Barang Shopee dah sampai..

 

Salam.

Barang-barang ni aku beli sebelum sales 8.8, ada juga yang dibeli ketika sales.

Paling awal sampai dalam 3 hari, paling lambat lebih dari seminggu (postage dari semenanjung).

Kalau beli barang dari China pula, paling cepat seminggu pon boleh sampai, paling lambat maybe dalam 2 minggu.

Kalau sea shipping pula, paling awal dalam 3 minggu la. Biar la sea shipping pon, janji free postage. Haha.


Ni antara 3 barang aku yang baru sampai:


1. Origins Spot Remover Anti-Blemish Gel (10ml)



First time aku beli dekat Shopee gel ni. Sebelum ni, aku beli dekat Sephora & Lazada (official store Origins).

Tapi sebab mahal sangat kalau beli di Sephora & Official store (harga asal RM 89), aku try la beli di Shopee pula. Baca review katanya Original. 

Gel ni botol ketiga dah. So far guna memang berkesan hilangkan jerawat. Tapi jerawat aku ni macam hari-hari je ada, so cepat juga 1 botol kecil gel ni habis.



So, kalau gel yang beli di kedai shopee ni okay, aku akan beli dekat sini je. Murah sikit. RM60++


Nak beli --> Origins Spot Remover Anti-Blemish Gel (10ml)



Next, aku beli ni juga.


2. AXIS-Y Dark Spot Correcting Glow Serum 5ml



Beli ni sebab nampak ada post dekat facebook yang cakap serum ni bagus untuk parut di muka. Muka aku banyak parut jerawat, jadi try la beli.

beli yang saiz kecil je, 5ml. Cuba dulu, kalau ok, baru beli yang besar.

Time aku beli ada sales, jadi beli dengan harga RM8.80 je.


Nak beli --> AXIS-Y Dark Spot Correcting Glow Serum 5ml



3. Electronic Kitchen Scale




Beli ni sebab nak start calorie deficit diet semula. Nak cuba buat strict diet. Harap-harap consistent lah ye.

Disebabkan barang ni tak sampai pun RM8, aku tambah lagi benda lain untuk dapatkan free shipping. Aku beli mask ni sekali.



Nak beli --> Electronic Kitchen Scale


Ok, tu je yang nak share dengan korang. Kalau korang ada guna skincare yang sesuai untuk kurangkan jerawat/ parut jerawat, jangan lupa share dengan aku ya.

Masih lagi mencari produk yang sesuai..


p/s: Jangan lupa guna Shopback ketika membeli ya..





Bye!




You Might Also Like

11 comments

  1. Wahhh, kita kalo shopping di shopee asyik lupa guna shopback. :')

    BalasPadam
  2. hahhaha kita pun sama wak, berderet cart , pastu berderet barang sampai sekaligus :D

    BalasPadam
  3. best kan bila barang shopee sampai, rasa macam ada orang yang bagi hadiah haha

    BalasPadam
  4. Banyak membeli belah.. hihi.

    BalasPadam
  5. Whoaaa.. naisss... jarang guna Shopback.... nak try la pasni..

    BalasPadam
  6. Seronoknya menyoping di shopee! Hilang segala masalah dalam kepala hehehee.

    BalasPadam
  7. mama skrg pun mmg beli kat shopee.. sardin pun beli shopee haha

    BalasPadam
  8. Seronok bila barang barang shopping sampai. yang Axis tu macam pernah nampak viral kat twitter.

    BalasPadam
  9. Bila ada sales 8.8 ni ..wajib grab barNg2 yg ada diskuan berganda

    BalasPadam