Jakarta Jan 2026 : Grand Indonesia

 

Salam.

Dari Plaza Indonesia, kami tak perlu jalan jauh pun sebab kedua-dua mall ni bersambung sebenarnya. 

Kami ke tingkat 1 kalau tak salah aku dan ikut laluan bersambung dari Plaza Indonesia ke Grand Indonesia.

Sampai je di Grand Indonesia, kami singgah beli perfume lagi di HMNSTapi aku tak beli di sini, tahun lepas punya perfume & home diffuser yang beli di sini masih ada lagi.

Tahun lepas kami ada minum matcha di Kurasu, tapi tahun ni tak sempat nak singgah sini sebab nak makan makanan berat dulu. 

Lambat kami lunch masa ni. Kami decide untuk makan di Warung Leko.



Warung Leko

Kami randomly je pilih untuk makan di sini sebenarnya.

Tengok menu nampak macam menarik.

Kami order cendawan enoki goreng


Aku pula order Iga Panggang (kalau tak salah ingat)

Pini order daging dendeng rasanya

Air pula kami order es jeruk & es teh manis

Kenyang juga la makan di sini. 

Total makan di sini untuk 2 orang = IDR 265, 968 (RM 63.19)

Next time kalau ke Jakarta, aku akan repeat lagi makan di sini.


Artirasa

Lepas makan, kami pergi tapau kek pula di Artirasa.

Sebelum ni Artirasa ni ada di Blok M je, tapi sekarang dah ada di Grand Indonesia juga.

Ramai yang beratur untuk order


tengok menu dulu sambil tunggu giliran untuk order


di sini kena self order guna kiosk machine yang disediakan. Lepas tu tunggu sekejap untuk order siap & dah boleh pick-up.

Aku nak order di situ, tapi ada isu pula dengan QR code, tapi nasib staff dia baik, bagi je aku order di pick-up counter tu.


Aku beli Dubai Pistachio (~RM15)

sedap, tapi terlalu manis

Pini beli Original Cheesetart, sangat sedap.


Selepas dah membeli Artirasa, kami berjalan semula ke Plaza Indonesia untuk pegi mani pedi di The Nail Shop.




You Might Also Like

0 comments