Puasa Ganti

 Salam.

Alhamdulillah. Dah masuk bulan Rejab sekarang. Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Terasa kejap sangat masa berlalu. 

Jadi, sebelum terlambat baik ganti puasa bulan Ramadhan tahun lepas. Biasanya aku akan ganti puasa masa bulan Syawal. Ganti puasa sekali dengan puasa 6.

Tapi tahun lepas aku terpaksa ambil cuti lama - sebab EL (Emergency Leave) nenek aku sakit. Teringat lagi masa tu tengah makan dekat Seoul Garden - dapat video call dari ayah aku cakap nenek aku sakit. Masa ni actually cuti KKM staff masih dibekukan lagi, tapi bergantung kepada ketua department jugak. Kawan aku cakap dengan aku, balik je. Cuma tanya boss, dia mesti okay tu.

Aku pon mesej la boss aku, dan terus dapat greenlight untuk balik. Time tu juga aku beli flight ticket untuk esoknya. Dan Alhamdulillah, nenek aku dah sihat sekarang.

Nak cerita-nya di sini, aku dekat kampung time separuh bulan Syawal tu, jadi nya tak dapat habiskan puasa ganti. Sebab dah lama tak balik kan, jadi banyak betul senarai makanan yang nak dimakan.

 

Oh ya, last year tu aku sambut Hari Raya Aidilfitri dengan kawan-2 aku di KK, Sabah. Sebab risau nak balik waktu Covid yang teruk tu. Tahun ni pon rasanya beraya dekat Sabah juga la nampak gayanya.



Alamak.. dah terlari topik. Apa-apa pon, jom la kita berpuasa di bulan Rejab ni. Kalau dah habis ganti, puasa sunat pon boleh. 





Gambar Hari Raya Aidilfitri Tahun 2020


Desa Dairy Farm, Kundasang



Tegudon Tourism Village, Kota Belud



Sunset di Tanjung Aru, Kota Kinabalu



Sebab tak dapat balik masa raya, jadi buat roadtrip lah. Tapi tak pergi jauh pon. Hari raya kedua pergi Kundasang dengan Kota Belud. Tujuan utama, untuk bergambar je. Haha.




K bye!

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Mudah-mudahan kita semua dapat bertemu bulan Ramadhan tahun ini. Rindu nak beraya dengan family. ada rezeki boleh balik kampung.

    BalasPadam
  2. Rindu nya nk mkn seafoid kt KK😁

    BalasPadam
  3. aww cantiknya gambar raya kat dairy farm. dah lama teringin nak ke sana apakan daya zaman skrg ni tak suai nak travel lagi

    BalasPadam
  4. Itulah, tahu ni nampaknya raya diperantauan lagi kita. Syu semakin slim dan ayu. Cantik baju tu. Bilalah nak sampai Kundansang entah. Selamat berpuasa :)

    BalasPadam