Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak

Salam.


Time aku balik Penang 2 minggu lepas, aku dan mak ayah aku sempat ke Pulau Sayak.
Kebetulan ayah aku tak kerja haritu, mak aku ajak ayah aku jalan-jalan.

Aku kan dah lama tak balik Penang (aku rasa lama la), haha. Jadi mak aku ajak ayah aku bawak aku jalan-jalan la kiranya.

Biasanya ke Pulau Sayak untuk cari makanan laut segar. Ayah aku selalu singgah beli ketam, udang dan ikan dekat sana.
Mulanya nak lunch dekat kedai makan lain, tapi tak buka pula situ.
Jadi kami tukar plan untuk makan mee udang dah alang-alang dekat situ.
Pulau Sayak ni terkenal dengan mee udang tau.




Dalam blog aku sebelum ni, aku ada tulis entri tentang satu kedai mee udang di situ.
Kali ni, kami cuba makan di kedai mee udang lain pula iaitu Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak.





Masa kami pergi tu takde pelanggan lain lagi. Bila order dah sampai, ramai pula orang yang datang situ.
Kedai makan ni betul-betul dekat dengan pantai. Nak turun ke pantai sambil tunggu order pon boleh tau.




kosong lagi kedai makan time ni


Tapi aku malas nak turun, jadi aku ambil gambar je dari situ. Hehe





Aku order bihun goreng udang special. Ayah aku makan mee udang special dan mak aku pula makan mee goreng udang.

Total kami makan bertiga sekali dengan 2 jenis air (teh ais & kopi O sejuk) berharga RM48+.
boleh tahan la harga dia.


Komen aku: Makanan sedap, harga berbaloi. Boleh try lagi next time.

K bye!

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Cantiknya view Pulau Sayak. Mee udang kalau dekat dengan laut ni pasti sedap sebab udang fresh kan.

    BalasPadam