Nasi Kandar Chombi - Kota Kinabalu

 

Salam.

Kat Sabah ada nasi kandar ke? Kota Kinabalu ada?

Ye, ada.


Untuk pengetahuan korang, di Kota Kinabalu, Sabah pon, kita boleh dapatkan nasi kandar macam di Penang tau.

Aku baru tahu pasal Nasi Kandar Chombi ni pon beberapa bulan lepas melalui group facebook Nasi Kandar Hunters.

Pernah makan 2 kali sebelum puasa.


Set standard ada Ayam Goreng, daging, Bendi & Telur rebus RM13.

Kalau tambah lauk lain, kena add on.


Jadi, bulan puasa rasa teringin sangat nasi kandar. Nak nak aku tak dapat balik ke Penang lagi kan. Lagi la rasa teringin tu membuak-buak.

Jadi, aku pon pre-order la Nasi Kandar Chombi masa bulan puasa hari tu.

Lepas tu semangat pergi pick up sendiri.



Set yang aku beli masa bulan puasa hari tu. Aku tambah sotong.




Kuah kena pack asing sebab bulan puasa kan.

Biasanya, dia campur je terus.





Time nak makan tu, aku panaskan dan letak balik dalam bungkusan dia. (rujuk gambar paling atas)

baru la ada feel makan nasi kandar di penang. hehe



Alhamdulillah, happy dapat makan nasi kandar.


---

Sebenarnya, aku pon tak tahu sejak bila aku gemar sangat makan nasi kandar ni. Sebelum ni, aku tak adalah minat sangat nasi kandar.

Tapi sejak 1-2 tahun lepas, setiap kali aku balik Penang je, mesti akan singgah makan nasi kandar. Dah macam benda wajib yang aku kena makan setiap kali balik kampung. Haha


---

dan hari ni. aku order lagi nasi kandar ni. Tak sabar nak makan lunch nanti!




You Might Also Like

9 ulasan

  1. Alhamdulillah. Bila terasa nak makan je, mudah nak order. Heheheh.

    BalasPadam
  2. nasib baik la dah kenyang.. kalau tau.. ishhhh

    BalasPadam
  3. lama tak makan nasi kandar!

    BalasPadam
  4. Tak pernah makan lagi nasi kandar

    BalasPadam
  5. Kalau saya makan nasi kandar ni, kuah kari tu yang buat naik selera.

    BalasPadam
  6. Alamakk kita bukan peminat nasi kandar.. 😅

    BalasPadam
  7. Syoklah ada nasi kandar kat sana. Boleh lepas rindu makanan penang. Kadang kadang kita tak suka makanan tu tapi akan tiba tiba tersuka tanpa sengaja. boleh jadi favourite terus :)

    BalasPadam
  8. Waahh, duk Sabah pun boleh makan nasik kandaq. tak perlu ke penang dah. Macam-macam di Sabah sana.

    BalasPadam
  9. nampak sedap ala2 nasi kalut jitra yg mama beli

    BalasPadam