Menjadi pengunjung bertuah 1375000 di blog Syazni Rahim


 Salam.

Alhamdulillah, lama tak join giveaway ke contest ke di blog.

Yela, sebab dah bertahun tak aktif berblogging. Tahun ni je yang baru nak start blogging balik. Sebab tak dapat travel kan. Banyak masa terluang.

Weekend lepas aku tak oncall, jadi ada banyak free time. Aku blogwalking la dari satu blog ke blog.Dah lama tak blogwalking. Rindu sangat. 

 Aku singgah blog yang biasa aku lawat macam blog Kak Fizah, Mamapp, Kak Shida dan ramai lagi. Semua orang masih lagi aktif berblogging. aku je yang on and off blogging ni.

Sambil blogwalking, tersinggah lah di blog Syazni Rahim. Tengah ada pencarian pengunjung bertuah  1375000.



 Menarik ni. Aku suka betul small contest macam ni. Sebab excited nak tunggu nombor yang bertuah tu. So, aku akan rajin lah singgah ke blog yang sama setiap hari. Hehe





Dan, Alhamdulillah. Aku berjaya capture no pengunjung bertuah 1375000 ! Rezeki awal tahun 2021 la kot ya.


Boleh tengok entri di sini  --> Pengunjung bertuah 1375000 telah ditemui!


Oh ya, Syazni Rahim adalah seorang superwoman tau. Ada kerja hakiki (cikgu ke kalau syu tak salah?), dan juga penulis novel tau.

Dah ada 2 novel yang telah diterbitkan oleh Syazni Rahim. Boleh tengok dekat sini.

ada banyak juga cerpen yang telah ditulis. Nanti aku akan baca, insyaAllah.

---


Hari ni dapat update hadiah dah kena pos. Tak sabarnya nak dapat. hehe. Maybe dalam 3-5 hari juga untuk sampai ke tangan aku. Hantar ke Sabah kan 😅 Haha

Excited nak tunggu parcel sampai. Sebab tu la selalu shopping walaupun barang biasa-biasa je. 

p/s: ada pencarian no lain pula di blog Syazni Rahim. Rajinlah singgah ya. 

p/s/s: Boleh ke nak capture no bertuah tu lagi? Hehe




You Might Also Like

5 ulasan

  1. Hihi terima kasoh syu sebab selalu singgah blog saya, kira macam cikgu jugaklah, betul la tu hehehe

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, tahniah yea awak sebab dapat capture nombor bertuah..

    BalasPadam
  3. tahniah syu. dalam masa 24 jam ni insya allah nombor pageview akan mencecah 2250k.. cecepat capture tau mana tau ada rezeki

    BalasPadam
  4. Terima kasih sudi singgah ke blog saya lagi Syu. Alhamdulillah. tahniah! rezeki Syu dapat jadi pengunjung bertuah blog Kak Syaz :)

    BalasPadam