Cara Simpan duit untuk travel melalui Maybank

Salam korang.

 

Biasa menyimpan kan duit untuk travel? Aku semestinya selalu, tapi biasanya aku simpan last minute je. Guna duit gaji untuk 2-3 bulan untuk travel. Time tu, memang ikat perut jugak lah sebab tak nak gunakan duit untuk benda yang tak penting kan.

 

Tapi sekarang kan tak dapat travel disebabkan Covid-19, jadi aku rasa time ni lah aku patut simpan duit siap-siap. Nak simpan dekat mana?

 

Bank? Simpan sendiri? ASB?

Biasanya aku simpan di bank. Tapi yang tak bestnya bila ko nampak dalam bank ko ada duit, ko mesti akan terguna.

Bukan kali pertama, dah banyak kali dah macam ni. Niat nak simpan, tapi selalu ‘terguna’.

Kalau simpan sendiri pon sama, mesti akan terguna.

 

Jadi aku buat keputusan untuk simpan di Maybank2u.

Kita boleh set target berapa banyak yang kita nak simpan, berapa banyak sebulan dan berapa lama yang kita nak simpan.

 

Untuk permulaan, aku cuba untuk menyimpan selama setahun dulu. Target aku semestinya untuk TRAVEL.

Bila simpanan dah cukup setahun, aku harap masa tu dah selamat untuk travel ke luar negara.

 

Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak buat kan? Jangan risau, aku akan share step by step.

(untuk rujukan aku juga pada masa akan datang).

 

 

Cara Simpan duit untuk travel melalui Maybank - Step by Step




1. Login akaun Maybank2u

-Scroll page ke bawah, korang akan jumpa button ‘CREATE GOAL’. Klik je button tu.



 

2. Pilih category, isi goal name & commitment. Commitment tu ada 2, boleh pilih antara monthly amount, by duration.

 




 3. Isi semua kotak tu sampai habis dan klik Start.




4. Request TAC number. Dah dapat, masukkan TAC number dan klik CONFIRM.




 5. Siap! Boleh simpan resit untuk rujukan korang.

 

 

Senang je kan nak meyimpan untuk travel?

Jom la mula dari sekarang. #azambaru



You Might Also Like

2 ulasan

  1. eh bagus ni!!
    Kita pun ssh nk menyimpan hahaha
    tapi mslh nya duit gaji kat cimb hehehe... nmpk gaya kena transfer tetiap bln ke maybank ni..
    pape pun gud shring tau!!!

    BalasPadam
  2. Hi mcm mne nK keluarkan duit yg Kita dah saving tu ye..maaf lr I x thu bab2 mcm nie.

    BalasPadam