Tukar bateri Iphone X


Salam.

Semalam aku tukar bateri iphone X aku. Sebab dah tinggal 73% sahaja capacity bateri dia.

Kalau hari oncall (referral call), nak kena 5-6 kali charge sebab cepat je bateri habis. Lagi banyak terima call, lagi cepat la habis. Nasib baik ada fast charger. Kalau tak, berkepit dengan power bank je la jawapnya.

Nak tukar phone, rasa sayang pula sebab phone ni masih elok lagi.  Iphone 13 baru keluar, tapi tak terasa macam nak tukar lagi pun.

Maybe tunggu Iphone 14 tahun depan la. Dengar kata flip phone macam Samsung Galaxy Z. Tapi tak tau la betul ke tak.


sumber: facebook.


Aku ke kedai phone Xpert Gadjet berdekatan rumah aku. Nasib baik ada bateri iphone X di situ, jadi boleh terus tukar. Kalau tak ada, maybe kena tempah dan tunggu dulu.

Harga bateri Iphone X di sini RM220. Aku tak sure mahal ke murah, sebab tak pernah tukar bateri phone sebelum ni.

Aku tukar sekali dengan screen protector, tambah lagi RM20.





Total RM240. Bateri  phone ada warranty selama 3 bulan.


Proses menukar bateri phone ni memakan masa selama 1-2jam. Aku tinggalkan je phone di kedai, dah siap baru mereka call.



Dah siap tukar, check dekat battery status dah jadi 100% semula. Harap- harap bertahan lama ya..



Bye!






You Might Also Like

3 comments

  1. ammi pernah tukar battery phone..tp bukan Iphonelah. Dah tukar harga dalam RM180 gak..tapi performance tetap tak capai standard. sehari berapa kali juga nak caj. sudahnya tukar jelah telephone dr pening2 nak cari charging point merata alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la Ammi. Syu perasan juga bila tukar bateri baru ni, lmbt juga bateri nak penuh bila cas.
      hrp2 bleh thn setahun la. huwaa.

      Padam
  2. wow klu iphone bakal flip flip jgk....
    berlawan2 ar pasni..

    BalasPadam