Breakfast di Cafe Haru
Salam.
Kerap pula aku ke Cafe Haru baru-baru ni.
Isnin hari tu aku dan kawan aku ada ke sini lagi. Tujuan utama sebab nak passover oncall (pasif).
Tujuan lain mesti la sebab nak minum iced caramel macchiato & sarapan sekali.
Ada sorang kawan aku yang nak pindah balik semenanjung for good, dan ahad tu adalah last oncall dia di Sabah, sebab tu la nak passover dekat tempat yang best sikit. Kalau tak, kami passover melalui whatsapp je bila hujung minggu atau cuti umum.
Makanan yang aku order
Sedap juga salad dia. Kenyang juga la untuk pagi tu.
Lepas dah passover dan bersembang, aku pun ke hospital untuk meneruskan oncall sebelum balik ke rumah petang tu dan teruskan oncall sampai keesokan pagi.


0 comments