Salam.
Apa yang 7 bulan tu ya?
Hmm..
7 bulan dah tak balik Penang, rindu keluarga. Rindu semuanya yang dekat sana.
Nasib baik awal tahun hari tu ada balik untuk buat rawatan 'Relex Smile'. Walaupun terkandas lagi seminggu lepas tu gara-gara PKP.
Kalau tak balik hari tu, kira dah setahun la tak balik...
Bila lah Covid-19 ni habis ya. Sabah pon dah 2 hari berturut 1000 kes ke atas.
Hmm. Tak tau nak cakap apa.
Sekarang pon HQE1 dah jadi full Covid-19 hospital.
Servis kesihatan lain terpaksa diberhentikan sementara waktu bagi menampung pesakit Covid-19 yang makin ramai.
Semalam pun di klinik aku baru buat gotong royong pindah barang, sebab satu bahagian akan dipinjamkan kepada jabatan lain utk klinik mereka.
Aku tak dapat nak tolong, sebab baru je check swab PCR hari jumaat, result masih pending masa tu.
Sebab ada contact dengan pesakit yang positif Covid-19.
Alhamdulillah, result dah keluar petang semalam, dan negatif semua staff yang ada kontak dengan pesakit tu.
Bak kata HOD (head of department) aku, assume everyone is infected nowadays. Huhu.
So, everyone. Please jaga diri ya.
We all can do this!
Rindu nak jalan-jalan. Kundasang pon jadi lah..