Itinerari Kunming & Lijiang Sept 2019


Salam.

Dalam entri kali ni nak share trip aku ke China pula iaitu ke Wilayah Yunnan -Kunming & Lijiang.
Plan nak ke sini sekejap juga la, dalam masa 2 bulan sebelum pergi.

Memang kami plan untuk short trip je hujung tahun ni. Fikir punya fikir, kami pilih untuk ke China je.
Walaupun aku dah pernah ke China sebelum ni, tapi tempat yang diorang nak pergi ni aku belum pergi lagi, jadi ON saja lah.

Kami - aku, Pini, Hajar & Eddy.

Ni trip pertama kami travel sekali. Sebelum ni, aku je yang selalu travel dengan Pini dan Hajar. Kali ni kali kena pergi sekali dengan Eddy juga sebab dia pun kaki travel.

Trip ke Kunming & Lijiang ni sepenuhnya diplan oleh Eddy dan lain lain. Aku hanya follow je kali ni.
Eddy yang siapkan itinerari ke Kunming & Lijiang ni. Aku seminggu sebelum pergi baru sempat tengok itinerari kami. Haha.

Cuma untuk book flight ticket dan train ticket, aku yang handle. Aku ada pengalaman beli tiket train di China. Alah, beli online je. Sangatlah senang.
Aku sebenarnya dah lupa macam mana aku beli dulu tu, tapi bila buka website dia eh senang juga lah.
Lupa dah macam mana aku beli tiket train di China tahun 2016 yang lepas.

So, tak nak cakap banyak sangaat lagi dah, Jom tengok antara tempat yang kami pergi di Kunming & Lijiang baru baru ni.






Itinerari Kunming & Lijiang Sept 2019.


DAY 1 (12/9/19)

-Sampai Kunming. Naik train ke Lijiang.
-Check in airbnb di Lijiang (2 malam)
-Lunch
-Pusing sekitar Lijiang Old Town
-Dinner


DAY 2 (13/9/19)

- Jade Dragon Snow Mountain
- Blue Moon Valley
- Check out airbnb
- Naik overnight train ke Kunming


DAY 3 (14/9/19)

- Yuantong Shan
- Guan Du Ancient Town, Kunming
- Check in airbnb
- Shuncheng Mosque dan kawasan sekitar situ


DAY 4 (15/9/19)

- Shilin Stone Forest
- Check out airbnb
- Flight back to Malaysia





You Might Also Like

0 ulasan