Sedih terlepas flight, bermalam di Aerotel, KLIA2

 

Salam.

Ni kisah di KL lagi. Kami terpaksa bermalam di Airport gara-gara terlepas flight.

Tak tau nak geram dengan siapa, diri sendiri ke airlines.

Aku ke KL bulan lepas naik MAS. Dah lama tak guna MAS, apps pun ada problem. Nak login, tak dapat. Kena pergi service counter bagai la.

Jadinya beli tiket flight macam biasa la, guna apps tapi tak login.

Rupanya flight dah diawalkan, tapi mereka hantar melalui email.

Masa flight dari KK ke KL tu nasib baik la alert juga dengan email. Ni flight balik dari KL ke KK pun dia awalkan juga.

Sibuk bercuti, tak tengok la pula email.

Kalau Airasia, dia akan email dan hantar mesej ke phone kita. So, memang sentiasa alert la kalau dengan AirAsia.

Tapi MAS ni.. Hmm.. rasa macam tak nak naik dah flight MAS lepas ni. Lagi prefer AirAsia walaupun ada ramai yang ada isu dengan AirAsia.


dan.. ni bukan kes pertama yang aku tau.

Sebelum ni kawan aku Pini dan kawan yang lain pernah juga terlepas flight MAS gara-gara isu yang sama. Flight diawalkan tapi inform by email je. Kalau orang tu busy dan email terlampau banyak memang boleh termiss kot email tu. huhu.


Ok lah, malas nak ingat kisah sedih ni lagi..


Jom cerita pasal Aerotel pula.


Aerotel, KLIA2




Dah terlepas flight kan, jadi terpaksa beli flight baru. Kali ni beli flight AirAsia juga.

Sebab fikir nak bermalam di KLIA2 je. Senang sikit. Malas dah nak tumpang rumah kawan, nanti besok nak kena hantar pergi ke airport lagi. 

Tengah penat juga masa ni, jadi kami buat keputusan bermalam di airport je.

Mula-mula Pini suggest stay di Capsule Hotel. Tapi aku cakap baik tidur hotel biasa je. Sebab capsule hotel kan sempit sikit lepas tu toilet pula di luar dan kena kongsi.

Aku cuba cari hotel dalam KLIA2 (google je) dan terjumpa Aerotel ni. Aku call tanya harga walk in, rupanya lebih mahal daripada Booking.com.

So, kami book melalui Booking.com je lah. Ambil pilihan 12 jam, double bed.

12 jam ni akan dikira dari waktu kami check in. Cukup la 12 jam sebab kami check in pukul 11malam dah, jadi check out kena lah 11 pagi besok. Flight kami besoknya dalam pukul 10 pagi.


Jom tengok Aerotel ni.



2 katil single. sangat selesa.



Ada TV. Dekat meja tu ada kettle dengan teh dan coffee.





tempat gantung baju. Takde almari..



Toilet bersih, ada banyak towel juga..






Sabun mandi, toilteries. Lengkap semuanya.



Bagi aku, sangat selesa lah.

Toilet pon bersih.


boleh stay sini lagi next time kalau ada flight awal pagi.


Aerotel Kuala Lumpur

Level 2M, gateway@klia2, Terminal klia2, 
Kuala Lumpur International Airport, 64000 Kuala Lumpur, Selangor


You Might Also Like

8 comments

  1. apalah MAS ni, nak hntr message pun malas..

    better hotel ni drpd capsule hotel..nampak selesa sgt..

    BalasPadam
  2. Nampak selesa Aerotel ni Syu. Bolehlah stay sini nanti kalau transit KLIA untuk travel.

    BalasPadam
  3. aduhaiii..kesiannya. Kalau bagi notification via message kan lagi cepat tahu. sabar je lah.
    Cantik dan bersih Aerotel ni. Selesa sangat. Okay sangat untuk rehat sekejap.

    BalasPadam
  4. dah penah rasa dulu huhu. memang lepas tu tak pernah order dah.. order yang direct tp airasia lah.

    BalasPadam
  5. Dah terpaksa beli tiket baru... Naik flight ni memang kena alert btul kan.

    BalasPadam
  6. Alolo frust nya kalau dah terlepas flight tu...
    Tapi best gak bole try hotel kat airport heheh..
    Cantek!! Kita pernah try yg capsule tu, ok laaa utk stay beberapa jam kat situ..
    Saja cari pengalaman tido dalam capsule :D

    BalasPadam
  7. Nasib baik hotelnya selesa.
    Pengalaman supaya kena tengok emel.

    BalasPadam
  8. Feel you kak . Sayapun pernah kelewat flight macam tu, tapibsat itu naik airasia pas di Clark Filipina, ntah kenapa mereka reschedule penerbangan jadi 2 hari kemudian, tapi tak kabari by email. Panik lah saat itu, saya dah cek inbox dan spam, tak ada email mereka. Tapi salut, airasia sigap bantu untuk book lagi penerbangan untuk hari itu juga by another flight, dan mereka bantu saya ke Manila free pakai mobil operational mereka 👍😁.

    Aerotel nih saya selalu lihat jika sedang transit di KLiA. Tapi tak pernah coba stay Kat situ. Jika ada penerbangan jauh ke Jepang, Korea atau mana-mana yang transit di KL, saya biasanya pilih Tune Hotel KLIA. Memang agak jalan dikit drpd aerotel, tapi macam dah terbiasa di sana 😄.

    Nantilah sesekali nak coba juga Aerotel nih kalau dah bisa traveling.

    BalasPadam