Salam.
Masih cerita pada bulan Feb yang lepas lagi.
10 Feb 2024 aku ke Bukit Padang untuk hiking lagi. Aku pergi seorang pada waktu pagi sebab hiking partner aku kerja pagi tu kalau tak salah.
Lepas hiking tu, plan nak makan nasi lemak.
Nasi Lemak Cyber nama nya. Dah lama tak makan nasi lemak ni.
Dulu ada 2 tempat kedai Nasi Lemak Cyber, iaitu di Cybercity dan juga Aeropod.
Biasa aku pergi tapau nasi lemak di Cybercity, tapi bila check di grabfood kedai dia closed.
Jadi aku drive ke Aeropod.
Rupa-rupanya kedai di Cybercity dah lama tutup. Cuma ada yang di Aeropod sahaja sekarang ni.
Jadi aku tapau 2 bungkus terus alang-alang.
1 untuk breakfast, 1 lagi untuk lunch haha.
Nasi lemak berlauk ayam masak merah
view dari Bukit Padang pagi tu
Bye!
Salam.
Hari selasa baru-baru ni, 8 Ramadan aku berbuka puasa di ITCC Penampang.
Ada blood drive di sana juga.
Masa nak dekat berbuka tu, dah fikir nak makan apa.
Aku macam teringin nak makan nasi ayam, jadi aku beli makanan di A1 Chicken Rice.
Aku beli personal meal, dapat nasi ayam + tauge + tofu (ni boleh pilih sama ada nak popiah atau snacks/side dish yang lain)
Minuman pula aku beli di Dozo Nanyang Coffee House.
Aku try dia punya ginger milk tea. Sedap jugaa la.
Bila tengok gambar ni semula, rasa macam nak makan nasi ayam lagi hari ni.
Salam.
Minggu lepas first time aku berbuka di luar ketika bekerja.
Malam tu ada blood drive di Masjid Negeri Sabah. Team kami bergerak ke sana awal sikit dan sikit di bazar ramadan untuk beli makanan berbuka.
Aku beli nasi putih + ayam grill + sotong grill =RM12.
Selain tu beli kari ayam dan juga nugget. Semua makanan di bazar nampak sedap-sedap.
Tapi aku bangga dengan diri aku juga sebab tak beli makanan terlampau banyak.
Lepas berbuka tu, kawan aku datang ke sana join blood drive aku. Bila dah ada geng, dapat lah aku beli Gigi Coffee di grabfood. Ada diskaun di grab haritu.
Semestinya Buttercream Latte pilihan aku.
Salam.
Cerita mengenai hiking lagi. Tempat yang sama juga iaitu di Bukit Padang.
Ni hiking ke 13 untuk tahun ni iaitu pada 7 Februari bulan lepas.
Banyak entri hiking yang tertunggak.
Lepas balik kerja, terus drive Bukit Padang dan hiking.
Macam biasa, aku hiking dengan hiking partner, Isma.
Biasanya kami hiking naik tak sampai 30 minit, lepas tu berehat di atas dalam 10-15 minit.
Masa turun pula makan masa tak sampai 30 minit juga.
Jadi lebih kurang sejam ke sejam lebih kami di sana, kemudian terus balik ke rumah masing-masing.
Tapi petang tu lepas hiking, balik solat dulu dan dinner di Dozo Lintas.
Salam.
Ni cerita bulan lepas.
Hiking pertama di minggu kedua Feb 2024.
Hari isnin tak dapat pergi, sebab penat dengan oncall. Walaupun passive call je, still penat juga.
Penat jawab phone call dan kena fikir juga nak grant request ke tak, dengan stok darah yang tak banyak. Kena prioritize pesakit yang lebih memerlukan.
Eh, ter-cerita bab kerja pula. Oh ya, aku dah pergi non-clinical department sekarang. Sebelum ni cardiology department selama hampir 7 tahun. Rindu nak balik department lama tu ada juga la, tapi.. ada lah sebabnya kenapa tak nak balik department lama.. penat..
Nak sambung study pula, macam malas. Jadi, chronic MO je la buat masa sekarang ya. Kena stay di Sabah dulu la. Nak balik Semenanjung tu, tak pasti lagi bila. Biar masa yang menentukan.
Eh, terlari topik pula. Nak cerita pasal hiking.
Jadi hari selasa 6 Feb 2024, aku ke Bukit Padang lagi untuk hiking dengan hiking partner aku, Isma.
Lepas kerja, terus gerak ke sana.
Cuaca agak mendung hari tu. Nasib baik tak hujan.
View dari Bukit Padang
Esoknya, hiking lagi..
Salam.
Dah seminggu tak update blog. Weekend je ada masa sikit nak update. Macam biasa, tak tau busy buat apa. Haha.
Hari pertama dan kedua puasa aku berbuka di rumah je, makan apa yang ada.
Hari ke 3 puasa khamis yang lepas kami geng blood bank buat potluck untuk berbuka puasa bersama.
Macam biasa, kami akan berkumpul di rumah Pini, sebab rumah dia besar dan housemates dia ok je.
Jadi kami plan la nak masak/ beli apa hari tu.
Pini sebagai tuan rumah masak main menu - nasi putih, ayam masak merah.
Yang lain-2 kebanyakan beli je. Sebab hari bekerja kan, lagi cepat dan senang untuk beli je.
Kami tak beli di bazaar pon, beli di grabfood je.
Jadi ni la juadah berbuka puasa kami pada Ramadhan ke-3 hari tu.
ni untuk 10 orang makan.
Ada nasi putih, ayam masak merah, udang bakar, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar.
Dessert pula ada kek batik, brownies, bingka ubi. Ada cucur jagung & samosa cheese crab juga.
dan buah ada tembikai.
Air ada bermacam jenis, tak ambil gambar pula.
Memang kami semua kekenyangan. ada yang tak sahur pon esoknya, sebab masih kenyang haha.
Makanan tu semestinya ada yang lebih, jadi ada yang tapau bawak balik rumah.
Aku pon mestilah tapau juga, sedap ayam masak merah Pini.
oklah, bye!
Selamat Berpuasa..
Salam.
Ni cerita bulan lepas. 7 Feb 2024. Baru nak update dekat blog.
Busy betul yaa.
Masa ni aku & Isma baru lepas balik hiking dari Bukit Padang, lepas tu ajak Pini join sekali dinner di Dozo Nanyang Coffee House, Lintas.
Antara menu yang ada di sini
Aim nak makan wat tan ho hari tu di sini. Jadi memang order wat tan ho la..
Wat Tan Ho ayam & teh ais
Aku order ikan, tapi dapat ayam. Sebab dah makan kan, jadi tak minta tukar dah. ikan lagi mahal RM2.
croissant
Ni Pini dengan Isma yang order.
Memang kenyang hari tu. Cuma kuey teow nya tak dapat habiskan lgi sikit sebab kuah dia tak sama banyak dengan kuey teow tu (#alasan).