Salam.
Sampai je di Melaka, kami ke Perigi Hang Tuah dulu. kakak aku yang suggest pergi sini dulu sementara menunggu masa untuk makan tengahari.
Agak awal untuk makan tengahari, sebab kami sampai belum jam 11 pagi lagi pon.
Di sekitar Perigi Hang Tuah, ada banyak gerai jualan. Ada yang menjual makanan, ada juga menjual kraftangan, keychain dan banyak lagi.
Kami tengok Perigi Hang Tuah kejap je, lepas tu shopping je lebih.
Mak aku beli gula melaka di situ. Tapi terbeli benda lain juga, Tudung saji. Mak aku berkenan, jadi beli je la kan. Bukan selalu keluar jalan-jalan. Bila lagi nak sampai Melaka pon tak tau.
Tudung saji yang mak aku berkenan
ada jual kerepek dan makanan lain juga di sini.
Kami di sini tak lama pon, lebih kepada membeli belah je. lepas tu, kami ke satu tempat lagi sebelum makan tengahari.
Salam.
Lamanya tak update blog. huwaa
Macam biasa, agak sibuk dan mood nak update blog tu takde.
Time cuti macam ni je ada masa dan ada mood haha.
Hujung minggu yang lepas kami sekeluarga ke Melaka. Dah lama tak jalan-jalan satu family, tak ingat bila kali terakhir jalan sekali ke tempat jauh.
Last family trip pada tahun 2019, masa tu ke Langkawi, tapi adik aku tak ikut sekali. Tapi kali ni kami 5 beranak dapat jalan sama-sama ke Melaka.
Idea nak ke Melaka ni daripada akak aku, mula-mula nak ke Cameron Highland. Bila fikir balik, mesti hujung minggu di Cameron Highland sangat lah sesak dengan orang dan jem. So tukar tempat pergi ke Melaka pula.
Kali terakhir aku ke Melaka semasa belajar di UKM dulu, pergi dengan kawan-kawan. Rasanya lebih 8 tahun yang lepas. Walaupun kawan baik aku orang Melaka, tak sempat lagi ke Melaka semula kecuali hujung minggu lepas.
Aku balik ke Penang dari KK pada hari jumaat. Sampai di Penang Airport, kawan baik aku Inah yang ambil di airport. Lepas tu pergi makan nasi kandar.
Sampai di rumah aku dalam pukul 12.30 tengah malam. Tidur sekejap, 3 pagi dah bangun dan bersiap-siap untuk bergerak ke Melaka.
Ayah aku ajak gerak awal pagi, sebab nanti boleh sampai awal sikit. Kami pergi 2 hari 1 malam je. Ayah dan adik aku tak dapat ambil cuti lebih.
Kami gerak dari rumah (Bukit Mertajam) dan berhenti makan pagi di R&R Jejantas Sg Buloh.
Aku makan nasi goreng + ayam goreng. Boleh tahan sedap juga.
Ayah aku makan nasi lemak dan roti bakar di situ. Sedap kata ayah aku.
Sebelum meneruskan semula perjalanan, beli Starbucks dulu. Adik aku nak Starbucks, nak bagi tak mengantuk sebab nak bawak kereta katanya. Aku pon layankan aje lah.
aku pon beli juga lah 1 untuk aku. hehe
Sampai di Melaka lebih kurang dalam 10 pagi. Ada beberapa kali juga berhenti di R&R untuk ke tandas dan beli jajan buat bekal dalam kereta.
Antara tempat yang kami pergi melawat dan makan-makan;
Galeri Lebah Melaka
Asam Pedas Hajah Mona
Pantai Klebang
Kuih Keria Antarabangsa Hjh Rahmah
Mukmin Ikan Bakar
Nasi Dagang
yang tu je sempat pergi. Nanti aku update next entri ya..
Salam.
Hari tu aku ada beli instant cube kari jepun. Beli dekat shopee je.
Jadi 2 hari lepas terasa nak cuba guna kari jepun tu. Ayam ada, tapi bahan-bahan lain tak ada. Nak keluar pergi beli, malas betul. Guna je la bahan yang ada je.
Paling simple. Haha. Aku guna 2 bahan je, ayam dan bawang holland. Sepatutnya boleh letak carrot ke potato ke. Tapi tu lah, dah jarang masak dekat rumah jadi bahan-bahan tu tak ada.
Cara masak dia senang je. Tumis bawang holland, lepas tu masukkan ayam + bahan lain macam carrot ke potato. Lepas tu masukkan air, dia ada sukatan sendiri. Aku tak buat banyak jadi aku bajet sendiri air dia.
Tunggu mendidih, tutup api dan masukkan cube kari jepun tu (aku letak 2 cube je, nasib baik ngam dengan sukatan air). Gaul sampai dah larut, then buka api semula dan masak lagi beberapa minit.
Lepas tu, siap. dah boleh makan.
Ni gambar dah lepas siap larutkan cuba kari jepun tu.
Jom makan!
Aku guna calrose rice ataupun beras sushi, beli dekat seller yang sama juga hari tu.
Kari Jepun ni memang favourite aku. Teringat lagi masa makan di Jepun 4 tahun lepas. 2-3 kali juga la makan kari jepun masa di sana.
Balik Malaysia, bila teringin kari jepun akan pergi Sushi King, tapi rasa dia tak sama la.
Dan kari jepun instant ni sedap juga rasanya.
Boleh buat lagi next time.
Bye!
Salam.
Ni kali kedua atau ketiga aku singgah makan di Hooga Cafe, Kundasang.
Cafe ni agak famous di Kundasang sebab ada beberapa tarikan lain di sini selain daripada cafe tu sendiri.
Kami singgah makan di sini sebelum bertolak balik ke KK tengahari tu.
Macam biasa, cafe ni memang ramai dengan orang. Nasib baik ada juga tempat duduk masa ni.
Kami pilih meja di luar, dekat situ je ada. Meja dalam cafe dah penuh dengan orang.
Dekat luar pon ok juga, ada tempat cantik untuk ambil gambar.
Me & Pini
Jadi lepas order, sambil tunggu makanan yang diorder sampai, mari lah bergambar dulu.
Makanan yang kami order.
Ada fish & chips, waffle, fried chicken, mushroom soup, sandwich and fries.
Kami makan share-share je.
Ice Cream La Cremeria tu bawak balik dari Umea. Nak makan kat sana tapi terlupa sebab kenyang makan makanan lain yang banyak.
Kalau nak bawak balik KK pula, takut cair je aiskrim tu sampai-sampai KK nanti.
Kami decide untuk makan di situ je la, sebagai dessert.
Makanan di sini bagi aku sedap juga. memang boleh repeat lagi makan di sini next time.
Dah kenyang, baru lah boleh bertolak balik ke KK.