Salam.
Ni hiking lebih kurang kali ke 16 untuk tahun ni.
Macam biasa, aku hiking di Bukit Padang juga pada 13 Feb 2024.
Kali ni hiking petang juga, lepas balik kerja.
View yang sama, hari yang berbeza..
Bulan puasa ni tak dapat hiking sangat, sebab cuaca panas betul.
Banyak kebakaran di KK baru-baru ni.
10 Feb 2024, aku hiking di Bukit Padang 2 kali.
Paginya aku hiking sorang, lepas tu pergi tapau nasi lemak cyber.
Petang tu, aku hiking dengan Isma sekali.
Cuaca hari tu agak mendung, jadi tak panas sangat.
View dari Bukit Padang
Salam.
Masih cerita pada bulan Feb yang lepas lagi.
10 Feb 2024 aku ke Bukit Padang untuk hiking lagi. Aku pergi seorang pada waktu pagi sebab hiking partner aku kerja pagi tu kalau tak salah.
Lepas hiking tu, plan nak makan nasi lemak.
Nasi Lemak Cyber nama nya. Dah lama tak makan nasi lemak ni.
Dulu ada 2 tempat kedai Nasi Lemak Cyber, iaitu di Cybercity dan juga Aeropod.
Biasa aku pergi tapau nasi lemak di Cybercity, tapi bila check di grabfood kedai dia closed.
Jadi aku drive ke Aeropod.
Rupa-rupanya kedai di Cybercity dah lama tutup. Cuma ada yang di Aeropod sahaja sekarang ni.
Jadi aku tapau 2 bungkus terus alang-alang.
1 untuk breakfast, 1 lagi untuk lunch haha.
Nasi lemak berlauk ayam masak merah
view dari Bukit Padang pagi tu
Bye!
Salam.
Cerita mengenai hiking lagi. Tempat yang sama juga iaitu di Bukit Padang.
Ni hiking ke 13 untuk tahun ni iaitu pada 7 Februari bulan lepas.
Banyak entri hiking yang tertunggak.
Lepas balik kerja, terus drive Bukit Padang dan hiking.
Macam biasa, aku hiking dengan hiking partner, Isma.
Biasanya kami hiking naik tak sampai 30 minit, lepas tu berehat di atas dalam 10-15 minit.
Masa turun pula makan masa tak sampai 30 minit juga.
Jadi lebih kurang sejam ke sejam lebih kami di sana, kemudian terus balik ke rumah masing-masing.
Tapi petang tu lepas hiking, balik solat dulu dan dinner di Dozo Lintas.
Salam.
Ni cerita bulan lepas.
Hiking pertama di minggu kedua Feb 2024.
Hari isnin tak dapat pergi, sebab penat dengan oncall. Walaupun passive call je, still penat juga.
Penat jawab phone call dan kena fikir juga nak grant request ke tak, dengan stok darah yang tak banyak. Kena prioritize pesakit yang lebih memerlukan.
Eh, ter-cerita bab kerja pula. Oh ya, aku dah pergi non-clinical department sekarang. Sebelum ni cardiology department selama hampir 7 tahun. Rindu nak balik department lama tu ada juga la, tapi.. ada lah sebabnya kenapa tak nak balik department lama.. penat..
Nak sambung study pula, macam malas. Jadi, chronic MO je la buat masa sekarang ya. Kena stay di Sabah dulu la. Nak balik Semenanjung tu, tak pasti lagi bila. Biar masa yang menentukan.
Eh, terlari topik pula. Nak cerita pasal hiking.
Jadi hari selasa 6 Feb 2024, aku ke Bukit Padang lagi untuk hiking dengan hiking partner aku, Isma.
Lepas kerja, terus gerak ke sana.
Cuaca agak mendung hari tu. Nasib baik tak hujan.
View dari Bukit Padang
Esoknya, hiking lagi..
Salam.
Untuk minggu pertama di bulan Feb 2024, sempat sekali je hiking pada waktu bekerja iaitu 1 Feb 2024 (khamis).
Jumaat petang tu tak ingat dah kenapa aku tak pergi hiking. Rasanya sebab makan terlampau banyak masa tengah hari tu. Jadi malas pula untuk hiking petang nya.
Tapi sabtu pagi tu (3 Feb 2024) aku sempat hiking lagi sebelum ke blood drive.
Aku hiking sorang juga masa ni.
Naik slow-slow sambil dengar lagu menggunakan earphone.
View pagi di puncak Bukit Padang
Wefie dulu
Lepas tu send dekat bff aku Inah Ja. haha
Petang tu, aku tak hiking, sebab esok pagi nya nak join Borneo Half Marathon. Tapi 11km je la yang aku mampu buat masa sekarang. Sebab tak training lari pun, paling-paling hiking je.
Bye!
Salam.
Ni hiking pertama pada bulan Feb 2024.
Macam biasa, tempat hiking aku mesti lah di Bukit Padang.
Ni je tempat yang paling dekat dengan tempat kerja & rumah aku. Kalau bukit lain, tunggu weekend baru dapat pergi.
Kenapa kena dekat dengan tempat kerja? sebab balik dari kerja senang boleh terus pergi ke sana.
1 Feb 2024 aku, Isma & Leha hiking di Bukit Padang sama-sama.
Leha lepas habis kerja terus gerak ke sana. Aku & Isma pon sama, gerak dari tempat kerja terus.
Sampai di Bukit Padang dalam 5 lebih macam tu, dan biasanya sebelum waktu Maghrib kami dah turun dari Bukit Padang.
Walaupun petang hari bekerja, orang ramai juga. Tapi tak ramai macam hujung minggu la.
Macam biasa, gambar dari puncak Bukit Padang.
Salam.
Dah lama tak update blog dan update pasal hiking.
Seminggu dua ni agak sibuk sikit, tak tau la sibuk apa kan.
Ni sambung dari cerita di bulan Jan 2024 lagi. Weekend tu dua-dua hari sabtu dan ahad aku hiking.
Sabtu tu hiking pagi & petang.
Esoknya ahad (28 Jan 2024), aku hiking lagi. Aku hiking sorang juga, tapi lepas hiking tu singgah BTC macam biasa dan makan roti telur.
Habis kalori burn hiking tu, lepas makan roti telur. haha.
sunrise pagi tu dari Bukit Padang
Lepas turun dari Bukit Padang, terus drive ke BTC Luyang dan makan roti telur.
Dapat teh halia sejuk percuma.
Sedap!
Sampai rumah, terus siap-siap untuk pergi blood drive pula.
Balik blood drive, siap-siap untuk hiking lagi. Petang tu, pergi hiking dengan Leha pula. Dah lama tak jumpa dia, sambil hiking tu sambil bercerita laa.
Ni hiking terakhir di bulan Jan 2024.
Hopefully, bulan Feb 2024 masih konsisten lagi.
Salam.
Hari sabtu lepas (27 Jan 2024) yang lepas, aku hiking di Bukit Padang 2 kali.
Pagi & petang. Lepas hiking pagi tu, aku terus balik rumah dan siap-siap untuk pergi kerja pula (ada blood drive).
Lepas balik kerja lebih kurang dalam 4 petang, aku kelaparan. Mulanya macam malas nak hiking dah sebab baru lepas makan. Tapi sebab semangat hiking macam berkobar-kobar masa ni, aku teruskan niat untuk pergi hiking juga petang tu.
Dalam hati dah cakap siap-siap, jangan hike laju sangat, takut nanti termuntah pula. Jadi slow-slow je la naik petang tu.
Isma tak dapat join petang tu sebab dia oncall, jadi aku pergi sorang-sorang lagi.
Aku tak risau sangat sebab ramai orang hiking di sana terutamanya weekend. Parking pon biasanya penuh kalau hujung minggu macam ni.
Cuaca di petang sabtu minggu lepas. Cantik awan dia.
Salam.
Ni hiking pertama untuk minggu ni. Weekend ni aku kerja, jadi aku kena bangun awal sikit untuk hiking.
Sabtu semalam, 5.30am dah bangun. Siap-2 lepas tu drive pergi ke Bukit Padang.
Pagi semalam aku hiking sorang je, sebab Isma lambat sikit. Aku tak dapat tunggu dia sebab aku kena gerak awal nanti.
Aku sampai di Bukit Padang dalam 6.03am macam tu. Masa ni gelap lagi, tapi tak berapa gelap sangat lah. Aku nampak ada 1 group hiking depan aku, jadi aku ikut diorang je dari belakang. Bila aku dah nak dekat dengan diorang, aku nak potong la diorang tapi auntie tu tak perasan aku dekat belakang dia, terkejut auntie tu. Kesian juga la.
Jadi bila dah potong diorang, aku on light dari phone aku.
Bila dah sampai di puncak, cuaca pon dah cerah.
Gunung Kinabalu
Lama tak nampak Gunung Kinabalu. Tapi hari ni bertuah dapat tengok Gunung Kinabalu dari kejauhan.
Salam.
Petang tadi hiking lagi di Bukit Padang. Ni hiking kali kedua minggu ni. Aim 3 kali at least hiking dalam seminggu.
Esok kerja (mobile blood drive), maybe lepas tu kalau sempat akan hiking. Kalau tak, tunggu next weekend baru hiking semula.
Petang ni pun macam ramai juga orang. Sebab weekend la kot kan.
Gambar di puncak Bukit Padang.
Asyik gambar yang sama je.
Bye!
Salam.
Ni hiking kali pertama untuk minggu ni. Nak hiking selepas balik kerja tak sempat minggu ni. Hari-hari balik lambat sedikit daripada biasa.
Jadi aim minggu ni memang nak hiking on weekend je. Tadi pagi lepas subuh kuatkan semangat untuk ke Bukit Padang. Kalau ikutkan hati, nak sambung tidur je. Nasib baik ada geng hiking (Isma) untuk hiking sekali. Kalau sorang-sorang rasanya tak jadi dah. haha.
View dari Bukit Padang waktu pagi (dalam pukul 7 pagi).
Lepas hiking, singgah breakfast di BTC Luyang dulu. Last weekend dah makan roti telur, jadi hari ni makan Penang Char Kuey Teow pula la. Harga dia mahal, tapi sebab sedap. Jadi berbaloi la.
Penang Char Kuey Teow
Lepas breakfast aku mencari tempat cuci kereta pula. Tempat cuci kereta di area Cybercity tutup. Jadi aku cuci di tempat yang berdekatan je la.
RM15 cuci luar & vacuum. Ok la, ni antara harga termurah di KK yang pernah aku jumpa.
dah siap, balik rumah dan tidur.
Salam.
Ni kali keempat hiking pada minggu ni. Agak gigih juga kan, harap-harap next week pon semangat masih ada juga la.
Sabtu dah ke Bukit Botak, jadi hari ni ke Bukit Padang je la.
Lepas subuh pagi tadi, tanya Wahid kawan aku, nak pergi Bukit Padang hiking tak?
Dia cakap ok, jadi kita proceed je la kan. Lepas tu boleh breakfast sebelum aku start oncall.
Pagi ni ramai juga orang hiking di Bukit Padang. Jalan mendaki agak basah, rasanya sebab hujan malam tadi.
Di puncak, terserempak dengan kawan lama pula. Dah berapa tahun tak jumpa. Sama la masa di Bukit Botak semalam, terjumpa kawan houseman yang masih di KK, dan juga kawan Universiti yang tak pernah jumpa lepas graduan. Kalau ke Bukit Botak je, mesti akan terjumpa orang yang familiar. Sempat la reunion kejap atas bukit, tanya khabar gitu-gitu je.
Cantik cuaca pagi ni, cerah je.
Balik tu, singgah makan di BTC Luyang.
Kami order roti telur sorang 1. Wahid siap order roti bakar juga. Dia cakap susah nak cari roti bakar sedap dekat Tawau.
Salam.
Hiking Bukit Padang 2/2024 (10 Jan 2024)
Petang tadi lepas balik kerja aku terus ke Bukit Padang dengan Isma untuk hiking.
Dari hospital lagi dah hujan lebat, tapi kami teruskan juga ke sana sebab semalam pon hujan juga kan.
Alhamdulillah, sampai je Bukit Padang, hujan dah berhenti. Tapi aku pakai juga raincoat Isma sebab takut nanti hujan balik.
Tapi Alhamdulillah, memang dah tak hujan lepas tu. Cuma jalan untuk mendaki lecak sikit dengan air la.
Separuh perjalanan mendaki, aku buka raincoat sebab terasa panas betul.
Hari ni kami sampai ke puncak lambat sikit, rasanya sebab slow-slow je naik dan mengelak tempat yang berair, takut kasut kotor teruk. Kasut aku semalam pon tengah jemur lagi. Nasib baik ada 2 kasut hiking.
Hari ni nampak sunset.
Orang tak ramai lagi di puncak masa ni. sebab hujan kan. Cuma regular hikers yang biasa kami nampak je yang naik.
Lama tak selfie
Esok dan lusa macam tak hiking sebab macam nak puasa esok, tapi tengok dulu macam mana.
Jumaat pon KIV juga sebab Isma balik Semenanjung.
Maybe weekend ni sambung hiking balik.
Salam.
Aku dah berada di KK semula. Balik ke sini hari ahad malam yang lepas. Sekejap je masa 1 minggu tu berlalu. Tapi happy sebab dapat spend masa dengan family walaupun sekejap. Dapat juga jumpa kawan sekolah dulu yang sangat rapat sehingga sekarang.
----
Setelah 2 minggu tak hiking (kali terakhir hiking sebelum balik Penang haritu), hari ni dapat juga hiking walaupun dalam hujan.
Agak gigih kami bertiga hiking petang tadi (Isma, Sarah & aku). Kami biasa pergi selepas kerja.
Masa nak keluar dari hospital, hujan dah rintik2. Tapi kami teruskan juga drive ke Bukit Padang, mana tau sana tak hujan kan.
Tengok-tengok hujan juga, tapi tak lebat sangat. Jadi kami decide untuk teruskan niat hiking pada hari ni.
Semasa hiking, ada terjumpa beberapa orang lain lagi yang turut hiking masa hujan ni. Ada yang guna payung, ada yang pakai windbreaker.
Aku? pakai baju oncall hari ni je. haha. Tak bawak windbreaker, payung atau raincoat pon.
cuaca mendung, tak ada sunset hari ni
Balik rumah, terus mandi sebab takut demam.
Aku sengaja letak tajuk Hiking Bukit Padang 1/2024 tu sebab nak tengok tahun ni berapa kali la aku hiking. Harap-harap rajin lah ye.
Nak kena buat persiapan untuk naik Gunung Kinabalu lagi tahun ni kalau ada rezeki insyaAllah.
Salam.
Hari ni baru ada masa rehat, nak buka blog dan update entri.
Nanti nak blogwalking sekejap la. Dah lama tak blogwalking ke blog korang.
Sabtu semalam ada course (kursus) di hospital. Ingatkan separuh hari je, rupa-rupanya 1 hari pula.
Nasib baik tak ada plan apa-apa dan tak oncall juga. Jadi pergi je la course tu. Nanti dah pindah department, tak dapat dah join course macam ni.
Start dari 8.50 pagi sampai pukul 4 petang. Banyak topik yang diajar. Ni kali ke 3 atau ke 4 aku join kursus macam ni sepanjang aku di cardio. Boleh la 'refresh' balik ilmu sebelum ni.
Ada tea break 2 kali (pagi & petang) dan lunch break. Lunch break 1 jam, boleh rehat kejap sambil makan lunch.
Nasi tomato for lunch.
Sedap nasi tomato dia, macam orang semenanjung yang buat.
Nak kena tanya pihak organizer dekat mana diorang order ni. Boleh la order sendiri nanti kalau teringin lagi, haha.
Lepas lunch, sambung lagi lectures. lepas tu hands on. Kemudian ada fun quiz. Nervous betul time ni. haha.
Ni lah hasil daripada course semalam. (simpan sini sebagai kenangan).
Pen, pendrive, bracelet dan note book.
Ada part 2 pula course ni hujung bulan nanti. Kalau tak ada apa-apa hal lain, maybe aku join lagi.
Habis course, balik rumah kejap. Solat, rehat dan gerak ke Bukit Padang untuk hiking pula.
Minggu depan kalau semuanya okay, akan panjat Gunung Kinabalu kali kedua. Harap-harap cuaca ok lah nanti. Dah la kali ni sangat kurang training sebab kekangan masa.
Dapat naik ke puncak Bukit Padang dalam 16minit tanpa berhenti.
Tengok sunset, lepas tu turun semula.
Bye!
Salam.
Hari ni di Sabah masih cuti sempena Kaamatan. Cuti sampai besok. 4 hari cuti dari hari sabtu hari tu. Ni lah kelebihan duduk Sabah, ada extra cuti selain elaun. hehe.
Sebab dah lama tak pergi hiking, maka hari ni tertunai lah hasrat nak hiking semula sebagai latihan sebelum ke Gunung Kinabalu lagi sekali.
Jan 2022 hari tu tak dapat naik ke puncak disebabkan keadaan cuaca yang tak mengizinkan, harap-harap yang akan datang ni dapat lah naik ke puncak.
2 minggu lepas dah hiking Puncak Donggiranuk di Kota Belud, minggu lepas pula dah hiking sikit di Bako National Park Kuching Sarawak, ingatkan kali ni hiking tak penat la. Rupa-rupanya penat jugak. Yelah, asyik makan je kan, berat pon dah menaik tak turun-turun dah huwaa.
Aku hiking tempat biasa je - Bukit Padang. Dah selalu naik sini, tapi mesti akan penat juga.
Tapi kali ni cepat juga la naik, sebab masa menaik tu aku cuba ingat balik masa mendaki di Puncak Donggiranuk dulu, berganda-ganda susah nya.
dari jauh, boleh nampak Gunung Kinabalu.
Dah hiking, pergi cari breakfast la pula.
Aku makan di BTC berdekatan rumah aku je. Nampak menu Roti Canai Sarang Burung, terus pilih yang ni. Nak makan di Penang hari tu tak dapat, makan di sini je la.
Roti Canai Sarang Burung
Alhamdulillah, kenyang dan penat. Time untuk sambung tidur.
Salam.
Minggu ni kawan aku Inah datang ke KK, Sabah. Dia akan stay di sini selama 2 minggu.
Jadi, semalam kami ke pasar, beli makanan laut (udang, ikan, sotong, ketam) dan juga daging.
Semangat nak masak macam-macam, siap ada list lagi.
Tapi Inah la yang masak, sebab aku kerja macam biasa. Kerja dia flexible, sebab tu boleh tinggal di KK lama sikit.
Sambil bekerja, sambil cuti juga.
Tadi pagi pergi hiking di Bukit Padang setelah berbulan lamanya tak ke sini sejak tahun lepas.
Ni pula kali pertama aku hiking selepas turun daripada Gunung Kinabalu awal bulan lepas (tak sempat buat entri lagi, sebab masih sedih tak dapat puncak disebabkan cuaca yang kurang baik).
Ok, berbalik kepada tajuk entri.
Lepas hiking, aku terus ke dapur masak nasi goreng seafood + ayam. Simple, sedap (kata Inah) dan mengenyangkan.
Nasi goreng seafood. Di sebelah tu ada bunga lily. Baru satu kopak yang berkembang.
dari sudut lain pula.
*ada treadmill hiasan di situ (dah lama tak guna) haha
Selamat menjamu selera..
Salam.
Aktiviti yang dibuat pada 19 Ramadhan. Sebagai kenangan, jadi kita simpan di blog.
Semalam kan cuti. Jadi aku spend masa di rumah saja la.
Disebabkan ada masa terluang, petang tu aku ajak kawan aku, J untuk jogging di Tanjung Lipat.
Mulanya plan nak hiking di Bukit Padang, tapi hujan la pulak dari tengahari lagi. Hiking track confirm lecak.
Jadi kami decide untuk jogging di Tg Lipat. Aku ingat nak brisk walking je, sebab tak sahur kan pagi tu (terbabas). Tapi sebab kena ajak jogging juga, so aku jogging la.
Semput la juga, tapi nasib baik okay. Haha
Jogging tak lama mana pun, tapi aim nak tengok sunset. Dapatlah tengok sekejap sebelum langit bertukar mendung kembali.
Jom layan gambar sunset di Tg Lipat, Kota Kinabalu.
oh ya. Tanjung lipat ni sangat bermakna bagi aku. Ni lah antara sebab aku mintak untuk buat housemanship di Sabah dan sampai sekarang masih di Sabah. Setiap kali mak aku tanya bila nak balik kerja di Penang, setiap kali tu aku cakap aku tak tau. Kesian mak aku, tapi aku sayang nak tinggalkan Sabah. Tempat dia semua cantik-cantik. Banyak keindahan alam semulajadi.
Kali pertama aku ke Sabah pada tahun 2013 (4th year medical student) kalau tak silap aku dengan tujuan melancong.
Kecantikan Tg Lipat ni lah yang buatkan aku rasa nak bekerja di Sabah. Kononnya, kalau stress masa houseman, boleh terus pegi tempat cantik macam ni untuk release stress.
Tapi sebab housemanship terlalu busy, kadang-kadang je aku ke sini. Haha
Tapi aku selalu juga lalu jalan ni semasa dalam perjalanan untuk bekerja di Hospital Likas beberapa tahun lepas. Kenangan sangat..
kena tepek gambar sendiri juga satu, untuk kenangan haha
Ok Bye!