Jalan jalan di Ikea Batu Kawan

 

Salam.

Ikea Batu Kawan ni salah satu tempat yang aku akan pergi juga kalau balik Penang.

Saja nak jalan jalan cuci mata tengok showroom Ikea, cari inspirasi untuk rumah yang bakal siap nanti. Bila? Maybe 2022 atau 2023 la kot. Yang aku pasti, loan rumah dah confirm kena start bayar tahun depan. huwaaa.

Tapi sebenarnya ke Ikea ni lebih kepada untuk cari meatball Ikea. Dah lama tak makan, teringin pula.

Hari tu nampak di facebook, ada ice cream charcoal di sana, tapi bila aku pergi, machine dia rosak pula. Tak sure la rosak ke atau habis, sebab dia dah letak palang di mesin ice cream charcoal tu. huhu

Ingatkan kalau pergi hari bekerja, orang tak ramai. Tapi jangkaan aku salah lagi, ramai juga orang tapi tak seramai masa awal-awal Ikea dibuka dulu la. Nak beli makanan pun kena beratur lama juga.


Sampai je di Ikea, aku ajak akak aku masuk tengok showroom dulu. Perut rasa kenyang sangat, jadi nak jalan-jalan dulu.





Nampak cozy sangattt



Lepas dah tengok showroom Ikea, baru kami pergi beratur untuk beli makanan pula. Kami beli bungkus aje, sebab ramai orang dan masih belum betul betul lapar lagi.



ramai kan orang?



Dah siap beli, kami singgah di Tealive Ikea pula. Adik aku request nak Tealive. Layankan aje lah.

Tangan dah penuh dengan makanan masa ni (Penang tak sediakan plastik bag), gigih tak nak beli plastik bag juga. Aku ke tingkat bawah untuk cari ice cream charcoal pula. 

Barisan pun panjang juga, nasib baik dah tengok mesin ice cream tu dulu, tak boleh guna. Kalau tak, jenuh beratur panjang tapi ice cream nye tak ada. 

Dengan sedikit perasaan kecewa, aku pon ajak akak aku balik terus je. Masa ni dalam pukul 5 lebih dah. Confirm dekat luar dah start jam. 

Dan tepat jangkaan aku, memang dah jam di area situ. Nasib akak aku yang drive, aku penumpang je. haha




Ni la antara makanan yang aku beli.


Meatball Ikea

Chicken Wing tanpa sos

Chicken Wing dengan sos

Fish & Chips

Sosej Ikea


Bye!





You Might Also Like

4 comments

  1. Tak pernah pergi IKEA Batu Kawan ni. Hari biasa pun ramai. Kalau weekend mau lenguh kaki beratur

    BalasPadam
  2. Lama gila saya tak singgah IKEA..fuhhhh!
    Tetiba teringin karipap IKEA..sedap jugak..hohoho

    BalasPadam
  3. kita pun lama x jejak ikea... ntah bila nak pegi lagi ni...

    BalasPadam