Daytrip ke Kundasang, Sabah

 

Salam.

Bila tau 1 Oct 2021 dah boleh rentas zon, happy sangat.

Terus teringat Kundasang, dan ajak kawan pergi Kundasang hari Sabtu semalam.

Kawan aku 2 orang tu oncall hari ahad, tapi sanggup pergi daytrip juga. At least boleh keluar dari KK, pergi jalan-jalan sekejap dekat Kundasang pon jadi la.

Perjalanan dari KK ke Kundasang memakan masa 1 jam lebih - 2 jam bergantung pada cuaca dan traffic hari tu.

Alhamdulillah, selamat pergi dan balik walaupun daytrip.

Aku selalu akan overnight di sana, tapi minggu ni tak dapat sebab 2 orang kawan yang pergi dengan aku akan oncall keesokannya. Nak tukar oncall, tapi semua orang ada plan masing-masing.

Jadi, dah siap plan nak pergi lagi ke Kundasang minggu depan untuk bermalam di sana.

Kundasang pergi setiap hujung minggu pon takpe. haha.


Daytrip ke Kundasang, Sabah


Jam 8pagi kami berkumpul untuk naik 1 kereta je. Plan nak makan pagi di Bakut Kantin di Tuaran, tapi  bila sampai tu dah ramai orang dan tak ada meja pula. Cancel plan untuk makan di situ dan terus gerak ke Kundasang.

Kami pergi dengan kawan aku lagi seorang (dia naik 1 kereta dengan laki dan anak kecil dia). Kami jumpa di situ dan bergerak sama-sama ke Kundasang.

Sampai je di Kundasang dalam pukul 11 lebih macam tu, terus singgah kedai untuk makan.

Kedai yang aku biasa makan di Pekan Kundasang, sorry lupa nama kedai.

Makan nasi ayam dan chicken wings dia. 





Aku rasa harga dekat kedai ni dah makin mahal. 


Lepas makan tu, nampak kedai dim sum dekat sebelah. Singgah tapau dimsum pula.

Aku tak ada plan nak ke mana-mana pun, cuma nak jejakkan kaki di Kundasang dan hirup udara segar je.

Sebab tau kebanyakan tempat masih belum buka, dan kanak kanak tak dibenarkan masuk lagi.


Desa Dairy Farm, Kundasang



Selepas makan, kami ke Desa Dairy Farm untuk bergambar di luar je. Tempat kebiasaan kalau datang Kundasang, mesti akan singgah sini.

Tapi Desa Dairy Farm ni belum buka lagi lah. Tak sure bila akan buka.

Dan dah ada homestay sebelah Desa Dairy Farm ni. Ada juga kiosk jual minuman dan waffle di situ.

Singgah lagi beli minuman dan waffle (diet dilupakan untuk hari ni).


Cuaca mendung. Kejap hujan, kejap tak. Mount K pon segan nak keluar.




Siap bergambar, kami ke arah Mesilou pula. Ingat nak singgah kupi kupi di H. Benjamin Residences, tapi tak ada meja luar pula kan.


Tak dapat la masuk cafe cantik ni..






Bergambar je la kami di situ. 

Kemudian turun semula ke Pekan Kundasang untuk beli sayur sebelum balik ke KK.

Ketika membeli sayur, lebat pula hujan di luar.


Kami singgah makan dan minum di Hooga Cafe yang baru dibuka May 2021 yang lepas. Cafe tu kami nampak masa nak ke Mesilou tadi tu.


Hooga Cafe, Kundasang



Nasib baik di sini ada canopy di luar, boleh makan di situ.


Selain cafe, ada farm ville juga yang bakal dibuka hujung bulan ni.

maybe boleh singgah lagi bila dah buka..





Ada juga dijual ice cream di sini. dekat bas kecil tu. Atas tu pon boleh makan sambil melihat pemandangan cantik..



Kami order snacks je dan makan sambil menikmati pemandangan Kundasang yang tenang dan cantik.

Dalam pukul 4 petang, hujan pon dah semakin reda. Pulang lah kami ke KK.


Rasa happy sangat dapat ke Kundasang selepas berbulan tak ke sana. salah satu cara aku de-stress kan diri.


Bye!





You Might Also Like

6 ulasan

  1. wah rindu nya sabah...
    last pegi rasanya 2019 kot.. hahahan lupa dah...
    Gi Dairy farm, yg syiok bergambar kat luar tu kan

    BalasPadam
  2. Bestnyaaaaaaaa, tak pernah ke Sabah lagiii..Huhuuuu

    BalasPadam
  3. tak pernah lagi sampai kesana..bestnya tgk..
    sejuk je kabus

    BalasPadam
  4. Cantiknya Kundasang. Tempat wajib pergi kalau ke Sabah ni. Dapat daytrip pun jadilah kan. Asalkan dapat release stress kejap.

    BalasPadam
  5. Best kan dapat jalan jalan lepas lama PKP. Kakak saya yg tinggal di KK sana pun pergi camping dengan anak anak lepas dapat tau boleh buat aktiviti riadah 😍 Happy sangat dia.

    BalasPadam