Senarai negara yang aku pernah travel setakat ini - 2019


Salam.

Nak share dengan korang negara mana yang aku pernah pergi. Setakat tahun ni 2019, aku telah menjejakkan kaki ke 26 negara dah! Alhamdulillah.
Tak pernah terfikir aku akan dapat travel ke semua negara ni.


Pertama kali travel ke luar negara - tahun 2012


Kali pertama aku travel ke luar negara ialah pada tahun 2012. Aku ke Taiwan untuk student exchange programme selama seminggu. Banyak tempat juga yang aku lawat, cuma sedihnya gambar yang aku ambil dari kawan aku dulu tak tahu dah ada dekat mana. Jadi tak ada la kenangan aku di sana. Maybe kena repeat lagi sekali kot haha.

Kali kedua pula aku travel ke Korea, iaitu pada tahun 2014. Aku travel selepas tamatnya Professional Exam aku sebagai medical student.
Tiket ke Korea dibeli sebelum exam lagi. Buat semangat untuk belajar, sebabnya kalau tak lepas exam tu, tiket ke Korea akan burn macam tu saja. Sebab tarikh ke Korea tu adalah tarikh mulanya 'repeat class' kalau fail exam.

Alhamdulillah, aku lepas exam dan dapatlah travel ke Korea. Oh ya, duit travel ke sana aku guna duit biasiswa yang aku simpan dan pinjam duit akak aku sikit kalau tak salah ingat. hehe.


Selepas trip ke Korea, semangat nak travel aku semakin membuak-buak. Maklumlah, dah ada travel partner - Anis.
Tambahan pula, dah start kerja hujung tahun 2014. Jadi bila dah ada duit, kena lah cari masa untuk travel pula.
Masa housemanship la yang aku banyak travel. Hampir setiap posting aku travel ke luar negara. 
Habis je satu posting tu, mesti dah minta cuti siap-siap untuk travel.

Pengalaman travel masa housemanship yang paling aku ingat ialah masa ke China. Tiket dibeli pada tahun sebelumnya, tak perasan pula waktu tu bulan puasa. Dan nak dijadikan cabaran lagi, masa tu adalah musim panas juga. Memang satu pengalaman paling berharga buat aku.


Oklah, cukup membebel setakat ni dulu. Next year 2020 akan ke mana pula ya.....
kena bekerja keras untuk simpan duit dan travel.
walaupun dah kena bebel dengan mak bila nak beli rumah 😂😂😂



Senarai negara yang aku pernah lawat setakat ini - 2019



2012

TAIWAN

2014

SINGAPORE
SOUTH KOREA

2015

HONG KONG
MACAU
VIETNAM

2016
CHINA
BANDUNG
CAMBODIA
THAILAND

2017
PERTH, AUSTRALIA
BRUNEI
INDIA


2018

TURKI

BANDUNG 2.0

JAPAN


2019

KRABI

.EUROPE.

-LONDON, UK
-NETHERLANDS
-BELGIUM
-PARIS, FRANCE
-SWITZERLAND
-MUNICH, GERMANY
-PRAGUE, R. CZECH
-AUSTRIA
-ITALY
-SANTORINI, GREECE
DOHA
 Kunming & Lijiang, CHINA


Impian untuk melihat Eiffel Tower secara dekat telah tercapai.

K bye!




You Might Also Like

2 comments

  1. wow. banyak tu! seronoknya dapat travel sana sini. rezeki tengok orang travel. moga moga ada rezeki travel nanti

    ReplyDelete
  2. Thanks kak fiza. InsyaAllah ada rezeki utk kak fiza travel nnti.

    ReplyDelete