Hiking Bukit Padang 9/2024

 

Salam.

Dah lama tak update blog dan update pasal hiking.

Seminggu dua ni agak sibuk sikit, tak tau la sibuk apa kan.

Ni sambung dari cerita di bulan Jan 2024 lagi. Weekend tu dua-dua hari sabtu dan ahad aku hiking.

Sabtu tu hiking pagi & petang.

Esoknya ahad (28 Jan 2024), aku hiking lagi. Aku hiking sorang juga, tapi lepas hiking tu singgah BTC macam biasa dan makan roti telur.

Habis kalori burn hiking tu, lepas makan roti telur. haha.



sunrise pagi tu dari Bukit Padang


Lepas turun dari Bukit Padang, terus drive ke BTC Luyang dan makan roti telur.


Dapat teh halia sejuk percuma.

Sedap!

Sampai rumah, terus siap-siap untuk pergi blood drive pula.

Balik blood drive, siap-siap untuk hiking lagi. Petang tu, pergi hiking dengan Leha pula. Dah lama tak jumpa dia, sambil hiking tu sambil bercerita laa.


Ni hiking terakhir di bulan Jan 2024. 

Hopefully, bulan Feb 2024 masih konsisten lagi.





You Might Also Like

1 comments