DESA Fresh Mart - Damai

 Salam.

Di area Damai (Kota Kinabalu) ada satu DESA Fresh Mart yang baru sahaja dibuka semula selepas ditutup sementara waktu untuk renovasi.

Walaupun dekat je dengan tempat aku, tapi macam pernah pergi sekali dua je sebelum ni.

Tapi beberapa bulan yang lepas DESA Fresh Mart ni ditutup untuk renovasi. Baru-baru ni je dibuka semula pada 29 Mei 2026.

DESA Fresh Mart Damai yang baru ni lagi besar daripada yang dulu, dan yang paling best dia ada jual gelato yogurt (Gelogurt) Desa Moo yang sebelum ni hanya ada dijual di Desa Dairy Farm Kundasang dan selepas tu di Imago Mall.

Hari ni kawan aku ada share video di tiktok, dalam video tu ternampak ada promosi gelato yogurt ni sempena pembukaan DESA Fresh Mart yang baru.

Jadi.. lepas balik kerja tadi, kami pun ke sana untuk makan gelato yogurt ni.


DESA Fresh Mart - Damai

Memang besar DESA Fresh Mart yang baru ni. Selain menjual ayam segar, makanan frozen, sayur-sayuran, ada tempat makan juga di situ. Tapi setakat ni belum ada makanan lagi selain daripada gelato yogurt.

Promosi gelato yogurt sehingga 29 Jun 2026.


Tempat order gelato dan makanan (makanan katanya bulan depan baru akan ada)


bahagian susu dan makanan frozen


Ada satay frozen

-salah satu tujuan ke sini nak beli satay frozen



ayam segar


Menu makanan yang akan datang

tak sabar nak cuba menu lamb & whole roasted chicken dia

DAN..yang paling best kan kita boleh dapat makan gelato yogurt percuma di sini bila kita beli 1 barang yang dijual di DESA Fresh Mart ni tau. Promosi ni pun sehingga 29 Jun 2026.

Kami tak tahu pun sebenarnya, tapi lepas kawan aku dah bayar barang yang dia beli, dia bagitau boleh claim gelato yogurt free - cuma bagi resit je.

 

Free gelato yogurt


p/s: Rasanya besok lusa nak pergi lagi makan gelato yogurt. hihi



You Might Also Like

0 comments