektrik dan air telah diambil alih oleh aku.
Aku tak tahu kenapa, tapi bil elektrik daripada pihak SESB tak ada pon dalam peti mail box rumah aku.
Nasib baik aku tanya kawan aku, ada cara lain tak nak check bil bulanan SESB ni. Kang terlupa bayar, bergelap pulak rumah.
Kawan aku cakap boleh check online je, senang.
Rupanya memang sangat senang pun. Boleh rujuk di bawah ya. Aku share sini, sebab senang untuk rujukan aku juga nanti.
Cara Check Bil SESB Online
1. Klik link sini -> Check Bil SESB Online
2. Masukkan no akaun SESB rumah korang. Tekan search. Siap!
Ni la contoh bil elektrik yang aku perlu bayar.
Kan senang boleh check online. awal-awal hari tu aku hari-hari kena tengok peti surat rumah. Kot-kot ada bil elektrik dah sampai ke, tapi tak sampai-sampai juga hingga ke hari ni. Tak tau lah kalau dah ada orang lain ambil ke...
Bye!
Salam.
minggu ni kan aku cuti seminggu (ambil cuti tahunan). Jadi, ada banyak masa untuk diluangkan dengan menonton drama, movie dan sebagainya.
Aku cuba untuk tak nak fikir pasal kerja. Minggu depan kita start 'suffer' balik ye.
2 hari yang lepas, aku sempat tengok dua movie Netflix ni. Vivo dan Enola Holmes.
Vivo tu cerita kartun (sejak kebelakangan suka pula layan kartun). Enola Holmes tu movie tahun lepas, tapi aku baru je tengok online. Hehe.
Aku tak ada akaun Netflix, biasa tengok movie/drama dekat website biasa je.
Takut nak langgan akaun Netflix, nanti sepanjang hari tengok situ je. Bahaya. Haha. Aku akan tengok movie Netflix bila dengan kawan aku.
Vivo
Vivo ni menceritakan seekor monyet yang ingin menyampaikan surat (lirik lagu) terakhir daripada tuan dia yang baru meninggal kepada penyanyi terkenal yang merupakan kawan dia di Miami. Movie ni mengisahkan perjalanan dia untuk menyampaikan surat tu kepada kawan baik tuan dia.
Enola Holmes
Aku suka betul movie ni. Jalan cerita dia best. dan aku memang suka british movie pun sebenarnya sebab suka dengar 'accent' diorang.
Enola ni adik kepada Sherlock Holmes. Dari kecil sampai berusia 16 tahun, dia dijaga oleh ibunya di rumah mereka. Macam-macam yang diajar mak dia kepada Enola. Daripada seni mempertahankan diri dan sebagainya.
Satu hari, mak mereka hilang secara tiba-tiba. Enola dipaksa untuk ke sekolah untuk belajar menjadi seorang 'lady'. Enola ni kasar sikit, tapi sangat bijak.
Jadi, Enola pon melarikan diri untuk mencari mak dia. Dia terjumpa dengan seorang remaja lelaki Tekwesbury yang juga melarikan diri dari rumah.
Dari situ, Enola menyelesaikan beberapa misteri kehilangan mak dia dan menolong Tewkesbury juga.
Katanya Enola Holmes 2 bakal keluar tak lama lagi. tak sabar nak tengok..
Salam.
Korang suka baca novel tak?
Aku sangat suka membaca novel sejak dari sekolah menengah lagi. Asalkan ada duit poket lebih, akan ke kedai buku dan beli novel.
Biarlah kena bebel dengan mak pon, tahan je telinga, haha.
Dekat rumah aku di Penang, ada 1 rak penuh dengan buku/ novel. Mungkin dah berhabuk di sana.
Di Sabah pon, ada juga novel yang dibeli 2-3 tahun lepas yang belum dibaca.
Aku ni sejenis yang nampak je kedai buku, memang akan masuk. Walaupun kadang-kadang tu masuk untuk tengok-tengok je.
Kalau sebelum ni, masuk kedai buku je mesti akan keluar dengan novel. Bukan 1 je, alang-alang dah masuk kedai buku kan, mesti lah terus beli 2 ke 3 buku haha.
Tapi sejak beli tapi tak dibaca pon novel yang dibeli tu, aku dah serik untuk beli novel. haha.
Jadi sementara tengah bercuti ni, sempat lah aku terasa bosan sekejap. Bila dah biasa buat kerja, tapi tiba-tiba tak ada kerja, lain perasaan dia tu.
Terpandang lah aku dekat rak buku di rumah. Terus grab novel lama yang dibeli tapi belum dibaca.
Ni lah novel yang menjadi pilihan aku.. Sambil minum kopi ais. hehe.
Ti Amo, SweetHeart 100 Hari! tulisan Suri Ryana.
Bye!
Salam.
Isnin semalam aku cuti. Cuti untuk merehatkan diri je. Tak pergi ke mana-mana pun. Selagi masih boleh cuti, akan cuba untuk cuti. Seingat aku, kali terakhir aku cuti adalah pada awal tahun hari tu, cuti balik Penang untuk buat rawatan Relex Smile.
Raya puasa dan raya haji aku tak ambil cuti pon melainkan cuti umum pada hari raya tersebut.
Jadi, sebelum aku betul-betul 'burn out', baik aku cuti untuk 'mental health' aku.
Keadaan Covid di Sabah pun semakin teruk. Banyak dah extra ward yang dibuka bagi menampung pesakit Covid. Maybe tak lama lagi, aku kena dipanggil untuk menolong di sana pula. Mungkin lah...
Ok, tak mau cerita pasal Covid dan kerja. Nak review sambal sotong kering yang dibeli di Shopee haritu.
sambal petai bilis dah cuba.
So, sekarang nak cuba sambal sotong kering pula.
Aku panggang ayam guna air fryer je. Lepas tu makan dengan sosej juga.
Sayur takde langsung. Memang tak sihat. Haha.
Makanan paling mudah bila ada sambal. Cuma goreng telur ke ayam ke, makan dengan nasi putih. Simple tapi kenyang..
Lupa nak ambil gambar. Jadi guna gambar entri sebelum ni.
Kalau korang nak cuba sambal-sambal di atas, silalah contact blogger Fairus atau boleh beli Shopee juga.
p/s: Sambal petai bilis dah habis, so nak kena restock nanti.
Nak beli 3 bekas terus buat stok. hehe
Bye!
Salam.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah keadaan mereka” – Surah al-Ra’d ayat 11.
Salam.
Ni antara drama korea yang aku tengah tengok sekarang. Masih ongoing lagi semua drama ni, dalam bulan/ bulan depan baru akan habis.
Blue Birthday
Mengisahkan Oh Ha Rin yang boleh kembali ke masa dahulu untuk mengetahui punca kematian kawan baiknya 10 tahun lepas ketika birthday dia.
Hospital Playlist 2
Kisah 5 orang doktor pakar yang merupakan kawan baik dari zaman universiti. Setiap hujung minggu mereka akan berkumpul dan menyanyikan sebuah lagu. Band mereka dari zaman universiti lagi. Best juga lagu-lagu yang dinyanyikan mereka.
The Devil Judge
Mengisahkan Kang Yo Han (Ji Sung) yang merupakan seorang hakim untuk 'live court show'. Dia mempunyai cara yang tersendiri untuk menghukum penjenayah.
Aku tengok drama ni sebab Ji Sung, dan jalan cerita dia boleh tahan juga la.
The Witch's Diner
Mengisahkan Jo Hee Ra (Song Ji Hyo) yang merupakan seorang 'witch'. Orang yang terdesak/ dalam kesusahan akan datang ke restoran dia dan makan makanan yang dimasak oleh dia. Selepas makan, 'wish' diorang akan dimakbulkan, tetapi ada bayaran yang dikenakan.
Drama ni aku tengok sebab Song Ji Hyo je. Jalan cerita dia unik la.
Selamat menonton..
Salam.
Selamat hujung minggu semua..
Hari sabtu semalam ingat nak bangun lambat sikit, tapi terbangun awal juga. sebab dah terbiasa bangun awal pergi kerja kan.
Kawan ajak pergi breakfast, so onz je la kan.
Breakfast - Kwong Sup Ikan
Pagi tu, kami makan di Kwong Sup Ikan di area Plaza 333.
Kami order tomyam ikan fresh + udang, makan dengan mee konlou.
Lepas tu order fucuk goreng, wantan goreng dan juga vietnam roll.
Vietnam roll tu aku suka, first time cuba. Ubi keledek manis yang digoreng. Next time, aku akan order lagi kalau makan di sini.
Dinner - Warung Bandung
Malam pula, makan di luar juga.
Kami makan di Warung Bandung, area Kepayan. Dulu time aku stay di area Kepayan, memang selalu juga makan di sini.
Rasanya dah 2 tahun tak makan di sini. Kali terakhir sebelum housemate aku Kak AJ,sebelum dia balik for good ke Semenanjung 2 tahun lepas.
Aku makan nasi putih dan ayam goreng balado.
Sedap, sama rasa dia macam sebelum ni.
Bye!
Salam.
Hari tu ada beli Perry Smith Mini Food Chopper di Shopee.
Beli ni sebab nak guna untuk blend cili padi ke, bawang etc.
Tak suka guna blender biasa sebab nanti kan hasil dia halus betul.
Nak guna lesung batu tu kadang-kadang malas sikit. Sebab akan bersepah sikit dapur dan tangan akan pedih lepas tumbuk cili haha.
Aku kan suka makan pedas, jadi selalu guna cili padi.
Haritu beli food chopper yang manual punya, takde brand. Tak sampai RM20 rasanya. Tapi kecil sangat saiznya.
Tu yang survey lagi brand lain lagi.
Hari tu aku tengok brand Philips dan Bear.
Yang brand Philips macam agak mahal, tak berbaloi aku rasa untuk aku beli sebab tak selalu guna juga.
Brand Bear pula dia punya food chopper besar sangat. Last-last aku pilih brand Perry Smith.
Saiz dia tak besar sangat, sesuai la untuk aku nak guna. Masak pon sikit je, untuk seorang je kan.
Alhamdulillah, barang sampai dengan selamat di Sabah. Seller packing dengan bagus.
Ada manual user. Boleh rujuk dekat sini cara nak guna.
Ianya cordless, so senang nak guna. Tak payah sambung dengan plug time nak guna.
Cuma kena make sure ada bateri je la sebelum guna.
setakat ni aku tak guna lagi (jarang masak kebelakangan ni). Tapi aku cuba test okay juga la.
Oh ya, macam biasa. sebelum aku beli barang di Shopee, aku akan gunakan Shopback dulu.
Salam.
Alhamdulillah, rezeki menang giveaway di blog ShalimarYusofDotCom.
Dah tau semalam, tapi baru bagi details pagi tadi dekat Sha.
Semalam oncall, jadi tak sempat nak hantar details.
Hari ni free sikit, jadi ada masa nak blogwalking hehe.
Ni kali pertama menang giveaway selepas setahun aktif blogging semula.
Hadiah yang bakal aku dapat :
1 Unit jutebag + 1 unit kad touch n go dengan custom sticker
Tak sabar! hehe
Terima kasih Sha sebab anjurkan giveaway ni. Semoga makin dimurahkan rezeki ya..
Salam.
Nak share dengan korang barang yang aku beli di Shopee baru-baru ni.
Barang ape tu? Mesti lah inai, seperti yang tertulis di tajuk entri ni.
Sebenarnya, dah lama berhajat nak beli inai di Shopee, tapi asyik terlupa je. Jadi hari tu, scroll la shopee cari inai mana yang best kan.
Ada banyak jenis inai dengan harga yang berbeza. Ada yang murah, ada yang mahal. Aku baca review yang mana okay.
Last-last aku pilih inai ni.
Harga 1 botol ni RM15. Tak sure la mahal ke murah ke.
Inai diletak dalam bekas ni. Barang sampai dalam keadaan baik. Bekas tu pecah time nak buka (kawan aku yang buka) haha.
Review aku:
Nak pakai tu kena picit kuat sikit botol inai tu. Tapi yang bestnye inai ni, dia cepat kering. Lebih kurang dalam 10 minit je.
Lepas tu dah boleh cuci.
Setakat ni dah pakai 2 hari, warna masih merah cantik lagi la.
Tapi takpe, kalau dah kurang merah, topup je lagi inai ni. Botol dia agak besar juga la, boleh pakai banyak kali.
Oh ya, semalam ada nurse dekat ward yang bawak inai picit yang untuk lukis inai di tangan tu. Kebetulan ada rakan sekerja aku yang pandai lukis inai tangan, apa lagi. Mintak dia tolong lukiskan inai di tangan aku la. Hehe.
Biasa buat di kedai je, tapi sekarang kan banyak kedai tutup. Jadi mintak tolong orang lukiskan aje lah.
sila abaikan jari yang gemuks. |
Hasilnyaa.
Kalau nak cuba juga, korang cari je inai ni di Shopee. Bye!